Pilihan Makanan Sihat Sebagai Pengganti Nasi

By Zahirah Dzahir - 2/12/2015 03:38:00 PTG


Assalamualaikum..
 

Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti atau substitute diperlukan untuk diet sihat. 

Sagu
Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya.
 

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam
Jagung Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah.  
Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Mungkin aneh untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda lupa keanehan itu. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.
Kentang
Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbandung tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.
 
Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.
Pasta
Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.
 
Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.
Oat
Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.
 
Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.
majalah Nona

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!