Outdoor Activity Challenge | Active Academy Bukit Gambang Resort City
7/09/2018 04:07:00 PTG
Assalamualaikum..
Yang betulnya kat Bukit Gambang Resort City ni ada lagi tempat yang kita boleh lawat dan lakukan aktiviti bersama-sama keluarga ataupun kawan-kawan. Antaranya Safari Park dan Active Academy. Seperti yang kita tahu, kalau Safari park ni sudah tentu ada haiwan, kalau Active Academy ni untuk siapa yang sukakan outdoor recreation, aktiviti lasak dan sesuai untuk program team building.
Active Academy Bukit Gambang ni terletak berhampiran dengan arabian resort dan Carribean Bay Resort. Tak jauh mana pun, jalan kaki pun sampai. Dah sampai ada staff situ beri info apa yang ada kat situ apa yang boleh apa yang tak.
Kat Active Academy Bukit Gambang ada banyak aktiviti yang boleh kita buat. Lokasi yang sesuai untuk mana-mana kumpulan atau syarikat untuk adakan team building. Sebabnya kawasan dia boleh menampung seramai 500 orang dalam 1 masa. Luaskan kawasan dia. Antara kemudahan dan aktiviti yang ada .. ATV Fun Ride, ATV Explore Ride, Paintball Target Shooting, Paintball Warzone, Obstacle Course, Night Jungle Walk, Problem Solving Puzzle, Treasure Hunt/Explore, Flying Fox, Sky Trail, Field Management Games, Telematch Field, Water Telematch dan HRDF Claimable Preogrammes. Wahhh..banyakkan aktiviti yang ada.
Harga pun tak la mahal sangat. Tambah la BGRC telah sediakan harga pakej untuk aktivi yang kita nak main. Sebagai contoh, Sunshine Package. pakej individu hanya RM38 untuk 4 jenis aktiviti iaitu Paintball Target Shooting, Archery, ATV Fun Ride dan Flying Fox. ! Kalau kita main 1 per 1 harganya jatuh mahal balik. Setiap aktiviti harganya RM 18 campur semua dah adi RM 72. Rugi kalau tak ambil harga pakej.
Paintball Target Shooter ni dewasa boleh main kanak-kanak pun boleh main. Seronok la sikembar dapat main tembak-tembak. Mommy and abg Haziq pun tak lepas peluang main Pakai topeng safety tembak kat sasaran yang disediakan. Nampak mudah tapi nak aim tu bukan senang. Nak tau kena tak kena, 20 biji pellets yang deri dan kaler hijau. Temak tu laju ja pellet tu pi.
Jadi, bila korang datang bercuti kat Bukit Gambang Resort City ni, jangan lupa terokai apa yang ada kat sini. Janga lupa ke Bukut Gambang Waterpark, Bukit Gambang Safari Park dan Active AcademyBukit Gambang . Kalau nak datang lakukan aktiviti di Active Academy boleh booking awal untuk memudahkan pihak active academy susun tentatif untuk berkumpulan.
Nak ke mana untuk bercuti, boleh ke Bukit Gambang Resort City.. tapi booking awal sebabnya bila tiba aje musim cuti sekolah atau hujung minggu akan cepat penuh.
Info lanjut boleh baca di
Website: https://bgrc.com.my/active-academy/
Facebook: Active Academy Bukit Gambang Resort City
Email: activeacademy@bgrc.com.my