Panduan Untuk Ibu Bapa Bila Berbasikal Bersama Bayi /Anak Anda | Mohd Dziehan Mustapa

By Zahirah Dzahir - 8/08/2021 10:31:00 PG

Assalamualaikum..

NAIK BASIKAL BERSAMA-SAMA BABY
Kisah dunia berbasikal sejak dua-tiga minggu ini menjadi tumpuan dan buah mulut ramai pihak. Pelbagai isu timbul dan disuarakan. Ditambah pula dengan insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan individu berbasikal.


Oh yer, saya ini juga individu baru dalam dunia berbasikal. Namun saya bertuah ada sifu dan Kawan-kawan yang betul-betul menitik beratkan isu keselamatan semasa berbasikal.

Namun saya tertarik membuat sedikit ulasan dan nasihat berdasarkan rujukan dan pembacaan berkaitan membawa baby berbasikal.

Tular sekeping gambar menunjukkan individu berbasikal membawa anak (tidak diketahui umur) menggunakan "baby carrier backpack" di bahagian belakang sambil berbasikal di jalan raya.

Semua perlu tahu bahawa amalan menggunakan "baby carrier backpack" untuk bawa anak bersama-sama berbasikal adalah amalan yang salah mengikut "American Academic Paediatric (AAP)". Malah kita lihat sendiri pun kita tahu antara bahaya yang boleh mengundang.

Membawa bersama-sama sikecil menaiki basikal dewasa boleh menyebabkan basikal tersebut tidak stabil dan meningkatkan masa untuk basikal berhenti ketika" braking".

Kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam apa sahaja kelajuan semasa menunggang basikal walaupun dalam situasi kayuhan yang santai. Situasi ini boleh menyebabkan kecederaan yang ketara kepada individu penunggang basikal dan anak yang menunggang bersama-sama.

Berikut adalah sedikit garis panduan untuk mengurangkan, tetapi tidak menghindari, risiko kecederaan berbasikal bersama-sama anak.

1) Bayi yang berumur kurang dari 12 bulan terlalu kecil dan tidak sesuai untuk duduk di tempat duduk belakang mahupun di boleh membawa bersama-sama menaiki basikal. Membawa bayi menaiki basikal menggunakan "baby carrier backpack" / beg galas (depan/belakang) juga tidak dibenarkan dan amalan yang salah.

2) Anak-anak yang berusia 12 bulan hingga 4 tahun yang boleh duduk dengan baik tanpa disokong dan lehernya cukup kuat untuk menampung berat helmet ringan di kepala boleh dibawa berbasikal bersama-sama menggunakan treler kanak-kanak atau tempat duduk khas di belakang.

3) Tempat duduk khas yang dipasang di belakang pula mestilah :
◾Dipasang dengan selamat di bahagian roda belakang
◾Ada "spoke guard" untuk mengelakkan daripada kaki dan tangan terkena roda
◾Mempunyai tali pinggang bahu dan tali pinggang yang kuat dan mampu menyokong anak yang sedang tidur

4) Sebaik-baiknya menaiki basikal bersama-sama sikecil di taman, di kawasan laluan basikal, atau di jalan raya yang lengang tanpa kenderaan. Elakkan menunggang di jalan raya yang sibuk dan dalam keadaan cuaca buruk. Kayuh dengan berhati-hati dan dalam kelajuan yang rendah sahaja.

5) Hanya individu dewasa sahaja yang boleh membawa kanak-kanak menaiki basikal bersama-sama. Kanak-kanak dewasa (abang/kakak) tidak digalakkan mengayuh basikal sambil membawa kanak-kanak kecil.

6) Helmet basikal khas untuk bayi yang ringan harus selalu dipakai oleh sikecil untuk mencegah atau mengurangkan kecederaan kepala. Helmet styrofoam kecil yang memenuhi standard dan piawaian pihak berwajib. Di Malaysia perlulah mendapatkan kelulusan SIRIM.
7) Pastikan sikecil mesti diikat ke tempat duduk basikal dengan tali pinggang yang kukuh.

Ingat bahawa risiko kecederaan serius masih boleh berlaku semasa anda membawa anak kecil menaiki basikal. Perlu sentiasa berhati-hati.
Bersukan dan beriadah itu bagus untuk kesihatan fizikal dan mental. Namun isu keselamatan tidak boleh diambil ringan terutama apabila membawa baby bersama-sama dalam keadaan bergerak (berlari/berbasikal)

Saya juga pernah menulis dahulu berkaitan membawa baby berlari dalam event larian sambil dengan menggunakan "baby carrier backpack" ini


Semoga penulisan saya kali ini memberi sedikit informasi dan nasihat buat kita semua. Elakkan cemuhan, berikan nasihat secara baik. Semoga bermanfaat buat semua.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia



249

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!