Assalamualaikum..
Kebanyakkan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan
mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti
beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran
mereka.
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai
kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat,
kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau
mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan
membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu
menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan
hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan
tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal.
Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan
dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka
disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara
bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu
dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal
sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin
dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu
wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya.
Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal
mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita
yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang
sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki
mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci
oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada
juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan
senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita
lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil
lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi
apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut
mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami
dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu
sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati
mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika
wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji
semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh
kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan
dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat
kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan
sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih.
Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu
menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang
berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang
cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil.
Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat
sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang
‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak
eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan
suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka
menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki
sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai
masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan
mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi
mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan
akan membuatkan wanita menjauhi anda.
- bacaan dari google
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!