Tip Jadi Papa Terbaik

By Zahirah Dzahir - 12/16/2014 05:01:00 PTG

Assalamualaikum..

terbaik

Siapa cakap senang untuk menjadi seorang papa yang terbaik. Tak kira berapa usia anak anda atau berapa ramai anak yang dimiliki, anda harus tahu tugas seorang papa tidak semudah yang disangka. Apatah lagi papa adalah ketua keluarga.

Ada banyak kaedah, tip mahu pun cara yang dikemukakan bagi membantu seorang papa mampu menjadikan dirinya yang terbaik sekurang-kurangnya di mata anak sendiri. Dikongsikan di sini beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

Sentiasa ada di sisi anak 

 
Anak-anak tidak pernah kisah sama ada papanya seorang CEO atau hanya pekerja biasa. Mereka juga tidak peduli jika anda baharu dinaikkan pangkat atau anda memiliki rumah banglo yang besar dan mewah. Apa yang mereka mahu adalah papa ada di rumah ketika waktu makan, papa boleh membawa mereka ke padang bermain bola sepak atau sesekali menonton wayang bersama atau paling kurang menemankan mereka ketika waktu tidur. Nampak mudah tetapi kadang kala ia sukar direalisasikan oleh seorang papa ekoran kesibukan bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

Tidak kira sesibuk mana anda bekerja, papa mestilah menetapkan hari untuk dihabiskan bersama anak-anak. Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan anda memperuntukkan masa tertentu dengan setiap anak, jadi anda dapat membentuk perhubungan rapat dan unik dengan setiap anak.

Sekiranya anda terlalu letih untuk menghabiskan masa dengan anak bermain bola sepak, tukarkan dengan aktiviti lain yang lebih santai seperti menonton perlawanan bola sepak di televisyen dan sebagainya. Yang penting anda menghabiskan masa bersamanya.

Menyokong hari pertamanya
Biasanya mama yang agak sibuk dan emosional dalam pencapaian pertama si anak. Jarang sekali papa ‘menyibuk’ dalam hal tersebut kecuali diberitahu oleh mama. Walaupun sudah ada yang menguruskan hal anak tetapi tidak salah untuk papa hadir bersama menyokong. Contohnya hari pertama anak masuk ke tadika, hari pertama kelas renang, taekwando, ballet dan sebagainya lagi. Anak-anak akan ingat momen pertama dalam hidupnya bersama kehadiran orang penting dalam hidup iaitu papa dan mama. Ketahuilah papa, tiada siaran ulangan untuk semua momen indah tersebut.

Ajar anak pelajaran penting 

 
Bukankan anda adalah ketua keluarga. Maka bertanggungjawablah atas amanah tersebut. Pastikan anda orang pertama yang mengajarnya tentang tugas asas dalam kehidupan. Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, papa orang pertama yang dipercayai oleh anak. Ajarlah anak bagaimana cara betul belajar berjalan, menggosok gigi, membersihkan diri, menunggang basikal dan lain-lain kemahiran. Anak anda memerlukan papa untuk mengajarnya tugasan besar dalam kehidupan apatah lagi tugasan harian yang mudah. Bantu anak belajar daripada kesilapan. Jika mereka melakukan kesalahan, papa seharusnya bantu mereka tidak mengulang lagi kesilapan tersebut di masa depan berbanding sekadar menghukum tanpa menerangkan mengapa.

Rancang masa bersama anak 

 
Untuk menjadi papa yang baik, anda harus bijak merancang masa bersama anak tidak kira sama ada mama ada bersama atau tanpa mama (kerana kerja luar daerah). Tidak kisah apa rancangan anda, yang penting jadikan masa bersama itu istimewa, diingati dan boleh dijadikan ulangan di masa akan datang supaya mereka ternanti-nanti masa istimewa dengan papa! -
Pa & Ma-

pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!