GLA Shaklee Boleh Membantu Wanita Yang Mengalami Menopause

By Zahirah Dzahir - 1/10/2014 05:05:00 PTG

Menopause bermaksud berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Selalunya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, dan ia menandakan bahawa berakhirlah fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, menopause bukan bermakna haid itu tiada, tetapi lebih tepat didefinisikan sebagai tamatnya fungsi utama ovari yang membebaskan hormon yang membentuk dinding uterus dan seterusnya penyingkiran lapisan rahim (a.k.a haid).

Menopause juga boleh terjadi sebelum mencapai usia 40-an. Ia dikenali sebagai menopause awal. Wanita yang menopause awal mungkin disebabkan oleh tabiat merokok, BMI yang tinggi, faktor keturunan, penyakit, rawatan kemoterapi, radiasi dan pembedahan mengeluarkan ovari.

Jadi apakah tanda-tanda anda bakal menopause?

  •  haid tidak teratur
  •  vagina kering
  •  rasa panas
  •  berpeluh waktu malam
  •  masalah sukar tidur
  •  perubahan mood
  •  pertambahan berat badan
  •  kulit kering
  •  rambut menipis
Bagaimana GLA Complex boleh bantu wanita hadapi menopause?

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini keranaGLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

Jom baca testimoni GLA untuk Menopause

testi gla, gla shaklee, menopause, gla menopause,

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!