TERUS AKTIF BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

5/15/2018 12:11:00 PTG

Assalamualaikum..

TERUS AKTIF BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG |Wanita bertudung di Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit kepala dan rambut oleh kerana cuaca yang terik dan lembap. Lanjutan itu, rambut wanita yang bertudung amat mudah berpeluh dan berbau sekaligus menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, tidak sihat dan merasa tidak selesa.



SAFI SHAYLA adalah satu satunya rangkaian penjagaan rambut pertama dicipta khusus untuk wanita bertudung menzahirkan khasiat terkitab Habbatus Sauda dengan teras teknologi inovasi kecantikan mereka.Kepelbagaian manfaat serta komposisi kimia tumbuhan ini diekstrak daripada bijirin hitam ditemui didalam buah tumbuhan berbuah setiap tahun ini. Secara umumnya ia dipercayai mengandungi 15 jenis asid amino, protein, karbohidrat serta mineral.


Product Executive Safi, Sakinah Amirah giving a speech on the relaunch of SAFI Shayla with new and improved formula as well as introducing the new products to complete the haircare range of SAFI Shayla

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.




Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.




Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1. Syampu - 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) dengan 8 variasi



  • SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya- mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut.  Selain itu, ia jugak dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
  • SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus - mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting.  Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk dijaga/dimanja.
  • SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur - mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.
  • SAFI SHAYLA Syampu Rambut Gugur - mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
  • SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, leembut dan mudah diurus.
  • SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol - mengandungi minyak argan dan menthol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala.  Minyak Argan dan menthol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak - mengandungi citrus dan menthol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secaa mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citru dan menthol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala
  • SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak - mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

2. Syampu pouch - 480G (RM14.65) dengan 5 variasi
  • Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur
  • Safi Shayla Syampu Segar Bermaya
  • Safi Shayla Syampu Itch-Kontrol
  • Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur
  • Safi Shayla Syampu Licin Terurus

3. Syampu pump - 520G (RM19.90) dengan 5 variasi
  • Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur
  • Safi Shayla Syampu Segar Bermaya
  • Safi Shayla Syampu Itch-Kontrol
  • Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur
  • Safi Shayla Syampu Licin Terurus

  1. - SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

5. SAFI SHAYLA Serum Rambut - 50ML (RM17.90) dengan 2 variasi mengandungi


  • Minyak organik Habbatus Sauda - memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria
  • Minyak Moroccan Argan Organik - kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut.  Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut.  Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
  • Minyak Zaitun Asli - menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting
  • Minyak Vitamin E - mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

  1. - SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
    SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

    • SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan - mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.
    • SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur - mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihat lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
    • SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur - mengandungi ajen anti-kelemumur dan menthol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak.  berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut.  Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hinga ke hujung rambut.  Biarkan selama 3 - 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA

    Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita berkerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggal keasan haruman sepanjang hari.

     Chief Executive of Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy dan Safi Marketing Manager, Puan Mahsuri Sulaiman memperkenalkan SAFI SHAYLA dengan formula terbaru dan pembungkusan baru



    Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil HALAL.  SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian.  Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, layari yang berikut :

    Alamat :
    No 10 Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, 47610 Petaling Jaya

    No telefon:
    1-800-88-8867

    Laman web : www.safi.com.my

    Facebook : SAFIMY

    Instagram : safimalaysia

    Youtube : safimalaysia


    2 ulasan:

    Siti Yang Menaip berkata...

    packaging makin lawa la Shayla ni..

    Zahirah Dzahir berkata...

    Yg terbaru mmg lawa..

    Dikuasakan oleh Blogger.