Assalamualaikum..
Salah 1 pokok yang mesti tanam dirumah ialah pokok pandan. Bukan senang nak beli daun pandan ni. Setakat nak guna selai 2 tak padan nak beli. Baik tanam sendiri. Boleh tanam di tanah, dipasu. Cam My Mom, dia tanam kat kawasan rumah ja. Memang uudah tumbuh, senang nak jaga. Saya ada baca banyak juga kegunaan daun pandan ni. Jom baca
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
sumber facebook
- Mommy ira -
Assalamualaikum..
KHASIAT DAUN KARI
1. Penawar cirit birit dan buasir
– Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
– Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
– Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
– Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
– Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
Jom kita cuba..
sumber facebook
- Mummy Ira -
Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ni. Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih, jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
sumber google
- Mommy Ira -
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
sumber google
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
BUANG LEMAK Dengan Flavonoid
Mahukah anda singkirkan lemak berlebihan dalam tubuh masing-masing? Kini, anda boleh mencubanya serta-merta. Sebab sesetengah makanan mampu mengusir lemak dalam tubuh. Contohnya seperti buah-buahan, kekacang dan rempah.
Terutamanya makanan yang kaya dengan flavonoid. Flavonoid merupakan sejenis bahan pembakar lemak yang boleh didapati dalam badam, strawberi, rasberi, kulit kayu manis dan kacang soya.
Menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil buah-buahan kaya dengan flavonoid mampu mengurangkan kadar peningkatan lemak dalam tubuh selama 14 tahun.
1. Badam
Dengan mengambil 3 biji badam sehari akan membantu mengurangkan berat badan sehingga 18%. Ini kerana ia kaya dengan asid alphalinilenic iaitu asid lemak Omega 3 dalam tumbuhan yang melancarkan metabolisme lemak.
2. Kulit Kayu Manis
Selain serbuk kayu manis, pengambilan kunyit juga dapat melewatkan pertumbuhan jaringan lemak dalam tubuh anda.
3. Rasberi dan strawberi
Kandungan vitamin C dalam strawberi dan rasberi boleh membantu membakar lemak hingga 30% ketika anda bersukan.
4. Kacang soya
Ia kaya dengan kolin yang merupakan sejenis senyawa berfungsi menghalang penyerapan lemak dan menghalang penyerapan lemak serta membakar timbunan lemak.
Sekarang anda dah tahu makanan yang boleh buang lemak berlebihan, kan? Jadi, bolehlah masukkan ia ke dalam menu harian anda.
Assalamualaikum..
20 Tanda-Tanda Awal Kanser
20 Tanda-Tanda Awal Kanser
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
20 Tanda-Tanda Awal Kanser
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Sebenarnya
pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada
tetapi kita sering mengendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu sebagai
tidak ada apa atau cuma sakit biasa sahaja. Berikut adalah tanda-tanda amaran
kanser yang perlu anda ambil perhatian. Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
1) Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakti perut tanpa sebab.
2) Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pancreas mungkin tanda kanser pancreas.
3) Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.
4) “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antacid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.
5) Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.
6) Jaundis atau demam kuning. Barah pancreas, satu lagi salah satu “pembunuh senyap” sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.
7) Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.
8) Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronchitis yang teruk.
9) Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.
10) Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.
11) Bengkak muka. Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.
12) Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.
13) Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.
14) Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala kanser lain, jika ia berlaku lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.
15) Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.
16) Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.
17) Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.
18) Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pancreas.
19) Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.
20) Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.
sumber: MW Okt 2013
Sebenarnya pada
peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah
ada tetapi kita sering mengendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda
itu sebagai tidak ada apa atau cuma sakit biasa sahaja. Berikut adalah
tanda-tanda amaran kanser yang perlu anda ambil perhatian.
1) Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal
penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakti
perut tanpa sebab.
2) Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pancreas mungkin
tanda kanser pancreas.
3) Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser
hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang
dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.
4) “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang
sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah
kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa
bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia
mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru
makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika
anda makan ubat mengandungi antacid, anda mungkin mengabaikan sahaja
kesakitan itu.
5) Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi
jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa
ini adalah petanda awal kanser kolon.
6) Jaundis atau demam kuning. Barah pancreas, satu lagi salah satu
“pembunuh senyap” sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis.
Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing
menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi,
najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh
menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran
darah.
7) Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada, atau darah
keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah
merebak ke paru-paru.
8) Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser,
termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala
yang meniru batuk atau bronchitis yang teruk.
9) Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi
tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum
tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih
yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat,
mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.
10) Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal
atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada
tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.
11) Bengkak muka. Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami
keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor
kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir
dengan bebas daripada kepala dan muka.
12) Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak atau
pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak
kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak
yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha ialah juga
tanda awal leukemia.
13) Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak
normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda
leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan
lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.
14) Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi
tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala kanser lain, jika ia
berlaku lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu
atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon
sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan
masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas
adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan
berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti
sepatutnya.
15) Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awal kanser prostat ialah
anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah
kencing pula anda susah hendak berhenti.
16) Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga
tanda anda mengidap kanser prostat.
17) Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain
kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau
bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke
nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di
kaki.
18) Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh
bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih
rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di
bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen
atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal
kanser pancreas.
19) Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak
sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita
tahu tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari
juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik
kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit –
melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa
kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang
kelihatan ganjil atau bintik.
20) Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada
kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau
hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada
pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah
boleh menjadi tanda kanser paru-paru.
sumber: MW Okt 2013
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Assalamualaikum..
Panduan mudah untuk makan dan minum sebelum, semasa dan selepas senaman.
Sila sesuaikan untuk keperluan dan objektif diri sendiri. - Kevin Zahri -
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kevin Zahri
"Penting!
Bukan lah senaman tidak penting dan sememangnya mempunyai pelbagai
kelebihan tapi ramai yang sering berkata bahawa mereka PUTUS ASA kerana
tiada masa untuk bersenam.
Jadi untuk membantu mereka yang mungkin sibuk dengan urusan keluarga atau tempat kerja, remember: HUKUM SENAMAN TIDAK WAJIB untuk anda teruskan perjuangan kurangkan berat badan. Yang paling penting adalah kawalan pemakanan dan aktifkan lah diri melalui tempat kerja ataupun urusan keluarga.
Share dengan kawan-kawan yang tiada ruang untuk bersenam tapi perlu teruskan perjuangan. "
Jadi untuk membantu mereka yang mungkin sibuk dengan urusan keluarga atau tempat kerja, remember: HUKUM SENAMAN TIDAK WAJIB untuk anda teruskan perjuangan kurangkan berat badan. Yang paling penting adalah kawalan pemakanan dan aktifkan lah diri melalui tempat kerja ataupun urusan keluarga.
Share dengan kawan-kawan yang tiada ruang untuk bersenam tapi perlu teruskan perjuangan. "
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.
Rambut gugur kerana hormon
Rambut gugur kerana produk
Rambut gugur kerana kurang vitamin
sumber majalah EH
Assalamualaikum..
Saya ada baca semalam 1 artikal dalam BH Plus tentang risiko sedut lemak. Ishh..memang sapa yang buat ni kena nekad betui. Kena tahan sakit, kena berani tanggung risiko. Tapi kalau nak buat tu, baik pi jumpa doktor Pakar Perunding Bedah Plastik yang sememangnya pakar dalam bahagian ni.
SETIAP individu mengharapkan tubuh yang langsing. Cantik kurus menarik dan menawan.
Adakalanya keinginan itu melangkaui imaginasi hingga mengetepikan faktor risiko hingga boleh mengancam nyawa.
Risiko yang dimaksudkan itu antaranya komplikasi daripada alahan ubat ketika proses sedutan berlangsung jika dilakukan pakar tidak bertauliah.
Negara pernah dikejutkan dengan kes kematian akibat pembedahan kosmetik pada 2008 dan 2009 masing-masing membabitkan wanita berusia 44 tahun dan 30 tahun.
Dalam kes pertama, wanita berusia 44 tahun yang juga isteri orang kenamaan koma 10 bulan 18 hari sebelum meninggal dunia pada Oktober 2008.
Mangsa berhadapan risiko alahan selepas menjalani pembedahan membuang lemak bawah mata, menegangkan perut dan prosedur menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction.
Wanita kedua pula menjalani rawatan lebih 14 kali di sebuah pusat kecantikan setahun sebelum itu. Sebelum meninggal dunia pada Mac tahun 2009 ketika mendapatkan rawatan susulan menghilangkan sakit pinggul.
Ketika dirawat, mangsa mengalami alahan teruk selepas diberi suntikan anestetik.
