Pisang Banyak Manfaat Dan Kelebihan Untuk Kesihatan Tubuh Badan Kita
11/15/2019 08:44:00 PG
Assalamualaikum..
Pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Di mana-mana pun mudah untuk kita jumpa dan beli pisang ni dengan harga yang berpatutan. Selalunya pisang ni menjadi pilihan bagi masyarakat untuk dijadikan sebagai hidangan seperti pencuci mulut.
Rasanya yang sedap dan manis menjadi pilihan dan kegemaran ramai. Ia sedap dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.
Ya, pisang ni memang sedap dimakan, tahukah korang yang pisang juga mempunyai banyak manfaat dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan kita .
ANEMIA
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
NEUTRALKAN PARAS GLUKOSA
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.PENGHADAMAN
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
TEKANAN DARAH TINGGI
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
TEKANAN ATAU STRES
Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.
KELETIHAN
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.
PANAS JANTUNG
Pisang mempunyai kesan antiasid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
SARAF
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.
DEMAM PAGI
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.
GIGITAN NYAMUK
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.
PENYAKIT KULIT
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.
ULSER
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.
SEASONAL AFFECTIVE DISORDER (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.
AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).
Perlu Juga Tahu Fungsi Mengurut Untuk Keselesaan Badan
11/11/2019 01:51:00 PTG
Assalamualaikum..
Siapa yang dok baca ni suka diurut. Ikutkan mengurut ni cukup sinonim dengan masyarakat melayu tapi kalau kita tengok la semua orang tak kira bangsa suka mengurut. Selalunya kita dok dengar mengurut ni untuk kesihatan dan keselesaan badan. Bukan dewasa ja yang boleh mengurut. Budak² pun boleh juga tapi ada cara urutan dia. Agak² la badan budak², urut cara budak². Urut ni macam² jenis urutnya.
Macam Mommy pun dok urut badan jugak. Sebelum ni ada la bibik indonesia depan rumah pandai mengurut. Memang sedap n puas hati. La, bibik tu dah balik Indonesia susah dah nak cari urutan yang sedap macam bibik tu.
Anak² Mommy, masa baby pun bibik yang urutkan. Selalunya urut time depa demam, dan laa sementara nak jumpa doktor. Tapi memang macam tu kot, mentua KAKAK Mommy orang jawa. Memang tradisi depa akan urut budak² kalau tak sihat. Katanya, kadang² ada urat yang bersimpul menyebabkan depa tak sihat/demam. Macam yang Mommy kata, urut cara budak².
Google
Urut ni macam² jenis urutnya. Urut seluruh badan, urut kaki, urut bahu/leher dan banyak lagi. Mommy rasa urut ni semuanya sama. Maybe cara n teknik tu ja yang berbeza. Urut ni
gabungan mengurut, usapan dan penekanan dengan tangan. Teknik urut bergantung kepada pertimbangan pengamal urut mengikut keperluan tubuh seseorang dan minyak herba terpilih yang akan digunakan.
Tujuan Urutan adalah bagi
1. Memulihkan fungsi badan ke tahap normal
2. Meredakan sengat-sengat dan ketegangan otot
3. Merehatkan badan
Selalunya Urut ni terbahagi kepada dua kategtori, Urutan kesejahteraan dan Urutan Terapeutik.
Urutan Kesejahteraan membantu dalam penjagaan kesihatan, manakala
Urutan Terapeutik, bertujuan untuk meningkatkan pemulihan penyakit dan mengurangkan kesakitan.
Keadaan pesakit yang dibenarkan untuk menjalani urutan termasuk:
1. Tekanan emosi seperti kegusaran dan kemurungan
2. Simpul biawak ( krem )
3. Sakit belakang
4. Pening kepala
5. Terseliuh *
6. Sengal otot atau sendi
Keadaan yang tidak sesuai untuk diurut
1. Penyakit darah beku di anggota kaki
2. Demam yang terlalu tinggi (melebihi 39 Darjah Celcius)
3. Kepatahan tulang
4. Luka baru
5. Luka berdarah
6. Kecederaan akibat kebakaran
Kesan sampingan yang boleh dialami selepas berurut termasuklah
1. Kesakitan badan
2. Lebam
3. Bengkak
4. Alahan kepada minyak urut yang digunakan
Petua/nasihat selepas mengurut Lazimnya apabila pesakit mendapat rawatan Urutan, mereka akan diberi nasihat atau petua untuk mempercepatkan proses pemulihan.
1. Elakan dari memakan makanan yang pedas, pulut dan organ dalaman sebelum dan selepas rawatan urut.
2. Perbanyakkan minum air suam selepas diurut.
3. Petua cepatkan sembuh dari terseliuh -Sekiranya bengkak, ambilkan asam jawa, garam dan sedikit air, jadikan seperti pes dan tampal ditempat terseliuh yang bengkak.
* Tapi ada juga yang tak sesuai untuk mengurut. Selalunya mereka yang ada masalah kesihatan. Apa pun jumpa dan minta nasihat doktor dulu untuk kepastian boleh urut ataupun tak. Takut la jadi apa² masalah ka.
Keadaan pesakit yang dibenarkan untuk menjalani urutan termasuk:
1. Tekanan emosi seperti kegusaran dan kemurungan
2. Simpul biawak ( krem )
3. Sakit belakang
4. Pening kepala
5. Terseliuh *
6. Sengal otot atau sendi
Keadaan yang tidak sesuai untuk diurut
1. Penyakit darah beku di anggota kaki
2. Demam yang terlalu tinggi (melebihi 39 Darjah Celcius)
3. Kepatahan tulang
4. Luka baru
5. Luka berdarah
6. Kecederaan akibat kebakaran
Kesan sampingan yang boleh dialami selepas berurut termasuklah
1. Kesakitan badan
2. Lebam
3. Bengkak
4. Alahan kepada minyak urut yang digunakan
Petua/nasihat selepas mengurut Lazimnya apabila pesakit mendapat rawatan Urutan, mereka akan diberi nasihat atau petua untuk mempercepatkan proses pemulihan.
