Jalan Jalan cari Makan Food Truck Raja Gulai

By Zahirah Dzahir - 11/09/2016 04:48:00 PTG

Assalamualaikum..

Dah berapa kali ulang mai makan kat sini tapi tak berkesempatan update dalam blog. Ok, kadang2 ni seronok juga sekali sekala jalan jalan cari makan. Kali ni Saya singgah makan dekat Raja Gulai Food Truck. Dok lalu banyak kali dah..dok tengok tapi tak singgah pun. Ni dah lalu saja singgah nak tengok apa menu yang sedap kat sini. 

 Tempahan makan jugak diterima..jadi sesapa yang nak buat makan2 ka..
nak tempah boleh contact depa

Nampak macam biasa ja Food Truck ni tapi ramai yang singgah mai makan. Bertempat di hujung corner sederet rumah kedai seberang kilang Continental ( Syme Tyres ). Kalau turun dari titi Ampang Jajar, ikut traffic light kanan..masuk kiri rumah kedai. Kalau dari Mergong, ikut traffic light kiri. 

Seawal 9 pagi dah ada. Kadang2 lambat sikit..maklumlah mai dari Jitra. Kiranya kita kena pi cepat sebabnya kalau lambat tempat duduk tak dak..tempat dok makan terhad. Kalau lambat alamatnya kena tunggu turn nak dok makan tak pun share meja dengan orang lain. Kalau tak salah Saya Food Truck ni habis berniaga ikut lauk tu ada ka tak lagi..kalau dah habis, tutup. Hari Jumaat & Sabtu cuti..
 
Menu tu tak la banyak sangat tapi menu utama mesti la gulai dah nama pun Raja Gulai.,Gulai Ayam Kampung..Gulai Itik..Gulai Ikan Isi..Nasi Putih, Ayam Masak Kicap. Menu tambahan macam masak Cabai Sotong, Telur Rebus masak merah kot ( saya pun tak pasti ) Sayur Kobis, Telur Rebus, Dalca kambing ( hari Khamis ) tapi menu2 ni ada tak tentu hari. Kalau ada makan mesti ada ayaq minum ..ya ayaq pun ada.

 Gulai Ayam Kampung
 Gulai Ikan
 Gulai Itik
 Ayam masak kicap
Menu2 lain tau kot menu apa

 sekali ayaq minum RM 16

Favourite Saya mesti la Gulai Itik. Sedap jugak itik ni. Makan pula panas2 memang sedap.  Macam harga pula..ayam kampng & itik besar..kira rm 6..harga yang lain Saya tak pasti. Saya rasa tak la mahal sangat..harga tu berbaloi dengan besar seketul ayam kampung & itik. Ramai yang kata murah..makan pun puas hati.

Macam biasa la..nak tau sedap ka tak..kena pi makan sendiri. Takut pulak satgi Saya kata sedap..ada pula yg kata tak sedap. Senang pi rasa n makan sendiri..☺☺☺



- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!