Assalamualaikum..
Resipi
ini cukup bagus buat kaum lelaki dan perempuan yang tidak mengandung, atau
bersalin normal pun boleh amalkan. Hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa
perapat.
Kalau anda bersalin secara pembedahan, petua ini sangat digalakkan sebab bersalin czer selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.
Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu besar
Lada hitam 1 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara buat:
Tumbuk halba sampai hancur kemudian masukkan halia, bawang putih dan teruskan tumbuk. Akhir sekali masuk lada hitam, tumbuk sampai lumat. Gentel bulat-bulat, selepas itu anda boleh keringkan dan simpan dalam bekas.
Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar. Untuk 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.
Kelebihannya, tidak rasa apa bila makan dan kesannya anda asyik bunag angin sama ada kentut atau sendawa.
Cara makan:
Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Fungsinya untuk kempiskan perut dan buang angin. Ibu menyusu pun boleh amalkan kalau anak tahan. Tetapi ibu mengandung tidak dibenarkan.
Kalau anda bersalin secara pembedahan, petua ini sangat digalakkan sebab bersalin czer selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.
Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu besar
Lada hitam 1 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara buat:
Tumbuk halba sampai hancur kemudian masukkan halia, bawang putih dan teruskan tumbuk. Akhir sekali masuk lada hitam, tumbuk sampai lumat. Gentel bulat-bulat, selepas itu anda boleh keringkan dan simpan dalam bekas.
Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar. Untuk 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.
Kelebihannya, tidak rasa apa bila makan dan kesannya anda asyik bunag angin sama ada kentut atau sendawa.
Cara makan:
Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Fungsinya untuk kempiskan perut dan buang angin. Ibu menyusu pun boleh amalkan kalau anak tahan. Tetapi ibu mengandung tidak dibenarkan.
mingguan wanita
Assalamualaikum..
Kaca
mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan secara meluas oleh ramai
orang untuk mengelakkan cahaya yang kuat dari memasuki mata. Kaca mata hitam
juga merupakan alat bantuan visual yang menggabungkan kanta berwarna,
polarisasi, penghalang sinar (ultraviolet-UV)) dan silau. Selain fungsinya yang
memberi perlindungan, kaca mata hitam terkenal sebagai satu fesyen dan
menjadikan si pemakai nampak lebih bergaya.
Pada
waktu siang terutama antara lewat pagi sehingga petang, cahaya matahari menjadi
sangat terang dan ketara. Ini menyebabkan mata berasa tidak selesa. Individu
terdedah kepada lebih cahaya semasa melakukan aktiviti luar seperti berenang,
memancing atau berkebun berbanding aktiviti di dalam bangunan. Sebagai langkah
pencegahan terhadap cahaya matahari yang keterlaluan, kaca mata hitam disyorkan
untuk melindungi mata dari sinaran ultraungu (ultraviolet-UV). Selain sinaran
UV, sinaran matahari yang merosakkan mata termasuklah cahaya putih terang
(boleh dilihat) dan cahaya biru (yang tidak boleh dilihat) pada spektrum yang
kelihatan di sebelah hujung ungu.
Sinaran
matahari dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan masalah mata yang
serius.
Bagaimana
cahaya matahari merosakkan mata?
Sinaran
UV adalah sebahagian dari sinaran semula jadi yang terdapat dalam spektrum
cahaya yang tidak kelihatan. Selain matahari sebagai sumber semula jadi UV,
sinar UV boleh terhasil dari pelbagai sumber tiruan termasuk alat kimpalan,
laser, alat memperangkan kulit dan lampu tertentu.
Cahaya
biru dari spektrum yang boleh dilihat. Sinaran UV boleh dibahagikan kepada 3
kategori iaitu UVA, UVB dan UVC. Sinaran UV membawa lebih banyak tenaga
berbanding sinaran cahaya yang boleh dilihat. Oleh itu mata berisiko mengalami
kerosakan yang serius kerana menyerap sinaran UV berbanding dengan cahaya lain.
