Lambakan collagen di pasaran. Mana satu yang baik ni?
Entri ini saya nak share tips / panduan untuk kita pilih Collagen yg baik.... Nampak senang nak pilih collagen ni tapi kena pilih bebetul.. Orang cakap ni ok kita pun terus beli jer.. janji collagen..Jom baca macamana nak pilih collagen yang bagus, baik dan berkesan:
- Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
- Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
- Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
- Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
- Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
- Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
- Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin..
so..lepas ni kalau korang semua nak pilih..pilih bebetul..baca abes2 funtion dia smpai kita puas hati..
1. Mitos : Mana kakak, mana adik?
Fakta : Mitos orang lama2 yang mengatakan,bayi kembar yang lahir (keluar dari rahim) lebih dulu adalah adiknya, bukan kakak. Alasannya, kerana Si Kakak "membantu" adiknya untuk keluar. Padahal, dunia kedoktoran sepakat menyatakan, bayi yang lahir lebih dulu (berdasarkan tanggal dan waktu) adalah kakak, berikutnya baru adik.
2. Mitos : Si Baik Vs Si Jahat.
Fakta : Dalam mitologi lama, Si Kembar selalu digambarkan sebagai Si Baik dan Si Jahat atau pemimpin (biasanya yang lebih tua) dan pengikut. Katanya, ini terjadi kerana salah satu dari mereka sering kali dikait-kaitkan hingga ingin lebih hebat dari kembarnya, serta ingin mendapatkan perhatian lebih dari ibubapa dan orang di sekitarnya.
Padahal, tidak pernah ada bukti ilmiah yang menunjukkan kalau keperibadian kembar sebagai bentuk jenis persaingan. Yang biasanya terjadi, anak kembar akan memiliki keperibadian dan bakat yang unik serta selalu ingin saling melengkapi. Misalnya, yang satu pintar di bidang akademik, yang lain lebih hebat dalam olahraga.
3. Mitos : Anak kembar tidak boleh satu sekolah kerana akan mengganggu prestasinya.
Fakta : Ada beberapa sekolah yang menetapkan peraturan bahawa anak kembar tidak boleh ditempatkan di kelas yang sama. Alasannya, agar anak dapat mengembangkan identiti berdikari mereka dan tidak tergantung kepada kembarnya. Malah, alasan lainnya lebih melampau, aitu menjauhkan dari kemungkinan keduanya akan gagal jika berada di kelas atau sekolah yang sama.
Beberapa ahli menyarankan anak kembar untuk selalu bersama agar tingkah laku, emosi, dan pertumbuhannya dapat berkembang lebih baik. Jika pemisahan dilakukan, malah dapat merosak pengalaman pendidikan mereka. Dari sisi psikologi, setiap anak kembar biasanya merasa selesa berada dekat dengan kembarnya. Dan, ketika salah seorang dari mereka menghadapi masalah (pelajaran atau persahabatan), tentunya mereka akan lebih mudah untuk membantu
Yang jelas, ibubapa yang memiliki anak kembar, harus mempertimbangkan mengenai pemilihan sekolah yang boleh memajukan kemampuan anak masing-masing , termasuk hubungan dan individu serta gaya belajar anak. Caranya, kenali keperluan dan keperibadian anak kembar Anda, juga hubungan mereka berdua. Selanjutnya, ajak mereka berbincang mengenai pilihan sekolahnya. Apakah ingin sekolah di tempat yang sama atau yang berbeza?
4. Mitos : Jika salah satu anak kembar sakit, saudara kembarnya pasti sakit juga.
Fakta :Kandungan dari mitos ini adalah anak kembar mempunyai kemampuan daya pemikirang yang sama. Contohnya adalah jika yang satu tidak boleh menyelesaikan perkataannya, yang lainnya akan mampu membaca pikiran kembarnya dan menyelesaikan perkataannya.
Ini terjadi kerana anak kembar memiliki "code bahasa" yang tidak difahami orang luar selain mereka sendiri atau idioglossia . Kemampuan ini timbul kerana emosi mereka sudah bermula sejak sembilan bulan berada di rahim yang sama, begitu lahir dan tumbuh pun mereka selalu bersama.
Akan tetapi, hal yang hampir sama juga boleh terjadi pada suami-isteri, saudara dekat, teman baik (yang memiliki genetik ekstrim yang sama).
5. Mitos : Bayi kembar tidak boleh menerima Penyusuan eksklusif, ibu harus memilih salah satu.
Fakta : Menyusui bayi kembar memang banyak masalah, tetapi masih boleh dilakukan. Untuk kembar dua, jika perlu, Anda boleh menyusuinya bersama. Namun kalau tidak perlu atau anak kembarnya lebih dari dua, sebelum menyusu, perahlah susu dada anda dengan menggunakan alat pemerah manual atau elektrik dan menyimpannya dalam bekas khas.
