Masyaallah depan kita bukan main baik lagi..rupa rupanya belakang kita dia tipu kita hidup2..bila kita tanya mengaku sungguh2 tak tau apa..padahal memang dia tau n buat kesalahan tu. Muka nampak lembut tapi , Allah saja yang tau betapa buruknya hati dan perangai sorang tu. So, tak payah nak sembunyi2..nanti orang akan tahu jugak..tambah pulak kalau yg dibuat tu memang benda yang salah. Sat ja Allah nak tunjuk.
Betui bila
orang kata..jangan sesekali kita bohong orang berulang ulang kali..sampai 1
tahap org takkan percaya dah dgn apa yg kita cakap dan buat..susah bila kita
dok bohong org ni..sebabnya bukan senang depa nak dapat balik kepercayaan tu..
Psikologi
rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”
Seorang teman merasakan
isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.
Atas alasan seringnya
bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.
Akhirnya, mereka bercerai dan
sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak
lama kemudian berkahwin lagi.
Mereka masih belum dikurniakan
anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.
Tetapi selepas berkahwin, isteri
baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah
tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.
Isteri barunya bahkan tidak mau
mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak
baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.
Sampai suatu hari, di suatu
majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas
isterinya.
Pada awalnya kedua lelaki ini
tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh
menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami
baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.
Ia berkata, "Isteri saya
adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan
seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia
sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya
jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian
penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "
Teman saya setelah mendengarnya
merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama
sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini
untuk membuat dia bingung.
Tak lama kemudian, kebetulan
sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan
suami barunya sedang membeli-belah.
Dia bersembunyi dan
memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.
Kebahagian itu boleh dilihat
dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan
lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.
Sebenarnya, di bermacam situasi,
isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua
bergantung pada lelaki.
Pada detik wanita memutuskan
untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia
bersama suaminya.
Walaupun dalam perkahwinan,
kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.
Saat anda merasa tidak puas
dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita
baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.
Kerana semua wanita di dunia
yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi
malaikat.
Saat anda boleh melakukannya
dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk
sesosok malaikat yg sempurna.
Cinta wanita muncul kerana kasih
sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita
muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan
lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita
adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika
bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu
kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop,
tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk
sebuah lagu.
Umpama satu peribahasa melayu,
“bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”
Sekarang banyak sungguh ayaq cup
besaq ni..macam macam nama ada. Area Alor Setar pun banyak tempat yg kita boleh
jumpa. Kadang kadang teringin boleh la pi beli ayaq ni. Cam Saya selalu beli dekat
Udeen’s Coffee..tak jauh sangat dari rumah..dekat dengan Masjid Aman jln
Lencong Barat Alor Setar. Ada bnyk juga menu flavour dia. Pilihan Saya tentu la
perisa choclate. Rasanya harga pun lebih
kurang sama dengan yg lain dalam RM 4.50..kira harga mampu minum la. Selain
dari ayaq minum, udeen’s coffe pun ada jugai joi makan tapi bukan menu nasi,
menu chicken chop & chicken grill. Sesapa yang lalu area tu buleh la
singgah UdeeN's Coffee Drinks Station..
Baru baru ni heboh kat media
tentang pelajar universiti tak makan sebab tiada duit. Buat siswa siswi di luar
sana jom kita baca tips dari saudara Khairul
Hakimin Muhammad macam mana nak sara hidup jika kekurangan
belanja ni..
fb Khairul
Hakimin Muhammad
Pelajar Universiti Koyak Usus
Akibat Berlapar. Ya Tuhan. Begitu sekali kau orang berlapar. Begini adik adik, abang tadi
bersembang kencang lepas kerja sampai berdarah hidung. Sembang kat WhatsApp je
pun. Kahkahkah. Ada yang salahkan YB sorang tu, ada juga yang tiba-tiba
menyampuk iklan tone excel. Hangin dibuatnya.
Oleh kerana banyak sangat isi
penting masa perbualan tadi, isteri pun belum balik lagi maka abang rajinkan
diri buka laptop dan bukak slide power poin.
Abang sendiri dulu ambil upah
bersihkan lobi dewan makan. Kemudian masa ambil degree abang kerja di Katering
di Klang. Best. Sampai sekarang tak kurus-kurus dibuatnya.
Sungguh dik, ada banyak perkara
kita dapat buat masa belajar. Janganlah sampai berlapar. Kesian sungguh kau
orang ni. Bacalah baik-baik dan sebarkan pada kawan-kawan lain ya. Semoga boleh
bantu mana yang patut. Kau jangan pulak PM abang suruh buat esaimen. Bergaduh
kita nanti.
Semoga bermanfaat dik. Kau klik
setiap satu gambar. Ada tulis-tulis yang power jugaklah. Sebar pada kawan-kawan
U kau ya.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com