Terjumpa gambaq ni..crita awai bulan lapan haritu..Haziq
Muqri n kawan2 sekolah SKJP masuk acara Coral Speaking Kat SMK AlBukhary. Tak
menang tapi ok la..depa dah buat buat yang terbaik dalam persembahan tu. Tahniah korang semua.
*) Hati yang tertutup untuk
melakukan amal soleh & amal jariah.
*) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
*) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup. *) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup. *) Hati yang tertutup utk berkahwin. Surah al Fath
[1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan
kemenangan yang jelas nyata,
[2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah
lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya).
[3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan)
dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada
bandingannya).
[4] (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat
tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang
terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan
iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera
langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.
[5](Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman –
lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa
mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang
besar (untuk mereka)
Kebanyakan suami tidak memahami
mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah
pertautan fizikal, dan ada kalanya
merimaskan.Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan
memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.Pernah seorang kenalan wanita mengadu
kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.Bila
suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
Walaupun ia mungkin benar dari
sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra
suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan
kesan tersebut. Oleh itu para suami…..
1. Peluklah isteri
2. Belai lembut rambutnya
3. Sentuh wajahnya
4. Gosok lembut lengannya
5. Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. Gosok lembut punggungnya
7. Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan
merasa lebih dekat dan intim.
Bagaimana pulak pelukan suami tu
boleh buat isteri kurus? Camna tu tak tahu la pulak tapi
menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan
suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si
suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangkan
tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang
inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih
kerap.
Seorang suami yang memeluk
isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya
lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia
mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis
bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan
keresahan….
Selain itu pelukan dan gurau
senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Hubungan seks dalam penuh rasa
kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan
menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi pe kata start hari ni , kita
pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami
tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni
buang tebiat pulak.
Paling tidak pun lepas kita
salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap,
Insyalaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah
tangga….
Bagi isteri, pelukan merupakan
bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya…..
Kalau ikutkan, sayang rasanya nak potong rambut kembar..cam
tak bersedia lagi nak tengok kembar rambut pendek. Saya suka tengok kembar
dengan rambut panjang kerinting.Tapi
sampai bila nak berambut panjang kerinting..nanti2 nak masuk sekolah tetap nak
kena potong pendek rambut tu.
Yang boleh potong rambut ni pun sebab kembar baru ja masuk
tadika. Takkan nak berambut panjang..so pegi juga la potong rambut kembar. Nasib baik kembar tak buat perangai. 1st Hazim ok jaa..keras cam patung..cuma yg adik
tak brapa selesa bila rambut dok kena dia..geli. Dok gerak jugak sikit sikit.
Tapi kira memasing behave jugak laa.
Bila dah siap potong rambut..dan2 muka memasing dah tak
sama, walaupun kembar ni kembar seiras. Dah boleh beza.Tak beza banyak beza la sikit. Nampak comei pulak bila kembar berambut pendek
ni..kemaih n selesa. Ok la tu. Tak kisah la..kembar rambut camna pun..janji ada
rambut sudahhh..hehehe
Shopping dan shopping lagi barangan dari Go Shop. Rasanya
tempat lain pun ada tapi rasanya kami sefamily dah serasi dengan Go Shop so
terus shopping ja dari Go Shop. Tapi bukan la selalu..kopak la duit kalau kerap
sangat. Nak beli sesatu barang tunggu dulu..share n kumpul duit baru beli. Kali
ni My Mom berkenan pulak dengan Konstar Master Chopper Set made in Korea. Harga
tu kira ok laa RM 129.00. Rasanya banyak pulak barang yg kami beli made in
Korea. Tapi kalau barangan tu elok kira berbaloi la kami beli.
Beli ni dalam 2 bulan lepas..Cuma tak sempat nak update. Dah
guna masa bula posa lepas tapi tak sempat nak ambek video. Besa la klam kabut
dok masak. Tapi ok bila guna chopper set ni..banyak jenih mata pisau gak dalam set
ni. Kira mata pisau ikut camna kita nak potong bahan2 yang kita nak masak.
