Sakit Sendi Berlarutan

By Zahirah Dzahir - 3/24/2014 03:22:00 PTG



Pernah atau tidak anda merasai kesakitan pada bahagian tertentu seperti lutut, pinggang dan bahu. Keadaan menjadi lebih kronik apabila rasa sakit yang berpanjangan ini membuatkan anda tidak mampu berjalan dan hanya mengharapkan orang lain untuk bergerak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah individu terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk meredakannya.
Ramai beranggapan sakit sendi hanya membabitkan wanita berusia 50 tahun ke atas, namun sebenarnya ia tidak mempunyai halangan umur dan boleh hadir pada kanak-kanak dikenali sebagai Still’s atau artritis juvana dan akan hilang apabila meningkat usia. 
Kajian yang pernah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutama wanita berisiko mendapat osteoporosis dan ia menyerang wanita tiga kali ganda berbanding lelaki. Sebanyak 50 peratus daripada kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun disebabkan osteoporosis. 

Sakit sendi atau perkataan saintifiknya artritis terbahagi kepada dua iaitu artritis reumatoid (RA) dan artritis osteo (OA). RA adalah penyakit radang yang berlaku apabila sistem imunisasi badan berada dalam keadaan terlalu aktif sehingga menyerang sel penghidapnya. Keadaan ini membuatkan otot membengkak, keradangan dan kesakitan melampau.
Artritis osteo (OA) pula adalah penyakit penuaan yang berpunca akibat pecahan sel normal dan pembinaannya semula menjadi tidak menentu. Ketidakseimbangan ini berlaku hasil daripada aktiviti enzim metaloprotease matriks (MMPs) yang mencairkan kartilej tulang dan permukaan sendi menjadi lebih cepat dan ini satu proses penuaan secara semula jadi.
Bagaimanapun, penuaan tanpa kehadiran sama ada RA kronik atau OA juga boleh menyebabkan proses degeneratif dalam sendi. Ketidakseimbangan antara pecahan sel matriks sendi dan pembinaan semula sel sihat pada mereka yang bebas penyakit, bermula pada kira-kira usia 55 tahun dalam kalangan wanita dan lelaki 60 tahun. 
Foto

CROFT seorang saintis yang juga penghidap artritis.

Dalam satu temu bual yang dijalankan menerusi e-mel baru-baru ini, penyelidik sakit sendi dari New Zealand, John Croft menjelaskan, RA akut boleh berkembang menjadi kronik RA dengan degradasi tisu sendi yang membawa kepada kesakitan atau kehilangan fungsi sendi. Kecacatan jari antara petunjuk biasa RA kronik pada tangan. 

“Punca asas RA belum difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang diketahui menyumbang kepada peluang mendapat RA. Ini termasuk kecenderungan genetik jika ahli keluarga sebelum ini mengalami penyakit ini, gaya hidup seperti kegemukan, merokok, kegiatan olahraga dan pendedahan kepada jangkitan virus dan bakteria. Penyumbang utama OA adalah penuaan, kelusuhan pada bahagian sendi termasuk obesiti dan gaya hidup yang tidak sihat,” katanya. 

Sakit sendi lebih banyak berlaku dalam kalangan wanita disebabkan hormon khususnya estrogen dan testosteron. Wanita lebih cenderung mempunyai antibodi dominasi pengantara dan lelaki mempunyai sel dominasi pengantara yang mempunyai kaitan dengan RA. Ia mungkin disebabkan keupayaan wanita untuk melahirkan anak. Sebaliknya lelaki mungkin dipengaruhi oleh aktiviti fizikal. 

Bagi mereka yang dikesan mempunyai sakit sendi biasanya ditandai kesakitan ketika cuba melakukan tugasan harian membabitkan satu atau lebih sendi. Walaupun ini hanya mungkin lebam, sakit berterusan, bengkak dan kehangatan sendi, ini mungkin menunjukkan anda diserang akut RA. Langkah yang wajar diambil termasuk mendapatkan diagnosis perubatan untuk memastikan masalah ini adalah artritis dan jenisnya. Ini kerana terdapat pelbagai jenis gangguan artritis radang. Mengetahui yang mana satu boleh membantu membuat keputusan mengenai rawatan bersesuaian. 