Kerosakan
yang disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV tidak boleh
dipulihkan dan boleh merosakkan mata. Oleh itu kita perlu melindungi mata kita
dari terdedah kepada sinaran UV dalam tempoh yang panjang. Selain merosakkan
mata, sinaran UV juga boleh merosakan kulit dan badan.
Sinaran
UV boleh diserap oleh pelbagai struktur mata. Lapisan luar mata termasuk kornea
dan konjunktiva boleh menyerap sinaran UVB. Kanta mata menyerap kebanyakan
sinaran UVA. Retina (lapisan sensitif cahaya) menyerap cahaya yang boleh
dilihat. Sinaran UVC diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke bumi.
Kerosakan
mata akibat sinaran UV adalah :
- Katarak (kekaburan kanta semulajadi mata)
- Degenerasi makular berkaitan umur
- Pterigium (ketumbuhan konjunktiva)
- Kerosakan retina akibat merenung matahari
Kerosakan
badan akibat sinaran UV adalah:
- Kulit terbakar
- Penuaan kulit pra-matang
- Kanser kulit
- Sistem keimunan berkurangan
Pemilihan
kaca mata hitam
Untuk
perlindungan mata, pakai cermin mata hitam yang menghalang hampir 100 peratus
atau 99 peratus cahaya UV. Kanta plastik dan kaca menyerap cahaya UV dan ini
boleh diperbaiki dengan bahan kanta yang telah dirawat dengan bahan kimia tertentu
semasa proses pembuatan atau menggunakan kanta dengan penyalut khas.
Panduan
memilih kata mata hitam
- Pilih kanta yang gelap untuk keselesaan mata.
- Elakkan kanta yang terlalu gelap kerana boleh menghadkan penglihatan.
- Jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang terutama di laut atau semasa musim sejuk apabila terdapat salji, gunakan kaca mata hitam yang menghalang cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat.
- Pilih kaca mata sederhana hitam ke hitam gelap dengan sedikit berwarna (sama ada warna kelabu, coklat atau hijau).
- Gunakan kanta plastik kalis calar dan bukannya kanta kaca. Kanta plastik tahan lasak dan tidak mudah pecah.
- Terdapat kaca mata hitam dengan polarisasi yang mengandungi penapis polarisasi. Ia mengurangkan silau dan boleh membias cahaya dari permukaan berkilat seperti air.
Jenis
kaca mata hitam
- Kaca mata hitam dengan kanta plastik biasa – mengurangkan kecerahan secara sama rata.
- Kaca mata hitam dengan kanta polarisasi – mengurangkan silau kerana membias cahaya.
- Kaca mata hitam dengan kanta fotokromik – berubah warna mengikut perubahan jumlah cahaya dengan menjadi lebih gelap apabila cahaya terang dan lebih cerah apabila cahaya berkurang.
- Kaca mata dengan kanta cermin – memantul semua atau separuh cahaya.
Warna
kaca mata hitam
- Kanta berwarna sedikit (tinted) kelabu atau hijau gelap – sesuai untuk kedua-dua penggunaan asas dan pelbagai guna.
- Kanta berwarna sedikit jingga – pemandangan menjadi lebih cerah dalam cuaca mendung, berjerebu atau berkabus kerana menghalang cahaya biru.
- Kanta berwarna sedikit emas dan kuning – menambah kontras.
- Kanta berwarna sedikit coklat – meningkatkan persepsi kedalaman.
- Kanta berwarna sedikit merah jambu – memberi kontras dan resolusi imej yang baik dalam cahaya berkurang.
Kaca
mata hitam sebagai pelindung sinaran UV
Pemilihan
kaca mata hitam sebagai pelindung sinaran UV bukanlah berdasarkan harga, warna
atau kegelapan kanta. Teliti label dan ketahui jenis dan jumlah perlindungan
yang ditawarkan oleh pengeluar.
Kaca
mata hitam dari perlindungan UV terbahagi kepada 3 kategori:
- Kanta mata hitam kosmetik – kanta berwarna sedikit yang nipis digunakan dalam cahaya matahari bertahap rendah. Ia menyekat sehingga 60% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 88% hingga 96% sinaran UVB.
