Assalamualaikum..
Selalunya kalau dah masak nasi dalam rice cooker , nak bagi panas
sedia-sedia ( tahan panas ), kita kena on letrik dan tekan keep warm kan rice
cooker tu. Tak pun kita simpan dalam ‘ thermal rice pot ‘. Tapi yang versi dulu kala, yang
bekas tahan panas ni tak payah nak on letrik kita simpan rice cooker dalam tu,
Inshaallah akan tahan panas.
Macam la..jarang dah kita tengok , orang simpan rice cooker
dalam bekas macam ni. Ada tu ada yang
guna bekas macam ni. Selalunya lapis mak,
tok kita yang banyak guna bekas macam ni. Fungsi dia untuk tahan panas. Masak
nasi tak mau bagi sejuk, simpan ja dalam bekas tahan panas ni. Nama dia lebih
kurang Thermal rice pot versi dulu kala.
Yang ni mak mertua Mommy yang guna. Dia buat lama dah bekas
ni . Lebih kurang macam bantal pun ada. Bekas ni ada penutup ada badan dia. Memang
tahan panas. Kalau dah seharian, tak la
panas macam baru masak tu. Kira suam2 ja..tak la sejuk gedi nasi tu.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Hai semua..Mommy nak tanya ni..korang besa tak makan
serunding halia..rasanya ada yang besa makan ada yang tak. Mommy pun tak besa
makan..kalau serunding ayam ka daging ka ikan ka, selalu sangat.
Ni ada kawan Mommy, Naeilah Rejab buat homemade serunding
halia. Asalnya dia oder dari Sarawak, katanya sedap juga. Makanya dia pun buat
la sendiri, olah la sikit sikit..ikut sedap mulut dia nak makan. Macam yang kita tahu, halia ni untuk buang
angin..kiranya sapa pun boleh makan. Lagi sesuai la untuk ibu dalam
pantang, nak buang angin dalam badan dan
nak lancarkan darah. Pic kat bawah ni yang dia oder dari Sarawak.
Meh kita tengok resepi Serunding Halia homemade yang di olah ikut citarsa dia sendiri. Ada sekali dengan pic serunding halia homemade
Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati reka. Inspired dari serunding halia Sarawak baru2 ni.
Ke arah healthy food dan healthy life.
Jom buang angin kuskus dalam badan
Bahan2:
Halia diparut
Bawang putih dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (optional)
*Goreng asing setiap bahan. Dan campurkan semua diakhirnya.
- Chef Delicio -
Siapa yang rajin tu..cuba la buat. Selamat mencuba
Sebelum Mommy lupa, Mommy nak bagitau kawan Mommy ni namanya
Naeilah Rejab..owner food Truck Delecio. Entry yang lepas Mommy ada cerita
pasai ft Delicio ni. Depa jual laksa..nasi daging dan katering pun depa ambik
juga.
Sila klik link di bawah untuk sebarang pertanyaan:
tengok resepi boleh baca kat atas..nak tau info pasai FT Delicio boleh ke fb Delicio.
ok..jumpa lagi..babai..
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Pernah dak kita dlm satu keadaan bila ada kenalan rapat atau kenalan biasa contact n mintak pertolongan dari kita..
*Jawab n reply balik bgtau ok, inshaallah klu boleh tolong kita tolong..
*Jawab n reply balik bgtau., maaf kita tak boleh tlong sebab kita pun ada masalah sendiri
*Tak jawab tak reply lansung..buat tak tau..sebabnya bukan kita kenai sangat pun n tak mendatangkan faedah untuk kita..tak pun buat apa tolong perangai dia bukan elok.
Tak salah klu kita nak tolong org..Kkdg mungkin kita pun tak prasan kita ada tlong org ka dak..memasing pun paham perasaan bila ditolong dan tak ditolong..
Mommy mintak maaf bbnyak buat kawan2 kot selama ni ada yg mintak tolong tapi Mommy tak dapat tolong..
Dan Terima kasih bbnyk buat kawan2 yg selama ni bnyk tolong Mommy bila Mommy perlukan pertolongan..
Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan dan diredhai Allah SWT..
- Mommy Ira -