Ketika proses menyusu, Anda boleh menyusui anak-anak bersama (yang satu terus ke dada Anda, yang lainnya dengan botol), tanpa salah satu diantara mereka menangis terlebih dahulu kerana kelaparan. Mintalah bantuan orang-orang di sekitar Anda untuk memudahkan proses penyusuan ini. Satu lagi, miliki buku untuk mencatat siapa yang mengisap payudara pertama kali dan siapa yang minum terakhir agar tidak lupa atau tertukar.
6. Mitos : Hanya lelaki (yang lahir kembar) yang dapat menurunkan gen kembar.
Fakta : Masing-masing generasi, sama ada lelaki atau perempuan, dari keluarga tertentu memiliki peluang yang sama dalam melahirkan bayi kembar. Akan semakin besar jika memang ada salah satu dari suami atau isteri yang memiliki gen kembar kemungkinan memiliki anak kembar akan semakin besar.
Kemungkinan memiliki anak kembar biasanya juga boleh terjadi kerana perempuan mengalami pelepasan sel telur secara berlebihan atau hiperovulasi. Pada akhirnya, hiperovulasi boleh menurun pada anaknya yang perempuan.
7. Mitos : Hanya anak kembar yang boleh memiliki keturunan kembar
Fakta : Peluang Kehamilan kembar memang sangat mungkin terjadi pada pasangan yang memiliki keturunan kembar. Namun, di era ilmu kedoktoran yang sudah semakin maju, sudah terdapat ubat kesuburan (biasanya yang memiliki masalah fungsi ovum/telur).
Dalam kes ini, terjadi kematangan dan pelepasan sel telur lebih dari satu yang kemudian dibenihi lebih dari satu sel sperma , hingga kehamilan kembar itu terjadi. Pembenihan dapat terjadi secara sendiri di dalam saluran telur atau di laboratorium pada kes bayi tabung uji.
8. Mitos : Anak kembar yang terpisah dari ibu mempunyai ketinggian yang lebih pendek.
Fakta : Jika tinggi badan anak tidak setinggi ibunya, lebih logik jika disebabkan gen bawaan dari ibubapanya, kurangnya nutrisi, dan stres. Meskipun demikian, anak yang tidak dipisahkan dengan ibunya, tentu akan mendapatkan perhatian lebih baik, dari segi fizikal dan mental. Sehingga masa pertumbuhan nya pada tahap maksima.
kelab kembar malaysia
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
Pasti ramai di kalangan anda yang menginginkan bentuk badan yang menarik, ingin loose weight, ingin berat badan ideal. TETAPI.......... anda tidak mahu diet. Siapa kata tak boleh? BOLEH!!! Anda boleh kurus tanpa perlu diet. Kalau anda salah diet, maka usaha anda untuk diet tidak akan membuahkan hasil. Kami ingin berkongsi TIPS bagaimana untuk kurus (weight loss) tanpa perlu DIET.
✤ KAWAL MASA MAKAN ANDA
✔ Biasakan diri anda untuk makan perlahan-lahan
✔ Tetapkan masa makan selama 20 minit setiap kami makan
✔ Hayati makanan anda dan tidak perlu tergesa-gesa
✔ Anda akan merasakan diri anda akan lebih cepat terasa kenyang
✔ Pengambilan makanan anda akan lebih sedikit
✤ TIDUR SECUKUPNYA
✔ Kajian menunjukkan tidur sejam berlebihan daripada tempoh biasa anda akan membantu anda kurang 14 pound dalam masa setahun
✔ Tidur pada waktu anda tidak aktif boleh mengurangkan kalori anda sehingga 6%
✔ Kurang tidur boleh menyebabkan anda berasa sentiasa lapar
✤ MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR-SAYURAN
✔ Makan sekurang-kurangnya 3 jenis sayuran
✔ Membantu anda untuk makan banyak tetapi dengan cara yang sihat
✔ Sayur-sayuran mengandungi kandungan serat dan air yang sangat tinggi - membantu anda untuk berasa kenyang dengan kuantiti kalori yang sedikit
✔ Masak sayur-sayuran tanpa bahan berasaskan lemak kerana ia akan mengurangkan kebaikan sayuran tersebut
✤ AMALKAN PENGAMBILAN SUP
✔ Sup mengandungi kandungan kalori yang sedikit (bergantung kepada cara pemasakan)
✔ Amalkan pengambilan sup sebelum makan makanan yang lebih berat kerana sup membantu mengawal selera makan anda
✔ Mulakan dengan sup yang rendah lemak (ditambahkan dengan sayuran)
✔ Elakkan sup yang ber-krim (berlemak) kerana ia tinggi kalori dan lemak
✤ AMALKAN MAKANAN BIJIAN PENUH