- Kanta mata hitam serbaguna – menghalang 60% hingga 93% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 94% hingga 99% sinaran UVB. Ia sesuai untuk memandu dan amat disyorkan dalam cahaya matahari yang terang.
- Kaca mata hitam khas – menyekat sehingga 96.5% cahaya yang kelihatan dan sehingga 98% sinaran UVA. Ia menghalang sekurang-kurangnya 99% sinaran UVB, dan sesuai jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.
Alat
pelindung lain
Selain
memakai kaca mata hitam terdapat pilihan lain bagi melindungi mata dari sinaran
UV, cahaya yang terang dan biru.
- Pakai topi lebar apabila berada di luar dan terdedah kepada cahaya matahari yang terang untuk melindungi mata dengan mengurangkan jumlah panahan cahaya ke mata.
- Elakkan terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu siang antara jam 11 pagi hingga 4 petang. Dalam tempoh ini , sinaran UV amat kuat . Nasihat ini perlu ditekankan untuk orang yang melakukan aktiviti luar. Aktiviti seperti berenang, bermain pasir dan air di tepi pantai memantulkan sinaran UV.
- Rancang aktiviti luar sama ada sebelum 11 pagi atau selepas pukul 4 petang.
- Apabila menghabiskan masa di bawah sinaran matahari, cari kawasan yang teduh atau gunakan payung.
Kesimpulan
Matahari
boleh menjadi rakan dan juga lawan.
Ingat!
- Elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang terang secara langsung dalam tempoh yang panjang.
- Jika anda perlu berada di bawah sinaran matahari, gunakan kaca mata hitam dengan pelindung UV.
- Ketahui jenis dan tahap perlindungan UV sebelum membeli kaca mata hitam.
- Walaupun cahaya matahari adalah sumber tenaga yang membantu melakukan aktiviti harian kita, pendedahan kepada sinaran matahari yang terang dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan mata.
- Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Sebelum kesan dan tanda kerosakan pada mata anda berlaku, amalkan perlindungan yang sepatutnya apabila terdedah kepada cahaya matahari.
- Matahari boleh merosakkan mata anda secara kekal dalam tempoh yang singkat.
Assalamualaikum..
Ketika berkomunikasi dengan ramai orang, anda pasti akan bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia dengan karakter yang berbeza. Mungkin ada yang nampak cantik namun sikapnya sangat menjengkelkan. Kena ubah ya, atau pun kita boleh tegur secara diam-diam dan elok. Ok, ini beberapa sikap yang MW maksudkan...
1. Bangga diri sendiri secara melampau
Yakin dengan diri sendiri tak salah tetapi jangan over
sampai nampak seolah-olah 'angkat bakul sendiri'. Tambah pula kalau anda jenis
'up' diri sendiri dan pada yang sama kecilkan kebolehan orang lain. Ini memang
terus nampak buruk anda, ya.
2. Sikap kasar dengan seseorang
Normal kalau ada wanita yang tingkah laku agak kasar. Tetapi
kalau sampai anda menindas orang lain atau pasangan sendiri, ini boleh
merosakkan hubungan. Terpekik-pekik sebab satu kesilapan yang kecil, agak
melampau, bukan?
3. Pembohong dan suka putar belit
Bukan hanya lelaki saja yang pandai berbohong, wanita pun
ramai dan mula pandai sembunyikan sesuatu rahsia, sampai menipu. Biasanya
wanita seperti ini tidak punya banyak kawan sebab orang dah boleh baca
perangainya.
4. Cepat marah dan baran
Wanita memang terkenal dengan sikap drama, tetapi jangan
sampai tonjol perangai baran dan moody melampau. Wanita yang mudah marah, cepat
kecil hati dan tarik muka masam setiap masa juga tidak begitu disukai
orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis.
5. Pemikiran sempit, semua salah
Rajinkan diri update ilmu setiap hari, jangan nampak cantik
tetapi abila disoal macam-macam melalut. Ada yang jenis buat-buat tahu, tidak
ke sikap ini memalukan diri sendiri. Wanita kadang kena ambil tahu dengan isu
semasa, berfikiran luas dan boleh menerima pendapat orang lain. Jangan
asyik rasa diri anda saja yang sempurna dan tunjuk pandai.
