Assalamualaikum..
google
Punica
granatum atau lebih dikenali sebagai buah delima menjadi pilihan ramai masa
kini untuk menjaga kesihatan. Ia juga dikenali sebagai pomegranate, rumman,
rumien atau rimmon.
Buah
delima memang terkenal dengan khasiat kerana mengandungi antioksidan yang
tinggi malah kajian menunjukkan kandungan antioksidan dalam buah itu dua atau
tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.
Malah
kualiti antioksidan delima juga dikatakan lebih baik daripada beri biru,
kranberi dan oren kerana polifenol di dalamnya lebih tinggi.
Ketika
ini ramai pengusaha produk kecantikan mahupun makanan berlumba menggunakan buah
delima dalam produk mereka disebabkan khasiatnya.
Bagi
pencinta aiskrim, anda boleh mendapatkan khasiat buah delima melalui Magnum
Pink Pomegranate yang dihasilkan daripada seratus peratus buah delima asli
serta coklat Belgium.
Menurut
Chef Isadorai Chai, umum mengetahui buah delima menjadi pilihan ramai masa kini
untuk menjaga kesihatan. Ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien
seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Kajian
dijalankan juga menunjukkan buah delima mengandungi zat protein dan lemak dalam
kuantiti sedikit.
“Selain
bagus untuk kesihatan, buah delima juga tidak mempunyai kandungan gula yang
tinggi malah lebih baik berbanding buah oren.
“Selain
itu coklat pahit (dark chocolate) juga kaya dengan kandungan mineral penting
antaranya, kalium, kalsium, magnesium, zat besi dan tembaga selain mineral
coklat juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk memperkuat sistem
imun,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Magnum Teases Upcoming Ice Cream
Launch Through A Molecular Gastronomic di ibu negara, baru-baru ini.
Jelasnya
lagi, pesakit kecing manis juga boleh makan buah delima tetapi dalam kuantiti
yang sederhana kerana setiap buah mempunyai rasa manis sendiri.
“Saya
percaya setiap makanan yang diambil dalam kuantiti yang sederhana tidak akan
mendatangkan kesan mudarat. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri,”
katanya.
Delima
berasal dari Iran dan juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Daun
delima mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong berukuran antara
tiga hingga tujuh sentimeter (sm) panjang dan 1.3sm lebar.
Bunga
delima berwarna merah terang, ada yang mempunyai bunga oren terang terutama
bagi spesies delima katik atau kerdil (dwarf pomergranate) atau nama
saintifiknya punica granatum nana.
INFO MANFAAT
DELIMA
-
Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American
Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat
mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan
kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
-
Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan
mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah
payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan
polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.
-
Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki
yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran
perkembangan barah prostat.
-
Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan
ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.
-
Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan
sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
-
Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang
dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.
-
Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.
-
Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi
mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang
belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
-
Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela
serta tidak merekah.
-
Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.
Harian Metro