Nasi Lemak Royale Restoran SMR - Alor Setar Kedah

By Zahirah Dzahir - 11/07/2014 12:21:00 PG

Assalamualaikum..

Sebelum..sebelum ni, saya ada post tentang Nasi Lemak Royale ni. Kali ni nak storykan lagi tentang Nasi Lemak Royale. Kenapa?? kerana kedai ni dah berwajah baru. Dari start saya makan nasi royale masa kecik dulu, kedai ni kedai cina. Kiranya Nasi Lemak ni tumpang benega kat sini. Nama kedai pun cina n bahagian buat ayaq pun cina. Boleh makan kat situ tapi nak minum kat situ, pikir banyak kali jgak la. Saya tak penah makan kat situ. Tapau ja.

Nak kata lama tak lama..baru tak baru..kedai ni dah bertukar signboard, dulu nama cina, lepas tu kosong..sekarang Nasi Lemak Royale Restoran SMR. Kira cam depa dah ambek alih kedai tu. Saya nak makan n minum kat situ pun tak payah susah hati dah. Konpom orang depa gak yang buat ayaq. 

Apa pun, tukar tak tukar, dari dulu sampai sekarang.. Nasi Lemak Royale ni, tetap ramai pengunjung..tak pernah surut dengan orang..bertambah ramai. Kena pulak time cuti sekolah ka cuti umum ka, lagi beratoq panjang.


- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. Salam admin. Tau tak kedai ni bulan posa menega tak? Esok nk balik kg. Dia ada juai tak utk berbuka kat mana2 ka?

    BalasPadam