Assalamualaikum..
Inilah hasil Usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk anak-anak Kedah berjaya dalam Pelajaran iaitu Portal pendidikan atas talian iaitu Kedah e-Tutor
Laman web ni dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Kalau kita nak tau tentang subjek sekolah..apa2 soalan tentang pembelajaran boleh masuk laman web ni.
Jom layari www.kedah-etutor.comCara Pembelajaran Terkini & Berkesan, Sistem Pembelajaran yang mudah & Efisyen.
Macam yang dikatakan oleh YAB MB, pendidikan bukan pembaziran tapi pelaburan untuk masa depan.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
ALOR
SETAR - Kerajaan negeri Kedah menafikan ia bercadang memperkenalkan peraturan
berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir, hari ini.
Menurutnya, Kedah dan Malaysia merupakan negara majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha sabotaj program Discover Kedah tahun depan.
"Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai 'strict' sangat."
"Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan tuhannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Exporters Forum" anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini.
Mukhriz meminta semua pihak tidak risau tentang perkara ini kerana sehingga kini tiada cadangan mengenai kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.
Mukhriz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengenai perkara itu semalam.
Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan peraturan berpakaian itu walaupun pada ketika ini mereka masih di peringkat perbincangan dengan Majlis Agama Negeri Kedah mengenainya.
Menteri Besar berkata, perkara mengenai cara berpakaian seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan peraturan, lebih-lebih di sebuah negeri dan negara yang majmuk serta pelbagai kaum.
Terdahulu ketika merasmikan "Exporters Forum" itu yang turut dihadiri Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad, beliau meminta lebih banyak syarikat-syarikat Kedah mendaftar dengan agensi itu.
Pada ketika ini menurutnya, hanya ada 369 syarikat-syarikat daripada Kedah yang berdaftar dengan Matrade dan usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan mereka kepada sekali ganda dalam tempoh terdekat. - Bernama
- sinar harian -

Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Alfatihah
1. DYTM Raja Puan Muda Kedah Mangkat awal pagi tadi sehingga kini masih menunggu pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Kedah
2. Dato' Mursyid DiRaja Tan Sri Syeikh Abdul Majid Bin Mohd Noor (Mantan Mufti Kedah) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Menara Zakat setelah menghadiri mesyuarat zakat pagi tadi. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
3. Dua orang Jemaah Haji dari Kedah yg hilang semasa tragedi Kren tumbang di Makkah disahkan Meninggal dunia berdasarkan pengecaman indentiti kedua nya oleh keluarga mangsa.
Al Fatihah
kredit Jabatan Zakat Kedah
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jom..besok 19/9/15.. warga Alor Setar dan sekitar dengannya..pakat beramai sertai kayuhan jelajah Desa Jerlun. Sapa berminat nak kayuh basikal dengan MB boleh pi naa tapi mesti ada basikal. Kalau tak dak basikal camna nak kayuhnya. Kalau boleh tu bawak basikal sendiri tak payah nak pinjam2 orang punya..baru kayuh pun puas hati.
Kredit Mukhriz Mahathir FC
- Mummy Ira -
Pertandingan VIDEO PENDEK ' Sehati Sejiwa' Sempena Bulan Kemerdekaan 2015 Anjuran PMB Kedah
9/01/2015 02:17:00 PTG
Assalamualaikum..
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015
* Terbuka untuk rakyat negeri Kedah
PENGENALAN
Perbadanan Menteri Besar Kedah akan mengadakan PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ‘SEHATI SEJIWA’ sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.
TEMPOH PERTANDINGAN : 25 OGOS 2015 HINGGA 12 SEPTEMBER 2015
TEMA : SEHATI SEJIWA
Tempat pertama RM1000.00,
tempat kedua RM750.00 dan
tempat ketiga RM500.00
5 hadiah saguhati sebanyak RM200.00.
Sijil penyertaan turut diberikan.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
• Memaparkan gelagat rakyat negeri Kedah menyambut hari kemerdekaan;
• Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media sosial;
• Menonjolkan gambaran semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat di peringkat
kampung-kampung dan taman-taman perumahan serta bandar.
• Mempamerkan secara video kepada rakyat Kedah tentang gambaran sambutan kemerdekaan mengikut cara tersendiri.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Negeri Kedah;
2. Penyertaan adalah PERCUMA;
3. Video Pendek ini mestilah berdurasi selama 2 minit hingga 3 minit dan mestilah yang asli serta belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan dan penerbitan, dimuatnaik ke laman page Facebook PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH mulai 25 Ogos sehingga 12 September 2015;
4. Tema pertandingan ini ialah “SEHATI SEJIWA”.
5. Konsep video pendek perlu berunsurkan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut kemerdekaan serta setiap hasil berkenaan mempunyai jalur gemilang. Video pendek berunsur negatif atau memberi gambaran dan maksud yang tidak baik adalah tidak layak untuk dipertandingkan;
6. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;
7. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis perakam iPhone/iPad (OS) atau sebarang peralatan yang menggunakan sistem ANDROID serta drone.
8. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening
dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi video pendek adalah
dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick
image, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;
9. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video pendek tetapi peserta hanya
layak memenangi 1 hadiah sahaja;
10. Pihak penganjur Perbadanan Menteri Besar Kedah(PMB Kedah) mempunyai hak milik ke atas video pendek pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
11. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada hari yang akan ditentukan kelak oleh pihak penganjur.
12. Setiap peserta dikehendaki memuatnaik video pendek tersebut ke laman page Facebook PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH.
13. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-
- Nama peserta
- Lokasi video pendek
- Caption (sendiri)
- #SehatiSejiwa , #KedahMerdeka, #KedahAmanMakmur dan #KedahSerataRata
KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional ;
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan
seperti yang digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar adalah lebih tertumpu
pada ’Tema’ dan ’Daya Kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam video pendek secara profesional.
4. Namun demikian, kualiti video pendek juga akan diambil kira dalam pemberian markah. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia melalui saluran media sosial.
SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:-
1. Facebook (fan page) : Perbadanan Menteri Besar Kedah
2. Email : pmbkedahinfo@gmail.com
3. Penyelaras :
En. Mohamad Amin Abd Rani ditalian 019-4722003 atau
En. Tarmizi Hassan ditalian 019-4422283.
sumber fb MMFC
- Mummy Ira -