Bagi wanita, kesakitan sendi akan menjejaskan tumpuan bekerja. Ia mungkin menyukarkan tugasan harian yang kecil seperti menyikat rambut atau menzip pakaian. 

“Malah dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk ada individu tidak mampu membuka balang atau memegang cawan. Ini disebabkan kesakitan sendi akan mengurangkan keupayaan untuk melaksanakan fungsi harian biasa seperti memakai baju, berjalan atau bangun dari katil,” katanya. 

Dalam hal ini, John Croft tidak menggalakkan penggunaan ubat tahan sakit kerana boleh menyebabkan kesihatan menjadi lebih buruk. Ubat jenis ini tidak direka untuk kegunaan jangka panjang kerana ia tidak merawat masalah sebaliknya sekadar menyembunyikan gejala. Penggunaan krim topikal dan minyak salap pula hanya berkesan untuk menenangkan kerana ia mengandungi bahan seperti menthol yang memberikan sensasi penyejukan pada kulit. 

“Mungkin juga terdapat kesan panas apabila tempat yang terbabit digosok dengan minyak salap. Untuk lebih berkesan, krim atau minyak salap hendaklah digosok hingga menembusi epidermis lapisan bawah kulit supaya komponen aktifnya masuk ke tempat yang sakit. 

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengatakan semua minyak salap atau krim tidak berfungsi kerana jika sakit itu susut sama ada dengan plasebo atau kesan lain, maka sesuatu sudah dicapai,” jelasnya. 

Temui ekstrak kupang hijau New Zealand 
Sama seperti saintis atau penyelidik lain, John Croft melakukan pelbagai kajian terhadap bahan unik dalam persekitaran marin yang dipercayai mempunyai ciri-ciri bermanfaat untuk merawat kanser. Ini kerana alam laut mengandungi pelbagai organisma unik yang kaya dengan biokimia. Alam laut juga mengandungi garam mineral untuk menampung kepelbagaian hidupan marin yang besar. Jadi, ini menjadi asas untuk menerokai kemungkinan ada antara bahan unik ini mengandungi bahan bioaktif semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat kanser. 

“Saya berasa gembira kerana menerusi pelbagai kajian yang dijalankan sejak bertahun-tahun, apa yang dirasai kebanyakan saintis memang betul. Ini kerana terdapat penemuan dalam span tumbuhan semula jadi di laut yang digunakan sebagai terapi antikanser. Penyelidikan dalam spesies span yang berbeza menemui sebatian yang sangat bernilai bagi sesetengah jenis kanser. Dengan itu beberapa ladang akuatik kecil dibina untuk memelihara span bagi menyediakan sumber sebatian bioaktif. 

“Span memang mudah untuk dipelihara, malangnya, ia mengambil masa yang lama manakala pertanian span pula tidak boleh menjadi sumber berdaya maju untuk kuantiti komersial. Ini menyebabkan saintis beralih kepada organisma marin lain yang lebih mudah dipelihara dalam kuantiti komersial dan mengandungi sebatian bioaktif yang berguna untuk merawat kanser. Kami menemui kerang-kerangan seperti kupang hijau dan tiram yang lebih mudah dipelihara serta mempunyai ciri-ciri antikanser,” katanya. 

Pengarah Urusan McFarlane Perikanan Ltd, Stuart McFarlane, mula bereksperimen dengan melakukan pemeliharaan kupang hijau New Zealand (Perna canaliculus) iaitu spesies hidupan unik di perairan New Zealand. Ini bertujuan mengekalkan stok kepah kerana proses mendapatkannya dari dasar laut akan mengancam hidupan lain. 

Berdasarkan penyelidikan terhadap kupang hijau, Croft mendapati ekstrak kupang hijau New Zealand yang dikenali sebagai Biolane ternyata memiliki ciri-ciri antipenuaan dan antikeradangan yang sangat menakjubkan. Kajian menunjukkan spesis kupang ini padat dengan gabungan nutrien enzim bioaktif, komponen semula jadi seperti asid lemak omega-3, glikosaminoglikan (bahan utama dalam rawan sendi dan bendalir sinovia) dan mineral marin untuk kesihatan sendi. Penggunaan kupang hidup dan sihat yang baru diperoleh serta kaedah pengekstrakan sejuk yang unik menghasilkan bahan berpaten Biolane yang berkesan. Kupang yang unik ini tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia dan tidak mungkin didapati dalam kupang hidup di persisiran pantai Malaysia. 

