Hiperhidrosis - Rawat Masalah Peluh Berlebihan

By Zahirah Dzahir - 3/31/2014 02:46:00 PTG


Entri sebelum ni pun saya ada kisahkan tentang Hiperhidrosis ni. Apa itu Hiperhidrosis..

Hiperhidrosis selalu berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menjejaskan pekerjaan seperti susah menulis. Buat pengetahuan saudari, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan, tetapi pada masa sekarang sudah ada banyak kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.

Biasanya keadaan ini terjadi pada tangan (disebut palmar hiperhidrosis), ketiak (axillary hiperhidrosis) dan kaki (plantar hiperhidrosis). Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf simpatetik.

Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki dan wanita tanpa mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, anda perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan. Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit. Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin botulinum atau botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh melalui penggunaan laser dan pembedahan. Rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka anda perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

sumber

Kita juga boleh berikhtiar dengan cara pengambilan supplemen tambahan. iaitu dengan amalkan vitamin dari Shaklee:
Vitamin B :
* Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing.
* Orang yang sangat bertoksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit.
* Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, seseorang secara semula jadi akan kurang berpeluh.
* Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem.
* Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur sayuran hijau.
Vitamin C :
* Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak.
* Vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus.
* Vitamin C juga membantu mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan kurang berpeluh.
* Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin.
*Anda juga boleh mengambil vitamin ini dalam bentuk tambahan.
*Untuk hasil yang ketara, ambil 500 mg atau lebih vitamin C setiap hari.
Ostematrix:
*Kalsium dan Magnesium jika diambil bersama-sama boleh membantu mengurangkan berpeluh.
*Satu kekurangan magnesium dalam diet telah menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan.
*Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul untuk badan menyerap kalsium mn dengan berkesan.
*Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik.
*Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah.
* Magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.
Zinc Complex:
* Membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa.
*Zink telah ditunjukkan dapat membantu mereka yg mempunyai jerawat.
* Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk.
*Zink membantu metabolisme.
*Ambil 50 mg zink setiap hari bersama sama makanan dari pelbagai vitamin dan mineral tambahan
------------------------------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!