✔ Bijirin seperti beras perang, barli, oat, gandum membantu anda lose weight
✔ Bijirin tersebut membantu mengenyangkan anda dengan nilai kalori yang sedikit, serta rendah kolesterol
✤ INSPIRASIKAN DIRI ANDA
✔ Letakkan sesuatu yang membantu motivasikan diri anda untuk diet seperti baju, skirt, gaun
✔ Pilih pakaian yang saiz nya kurang sedikit agar anda motivate untuk capat target dalam masa yang singkat
✔ Kemudian pilih pakaian yang jauh lebih kecil untuk anda lebih bersemangat mencapai impian anda
✤ MAKAN PIZZA YANG BERKHASIAT
✔ Pilih pizza yang mempunyai topping sayuran, bukan daging
✔ Anda berkemungkinan dapat mengurangkan 100 kalori
✔ Pilih pizza yang kurang cheese
✤ KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
✔ Kurangkan pengambilan air bergas - anda telah mengurangkan 10 sudu teh gula
✔ Minum air kosong, ditambahkan dengan lemon, pudina
✔ Pengambilan air bergas mempunyai kandungan kalori yang sangat tinggi - anda mungkin boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 2.5 pound dalam 4 minggu
✤ GUNAKAN GELAS YANG TINGGI DAN KURUS
✔ Membantu mengurangkan kalori dalam bentuk cecair
✔ Membantu anda mengurangkan 25 - 35 % kandungan jus, soda, atau minuman lain
✔ Kajian menunjukkan pandangan boleh "menipu" kita untuk mengambil lebih atau kurang
✤ AMALKAN PENGAMBILAN GREEN TEA
✔ Kajian menunjukkan pengambilan green tea boleh membantu menjana tenaga untuk membakar kalori dalam badan anda
✤ AMALKAN YOGA
✔ Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan yoga lebih cenderung untuk lose weight
✔ Amalan yoga membantu anda untuk lebih tenang dan membantu anda mengawal selera makan
✤ MAKAN DI RUMAH
✔ Makan masakan yang disediakan di rumah sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
✔ Anda akan lebih cenderung untuk masak dalam kuantiti yang sedikit
✤ MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG
✔ Kebanyakan umat Islam sentiasa mengamalkan tips ini
✔ Kebanyakan individu akan mempunyai signal untuk "berhenti makan". Apabila signal ini anda rasai, berhentilah makan.
✤ KUNYAH CHEWING GUM
✔ Bila anda rasa kelaparan, kunyahlah chewing gum yang kurang kandungan gula
✔ Ia membantu anda untuk kunyah snek-snek ringan
✤ GUNAKAN PINGGAN YANG LEBIH KECIL
✔ Pilih pinggan yang lebih kecik (sebagai contoh 10 inci) instead of pinggan yang bersaiz 12 inci
✔ Membantu anda mengurangkan 100 - 200 kalori sehari (10 - 20 pounds setahun!)
✔ Anda tidak akan perasan atau berasa lapar apabila mengambil makanan dalam pinggan yang bersaiz lebih kecil
✤ CUBA ATURAN 80 - 20
✔ Makan sehingga anda rasa 80 % kenyang
✔ Penduduk Okinawa menamakan aturan 80 - 20 ini sebagai Hara Hachi Bu
✔ Ambil 20 % jumlah makanan kurang daripada biasa
✤ KAWAL JUMLAH PEMAKANAN APABILA MAKAN DI LUAR
✔ Kebanyakan restoran menyediakan makanan yang boleh menyebabkan kegemukan
✔ Tetapi tidak salah sekiranya anda ingin makan luar. Cuba tips ini:
➱ Kongsi satu makanan dengan rakan-rakan / keluarga
➱ Order pembuka selera
➱ Pilih kuantiti seakan makanan kanak-kanak
✔ Pastikan apabila anda makan separuh dari pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran
✤ KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING
✔ Makan lebih banyak sayur-sayuran
✔ Separuh pengambilan daging juga penting dan mampu memberi nutrisi kepada anda, dan dalam masa yang sama pengambilan makanan anda itu kurang kalori
✤ BAKAR 100 KALORI SEHARI
✔ Anda boleh kehilangan 10 pounds setahun sekiranya anda dapat membakar 100 kalori sehari
✔ Cuba aktiviti berikut:
➱ Berjalan kaki sejauh 1 km selama 20 minit
➱ Tarik rumput selama 20 minit
➱ Memotong rumput selama 20 minit
➱ Bersihkan rumah selama 30 minit
➱ Ber-jogging selama 10 minit
credit
Kita juga boleh mengambil supplement tambahan untuk atasi masalah berat badan ..klik vitamin kurus @ Vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh..Ingin dapatkan boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir