Assalamualaikum..
Rasa ketinggalan sungguh bila orang pakat buat kek marble yang Mommy tak buat² pun. Pasai pa tak buat..sebabnya Mommy tak brapa suka nak membaking² ni..tak brapa nak minat buat tapi suka makan. Better masak lagi dari baking. Kalau teringin sangat nak makan oder ja dari kawan² yang buat jual.
Kek ni kalau kita nak buat mesti ada tukang makannya. Si Abah n anak² tak brapa sangat makan kek. Masing² makan cuma ikut masa ja. Biasa² ja. Mak Tok dok buat kuih raya sejenis pun ambik masa nak habisnya.
Kek ni kalau kita nak buat mesti ada tukang makannya. Si Abah n anak² tak brapa sangat makan kek. Masing² makan cuma ikut masa ja. Biasa² ja. Mak Tok dok buat kuih raya sejenis pun ambik masa nak habisnya.
Tapi bila tengok pakat dok tunjuk kek marble ni macam mudah ja nak buat. Mommy pun saja la try buat. Ambik resepi kat ig Surianti_kitchen. Setakat baca resepi tu, was² nak buat. Takut salah buat. Nasib baik ada ig video dari surianti #buttermarblecakesurianti. Baru faham.
Suruh Abah beli bahan, Mommy pun cubalah buat kek marble ni.
Gayat juga takut tak jadi. Berpandukan ig video tu, alhamdulillah jadi jugak kek marble ni walaupun ter overcooked. Ok la untuk permulaan buat kek marble. Nanti kalau pakat nak makan tak payah beli dah. Buat sendiri jaa..
MARBLE BUTTER CAKE (loyang 8x8 inci)
Kredit : @surianti_kitchen
BAHAN-BAHAN
250 g mentega - dadukan
220 g gula kastor (boleh kurangkan)
4 biji telur gred A (gred A atau B pakai 4 biji)
1 sudu kecil esen vanila
50 ml susu segar (atau susu cair)
250 g tepung naik sendiri (atau tepung gandum +
1 sudu kecil baking powder) - ayak
2 sudu besar serbuk koko
CARA-CARA
1- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat.
2- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. (Selang 1 minit setiap kali)
3- Masukkan esen vanila.
4- Perlahankan mixer. Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung hingga habis.
5- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Saya letakkan 1 bahagian dengan serbuk koko dan lagi satu warna asal.
6- Griskan loyang. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi.
7- Sendukkan adunan berselang seli ke dalam loyang hingga habis. Hentak sedikit loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara.
8- Panaskan dahulu oven selama 10 minit dan bakar hingga masak, pakai api atas & bawah (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Jangan nanti ada yang cakap keknya tak masak/hangus sebab ikut suhu oven saya ya 😉 Oven saya suhunya 160°C selama 50 minit)
9- Angkat kek dan sejukkan di redai.
~~~~~~~~~~
Mommy
Ira
3 orang berborak di sini!
sedapnyee.. kite suka kek cemni dari yang ada cream.
BalasPadamAssalamualaikum Wrmbth Sis Zahirah. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000
BalasPadamHadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50
Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.
sedapnya
BalasPadamhaih
lama Hans tak buat kek
nih rasa nak buat kek balik nih