Biolane, satu-satunya perencat enzim penuaan sendi semula jadi di pasaran yang berkualiti tinggi untuk merawat artritis, reumatisme dan pelbagai masalah sendi yang lain. Kesan terapeutik yang selamat dan tahan lama bermanfaat untuk melegakan simptom artritis reumatoid dan osteoartritis. Ekstrak ini juga boleh diamalkan sebagai kaedah pencegahan untuk melambatkan proses kemerosotan sendi semula jadi yang berlaku seiring dengan peningkatan usia. 

Seperti juga Biolane, Croft mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia, namun saintis marin dan pengarang ternama ini dianggap sebagai salah seorang pakar terulung dunia dalam bidang kajihayat, kaedah penternakan dan kegunaan terapeutik kupang hijau, iaitu sumber asal ekstrak Biolane. 

Croft, yang sering digelar Lelaki Kupang, adalah individu yang bertanggungjawab memperkembangkan program penyelidikan ekstrak kupang hijau dan produk terapeutik berasaskan marin sejak 1960-an. 

“Sepanjang 40 tahun berurusan dengan produk ini, saya menerima ribuan maklum balas daripada pelanggan yang mengalami perbezaan ketara selepas mengambil Biolane. Sesetengahnya mungkin memperoleh kelegaan daripada rasa sakit manakala yang lain pula berupaya memegang pen atau membuka penutup balang. Segala perubahan yang mengujakan ini, sama ada kecil atau besar, mampu mengubah kehidupan dan pasti amat bermakna bagi individu terbabit. Malah pengalaman peribadi penuh keajaiban ini terus menjadi inspirasi saya hingga ke hari ini,” katanya yang seterusnya menghasilkan produk NuvaFlex B(TM), atau pernah dikenali sebagai NT-Flam. 

Berbentuk kapsul NuvaFlex B mengandungi komponen asli bahan aktif Biolane daripada kupang hijau New Zealand yang berfungsi melambatkan proses kemerosotan sendi akibat peningkatan usia serta menghalang kerosakan berterusan. Ia juga membantu menangani dan melegakan simptom masalah sendi seperti kesakitan, ketegangan, bengkak dan keradangan sendi. 

Saintis juga mendedahkan Biolane berupaya melindungi lapisan perut, tidak seperti ubat penahan sakit yang lazim digunakan untuk melegakan artritis, tetapi lama-kelamaan boleh mengakibatkan ulser perut dan gastritis. 

Menurut Croft, pengurangan kesakitan tidak diperoleh secara serta-merta sebaliknya beransur-ansur. Namun kesejahteraan dan semangat kerana mampu membebaskan diri daripada kesakitan dengan keupayaan bergerak atau menggunakan sendi adalah kejayaan paling besar untuk penderita penyakit ini. 

Selepas kesakitan mula berkurangan wanita umumnya dinasihatkan supaya menjaga diri dengan mengelak daripada mengangkat barang berat. Pastikan sentiasa berada dalam keadaan postur yang baik ketika duduk atau berjalan. Lakukan senaman seperti berjoging yang mampu memulihkan keseluruhan sendi terutama jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan. 

“Cadangan saya supaya mengekalkan senaman tidak agresif seperti berjalan atau berenang, menukar kepada postur tegak yang baik kerana ini membantu seseorang supaya lebih yakin, elakkan merokok dan mempunyai sikap yang positif,” katanya. 

John Croft sendiri adalah pesakit artritis sejak lebih 10 tahun lalu namun setia mengamalkan Biolane hingga kini, dia berupaya untuk terus melakukan perkara paling diminatinya iaitu bermain gitar. Biolane kini boleh didapati di farmasi terpilih di seluruh negara.
----------------------------------------------------
Untuk kesihatan sendi dan tulang boleh ambil vitamin Shaklee iaitu Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix untuk kalsium (tulang)                                                                   
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos                                                                     
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!