Kat bawah ni saya buh gambar n video ni dari KONSTAR CHANNEL Master Kitchen Set
KONSTAR CHANNEL Master Kitchen Set KONSTAR OFFICIAL CHANNEL
Kali ni bukan nak cerita pasai bidai kayu ni tapi pasai kat mana kami beli/tempah perhiasan laman rumah berasaskan kayu ni..sebabnya My Mom suka sangat dengan hasil kerja syarikat Briman Murni Enterprise . Memang puas hati n cantik. Kira macam2 perhiasan dari kayu yang depa boleh buat. Sebelum ni My Mom dah tempah gazebo..berkenan lagi buat bidai kayu tu, meja serbaguna yg boleh isi tong gas n letak barang, dan gerbang kayu
( lebih kurang cam gerbang la ). Boleh tengok Pic ada kat bawah.
ni yang 1st - gazebo
lebih kurang cam gerbang pintu
yg ni untuk simpan tong gas n jadi meja letak makan.. kalau tak mau org nampak tong gas tu..boleh cover dengan pelapik meja
Briman Murni Enterpriseni pun ada terima tempahan luar dari Kedah. Kalau nak tau info lebih lanjut boleh call tanya ye..
terletak di KM 21 Tepi Lebuhraya Utara-Selatan, 06000 Jitra Kedah Darul Aman. Jitra
Produk - Gazebo(wakaf), Buaian Kayu, Set Kerusi Meja, Pagola, Pondok, Kerusi Berpagola, Kerawang, Papan Cantik dan lain-lain lgi..
Sapa yang dok area Putrajaya dan yang berdekatan dengannya dan yang jauh pun boleh. Jom sertai "Halal Fun Ride" yang akan berlangsung pada 22
Ogos 2015! Pakat daftar beramai² kerana tempat adalah terhad!#HFR#HalalFunRide
Date : 22 August 2015 Venue : Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi, Presint 3, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia,
Time : 8.30am Distance : 30km+- Limited : 3000 participants only Fees : RM20.00 (Medal + Microfiber T-Shirt +Meal + Plate Number + Goodies + Lucky Draw)
1- Self online registration. / Pendaftaran secara online (layan diri).
2- Perfect registration complete with payment prior to the closing
date. / Pendaftaran yang sempurna lengkap dengan bayaran sebelum tarikh
tutup.
3- Payment through Maybank, bank slip must email within
24 hours. / Pembayaran melalui Maybank mestilah email slip dalam masa 24
jam.
4- Registration are open for all levels of society
(Muslim & Non Muslim). / Pendaftaran terbuka pada semua lapisan
masyarakat (Muslim & Non Muslim).
5- Children under 12
years old are the reponsibility of the parents or guardians during the
event. / Kanak2 dibawah umur 12 tahun kebawah adalah tangjungjawap
ibubapa atau penjaga sepanjang acara berlansung.
6- Under 18
years of age have to get permission from parents or guardians before
entering this event. / Dibawah umur 18 tahun mestilah mendapat kebenaran
ibubapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum memasuki acara ini.
GOODIES COLLECTION Date : 21 August 2015 Time : 3.00pm ~ 10.00pm Venue : Lobby Menara PJH, Bahagian HALAL JAKIM, Presint 2, Putrajaya
Date : 22 August 2015 Time : 6.00am ~ 7.30am Venue : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya
Ramai yang tahu bab2 berpantang ni bagi ibu lepas bersalin ni. Cuma maybe ada sesetengah yang tak tahu tempoh2 dalam berpantang ni. Kalau kita dengaq kebanyakkan ibu2 banyak ikut pantang yang 44 hari. Sebabnya ada ibu2 yang bekerja dan ada juga yang tak berapa nak boleh ikut semua cara berpantang ni. Tapi..kalau sapa yang gigih betui dalam berpantang ni..depa akan ikut yang 100 hari, 6 bulan dan setahun.
Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun
Pantang 44 hari. -Pantang keluar rumah
Pantang 100 hari. - Pantang suami - Pantang mandi air sejuk - Pantang ber aircond - Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn - Pantang kena hujan
Pantang 6 bulan - Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat. - Pantang excercise yg hardcore.
Pantang setahun - Minuman berais - Pantang laksa dan pulut
Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari
- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis
- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.
- Mandi Serum. Amalkan masa haid.
- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.
- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.
- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.
Semoga info ni bermanfaat untuk semua. kredit fb Rahsia Hawa's photo.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com