Kalsium Penting untuk Ibu Hamil

By Zahirah Dzahir - 4/07/2014 06:44:00 PTG

IBU HAMIL lebih memerlukan kalsium?? Ini kerana kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan komplikasi semasa proses meneran (bersalin). Dan kesan ini boleh berlarutan sehingga ke usia tua nnt... Lantas, wanita lebih terdedah dgn byk masalah tulang..


Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad, sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada trimester ketiga dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 mg kalsium seharian (penambahan 300 - 500 mg zat yg diperlukan oleh org dewasa normal).

Pengambilan kalsium (samada dalam bentuk pemakanan / supplement) amat berguna utk kekuatan tulang bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

14 kajian yg tersenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan meningkatkan risiko pra-eklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah. 

Seperti yg semua tahu, secara am nya, kalsium yg sedia ada dlm bdn ibu akan diserap oleh bayi sewaktu dia membesar, terutama dalam proses pembentukan tulang. Oleh itu, kesan yg akan dirasai oleh ibu adalah kekurangan kalsium pd jumlah yg tinggi khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yg diserap boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pd usia yg lebih muda dari sepatutnya, dan berisiko tinggi mengidap OSTEOPOROSIS dan pd kadar yg lebih cepat...

Kehilangan kalsium dalam badan ibu hamil adalah lebih tinggi iaitu sekitar 3 - 10 % berbanding wanita yg menopaus iaitu 1 - 3 %. Kehilangan ini adalah disebabkan permintaan kalsium yg tinggi oleh bayi.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan oleh ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pada kadar yg sama. Kalsium tersebut diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yg mengecut semula dan juga sewaktu kedatangan haid.

kredit supplement4all.blogspot.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!