Assalamualaikumm..
Metro Ahad :
Perunding
Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan
berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan
yang tidak sempurna.
Dalam pengambilan
pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya
ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan
jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin
dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah
ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.
“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.
Artikel ini
disiarkan pada : 2013/03/09
--------------------
Jom kita share serba
sedikit tips kurangkan bau badan..
1) Mandi dengan
lebih kerap - Sekurang kurangnya, 2 kali sehari..
2)
Cukur/gunting/cabut bulu ketiak
3) Limau Nipis -
Gosok
ketiak dengan limau nipis yang telah dipotong ketika mandi. Orang-orang lama
memang suka guna limau nipis jer kan untuk mandi. Baunya pun sangatlah harum..
4) Keringkan ketiak
sekering-keringnya..
Sebaik baiknya,
keringkan ketiak sekering-keringnya. Supaya bahagian tu betul2 kering.
5) Deodorant
Elakkan deodorant
jenis roll.. Gunakanlah deodorant yg jenis spray atau stick.. Pemakaian
deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun
bukan jaminan 100 peratus. Pemakaian bedak bayi juga membantu untuk
mengurangkan bau badan sementara.
6) Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan
sangatlah perlu dititikberatkan. Pemakanan merupakan antara faktor utama yang
menyumbang ke arah bau badan. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah rempah
ratus dan bawang putih. Selain itu, banyak minum kopi atau minuman berkafein
juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak. Bukanlah tidak boleh makan
lansung, tetapi kurangkan..
7) Minum banyak air
kosong.
Pengambilan air
kosong sebanyak 3 liter sehari mampu memperbaiki sistem perkumuhan dalam badan.
Jadi, usus dapat menjalankan proses perkumuhan dengan lebih baik. Bila usus
berfungsi dengan baik, najis juga akan keluar dari badan setiap hari. Jadi,
tidaklah ia berkumpul di dalam usus sahaja. Bila najis sudah dikeluarkan,
tidaklah ia menimbulkan bau badan yang keterlaluan.
Kalau korang ada
lagi tips yang nak di tambah, boleh komen kat bawah naaa....