Wanita, jangan sampai ada salah satu perkara di atas dalam
diri anda. Selagi anda mampu ubah beberapa sifat dan sikap ini, elok ambil
peluang. Sayang, orang nampak penampilan cukup cantik tetapi sebab beberapa
perangai ini, terus nampak buruk anda.
mingguan wanita
Assalamualaikum..
Setiap kali nak bersiap ke pejebat atau keluar berjalan,
wanita akan ambil masa beberapa minit termenung depan almari.
Ada banyak sebab yang berkait dengan masalah ini, antaranya,
terlalu banyak pilihan atau mungkin sukar nak cari baju yang sesuai setiap
hari.
Adakah anda sedar yang sebenarnya anda sudah mempunyai baju
terlalu banyak? Tak percaya dan masih rasa tiada koleksi terbaru? Ok, jom kita
lihat tanda-tanda seseorang yang mempunyai baju melebihi had...
1. Almari tak boleh ditutup
Bukan sebab pintu rosak, tetapi kerana terlalu banyak baju
yang disumbat. Sampai kadang, buka pintu baju-baju terus jatuh tergolek di
bawah.
2. Gembira jumpa baju yang lama tidak dipakai
Sesekali hujung minggu, anda berpeluang untuk susun baju di
dalam almari. Tetiba boleh jumpa baju yang 2 tahun sudah tidak dipakai di ruang
paling ceruk dan bawah, bukan ke rasa teruja? Cuba pakai dan masih muat. Ya,
itu sebab banyak koleksi dalam almari.
3. Asyik beli penyakut baju
Beli baru sebab nak sangkut baju yang tidak boleh dilipat.
Terus sangkut di mana yang sesuai. Itu tanda paling nyata yang baju anda sudah
banyak!
4. Susunan baju tidak teratur
Main letak dan janji boleh masuk dalam almari. Anda
sebenarnya kena beli almari baru, bukan main sumbat. Nanti kalau pasangan cari
barang dia tak jumpa, lagi jadi parah.
5. Kena asingkan ikut jenis
Tetiba anda rajin susun jenis pakaian antara yang kecil dan
besar. Sebab kalau bercampur, boleh jadi 'pakaian kecil' hilang setiap hari.
Banyak sangat dah tu baju...
6. Ambil masa pilih baju
Siap dengan termenung dan gali bali baju yang disusun
menyebabkan anda buang masa untuk bersiap. Bukan ke ini satu bukti yang anda
sudah terlalu banyak ada baju?
7. Ada semua warna
Setiap kali ada jamuan makan atau memerlukan anda pakai ikut
tema, anda punya baju. Semua jenis warna ada cuma yang bezanya jenis potongan
dan jenama. Banyak sungguh ni!
8. Baju baru tak muat
Banyak sangat koleksi yang dibeli sampai kadang diri sendiri
lupa ada baju baru yang belum dipakai. Sampai masa, nak cuba pakai baju itu
pula tak muat. Tidak ke rasa kecewa? Daripada anda membazir, lebih baik anda
fikir dulu sebelum beli pakaian baru.
9. Buang yang lama, dapat yang baru
Sampai terpaksa buat jadual untuk membeli-belah dengan
pasangan. Ya, elok juga sebulan sekali anda kemas almari dan sedekahkah baju
kepada orang yang lebih memerlukan jika anda jenis suka pakai baju baru.
10. Kenal dengan penghantar baju
Ini sebab terlalu banyak order, penghantar barang pun sudah
boleh cam muka anda. Pelanggang tetap, katanya!
Anda masih rasa tidak ada baju untuk dipakai? Wanita, jangan
terlalu ikut kehendak ya. Fikir dulu sebelum masuk pasar raya dan setiap kali
berniat mahu beli cara online. Cukuplah sekadar cuci mata jika rasa nak puas
tengok pakaian baru.
mingguan wanita