11 Perkara Yang Anak Perlukan Dari Mak Ayah | Mohd Fhais

By Zahirah Dzahir - 12/02/2020 10:25:00 PG

 Assalamualaikum..

Sedikit Info dari Mohd Fhais tentang 11 Perkara Yang Anak Perlukan Dari Mak Ayah

kredit google

Anak kita tanggungjawab kita. Baik buruk anak kita, hanya kita sahaja yang boleh bentuk mereka. Ingat tu!

1 - Tunjuk jangan arah
Anak tak belajar dengan dengar arahan tetapi mereka belajar dengan melihat apa kita buat

2 - Manjakan mereka
Tak ada istilah anak tak boleh di manjakan, padahal itu la caranya nak connected dengan anak

3 - Tegas dan baik dalam mengajar
Ya, anak kalanya gelagat anak ni menguji kesabaran tapi jika kita tegas dan baik dalam mengajar anak pasti suka belajar

4 - Buat anak rasa selamat
Anak mahukan pelindung, bila anak rasa selamat baru la prestasi otak naik 100%

5 - Berbual bersama
Anak mahu mak ayah yang bukan sekadar boleh beri arahan tapi boleh mendengar juga

6 - Berhenti membanding
Setiap anak ni unik, ada kelemahan dan ada kelebihan masing masing. Raikan dan jangan banding banding

7 - Mahu bermain di luar
Walau banyak macam mana pun mainan di dalam rumah, anak tetap perlu main di luar

8 - Bab makanan jangan berkira
Anak nak membesar, makanan mesti la berkhasiat dan penuh nutrien untuk bantu perkembangan dia

9 - Empati
Ada kalanya anak nak mak ayah ada six sense boleh baca dan faham apa yang anak rasakan.

10 - Beri peluang
Kadang kala anak akan buat salah, selagi ia tak berbahaya beri peluang pada dia rasa salah. Supaya dia boleh belajar dan jadi lebih matang.

11 - Sentiasa sokong apa anak buat
Anak yang sentiasa bersemangat dan tak mudah putus asa adalah kerana adanya mak ayah yang sentiasa percaya pada kemampuan anak

Wallahu A’lam,

- Parenting Influencer

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!