1. Elakan dari memakan makanan yang pedas, pulut dan organ dalaman sebelum dan selepas rawatan urut.
2. Perbanyakkan minum air suam selepas diurut.
3. Petua cepatkan sembuh dari terseliuh -Sekiranya bengkak, ambilkan asam jawa, garam dan sedikit air, jadikan seperti pes dan tampal ditempat terseliuh yang bengkak.
* Tapi ada juga yang tak sesuai untuk mengurut. Selalunya mereka yang ada masalah kesihatan. Apa pun jumpa dan minta nasihat doktor dulu untuk kepastian boleh urut ataupun tak. Takut la jadi apa² masalah ka.
Dan ada juga tak tak percaya tentang urut mengurut ni. Kalau suka dan ok boleh ja urut mengurut ni. Kalau tak suka it's ok. Terpulang kepada masing².
~~~~~~~~~
Mommy Ira
Assalamualaikum
Banyak² tomyam..tomyam putih yang paling mudah buat. Tak payah buh pes² bagai. Mudah sangat. Ingat lagi masa sekolah dulu..time bulan puasa, Mak Tok suka buat tomyam putih ni makan masa sahur makan dengan daging goreng garing..perghh..memang sedap..makan panas²..memang buka selera time sahur tu. Makan bertambah lagi. Macam la pun Mommy dok buat jugak, tapi kena ikut selera masing². Kalau nak makan baru buat.
Rasanya ada yang tahu buat tomyam putih ni. Tak palah..Mommy share ja. Bahan-bahan ni agak² ja. Mommy pakai buh ja.
RESEPI TOMYAM PUTIH
=====================
Isi Ayam (hiris nipis)
Bawang besar 1/2 biji (hiris nipis)
Bawang putih 3 biji (ketuk)
Cili padi 4 tangkai (ketuk)
Lengkuas 1 inci (hiris nipis)
Serai 2 batang (ketuk)
Daun limau purut 4 helai
Daun ketumbar 1 pokok
Tomato 2 biji (belah 2)
Baby corn
Carrot
Bunga kobis
Kiub pati Ayam 1 ketul je
Gula garam secukup rasa
Asam limau
Cara2 buat
Rebus air 4 cawan
Mendidih air tu, buh ayam..agak² dah masak ayam tu..
Buh semua bahan..biar mendidih..jangan masak sangat sayur tu..nanti hilang zat dia. Dah masak tutup api. Baru perah asam limau.
*asam limau tu ikut nak buh atau pun tak
Jemput..jemput..
~~~~~~~~
Mommy Ira
Assalamualaikum
Doktor, hidung saya tersumbatlah. Nak bernafas pun susah. Kepala pun sakit je kat depan ni, lepastu rasa nak demam pun ada sakit tekak sikit pun ada, telinga pun macam sakit sikit.
Ianya boleh disebabkan oleh sinusitis( resdung), demam virus biasa, jangkitan virus akibat alahan ( allergic rhinitis), pembengkakan tonsils ( tonsilitis) atau masalah hidung atau rongga hidung atau upper respiratory tract infection ( jangkitan kuman di bahagian atas pernafasan)
Bukan semua bersin itu adalah resdung.
Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.
Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria serta bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkak dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus atau silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak. Sebab tu pesakit akan rasa sakit2 di bahagian muka/sinus.
Simptom resdung adalah :
1)Hidung tersumbat
2)Lendir daripada hidung dan tekak
3) Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
4) Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5)Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6)Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung , hidung tersumbat dan sebagainya.
Punca resdung:
1)Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
2)Hidung bengkok
3)Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
4)Jangkitan gigi atas
5)Ketumbuhan di dalam hidung
6) Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
7)Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
1)Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
2)Ubat selesema atau anti histamine
3)Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
4) Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Bagaimana mengawal resdung?
1)Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.
2)Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan.
Setiap individu alah kepada makanan yang berbeza terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan atau chocolate atau cheese atau coffee dan ada juga disebabkan oleh cuaca sejuk.
3)Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
4)Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
5)Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
6)Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari.
Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
7)Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
8)Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan paracetamol untuk merawat kesakitan
9)Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Kawal pemakanan kita.
Tak perlu pergi berubat kampung letak asap bagai kat luar hidung.
Ianya bukan ulat tapi ianya adalah kotoran yang sudah lama terkumpul di dalam rongga sinus.
Jangan main beli sahaja ubat ubat resdung di toko toko jamu kerana kebanyakkannya mengandungi steroids dan steroids adalah berbahaya kepada tubuh badan kita jika terlebih dose.
“Sesungguhnya ALLAH suka pada bersin dan benci pada menguap. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji ALLAH Ta`ala (membaca hamdalah), maka adalah tuntutan ke atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan: “yarhamukallah ÙŠَرْØَÙ…ُÙƒَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu). Adapun menguap, maka itu berasal dari Syaitan. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian menguap maka ia mesti menahannya sekuat tenaga, kerana apabila ada salah seorang di antara kamu sekalian menguap, maka Syaitan mentertawakannya.”
(HR al-Bukhari)
Dr. Erna Nadia
Paracetamol atau nama glamernya panadol tidak mengandungi steroids ok
Kredit fb Dr. Erna Nadia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155357346461919&id=708751918