Malangnya pihak yang melakukan prosedur itu tidak dikenakan tindakan kerana tiada aduan daripada keluarga mangsa. Kesalahan itu bukan dianggap kecuaian pihak yang melakukannya sebaliknya salah laku dari segi etika perubatan
Apa itu prosedur liposuction?
Proses mengeluarkan lemak dalam badan menggunakan kaedah sedutan. Ketika prosedur satu tiub kecil, tajam pada hujung (kanula) dimasukkan menerusi hirisan kecil pada kulit.
Lemak disedut keluar menerusi tiub ini ketika doktor menggerakkan tiub di bahagian bawah kulit. Tiub itu mensasarkan lemak di tempat khusus untuk dibuang.
Sejak beberapa tahun lalu, teknik sedutan diperbaiki menjadikan prosedur menyedut lemak lebih selamat, mudah dan kurang menyakitkan.
Teknik terbaharu itu termasuk:
*Sedutan lemak tumesens (proses pembengkakan akibat timbunan darah dan cecair lain dalam tisu). Anestetik setempat digunakan untuk membius bahagian tubuh di mana tiub dimasukkan.
Kemudian sejumlah besar cecair anestetik mengandungi `licodaine' dan `epinefrin' disuntik ke dalam tisu lemak sebelum proses liposuction dilakukan.
Kaedah ini tidak memerlukan bius umum yang menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri sepanjang prosedur.
*Sedutan lemak dibantu ultra bunyi. Teknik ini menggunakan ultra bunyi untuk mencairkan lemak, menjadikannya mudah dikeluarkan. Teknik ini juga membantu mengeluarkan lemak dari bahagian abdomen atas, tepi dan belakang.
*Sedutan lemak dibantu sinar laser. Kaedah ini menggunakan gelombang tenaga rendah untuk mencairkan lemak yang dikeluarkan menerusi kanula kecil.
Liposuction ini tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital kecuali jika isi padu lemak yang dikeluarkan itu banyak.
Bius setempat digunakan dalam sesetengah kes dan pesakit kemungkinan diberi untuk merehatkan diri.
Jika kawasan yang hendak dibuang lemak itu besar atau isipadu yang banyak, bius umum atau sedatif kuat dengan anestetik setempat mungkin digunakan.
Kadar maksimum keluarkan lemak
Timbalan Ketua Jabatan serta Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohammad Ali Mat Zain, berkata liposuction bukan sebenarnya prosedur menguruskan badan tetapi membentuk kontur tubuh.
Beliau berkata, jika Kalau seseorang mengatakan melakukan liposuction untuk kurus itu salah.
Sedutan lemak itu katanya, tidak boleh menjadikan seseorang itu kurus hanya membentuk tubuh supaya lebih elok.
"Prosedur ini selamat jika dilakukan oleh doktor bertauliah seperti pakar bedah plastik dan bukan pakar pembedahan am atau bidang lain.
"Proses menyedut lemak itu hanya membenarkan had maksimum enam liter lemak sahaja boleh dikeluarkan. Jika lebih dikhuatiri boleh bahayakan," katanya.
Mengulas jika liposuction tidak boleh dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah kesihatan, Dr Mohammad Ali berkata, perkara itu tidak benar, seperti dimaklumkan prosedur itu perlu dilakukan pakar bertauliah.
Prosedur dipantau pakar bius
Prosedur dilaksanakan bersama pakar bius yang boleh memantau keadaan pesakit seperti pernafasan dan kadar denyutan jantung.
"Timbul masalah di sini apabila pesakit berisiko tadi menjalani prosedur mudah namun tanpa mendapatkan khidmat daripada pakar bertauliah.
"Timbul komplikasi dalam proses ini disebabkan prosedur itu dilakukan mereka tidak bertauliah dengan pusat operasi berorientasikan keuntungan semata-mata," katanya.
Beliau berkata, mana boleh jika doktor yang melakukan prosedur dan pada masa sama menjadi pakar bius.
Apabila keadaan sedemikian berlaku, katanya doktor tidak ada masa untuk memantau pesakit.
"Keadaan lebih diburukkan apabila mereka yang mendapatkan khidmat berkenaan mempunyai masalah kesihatan.
"Sebab itulah pentingnya dilakukan pakar bertauliah dengan dua pasukan perubatan," katanya.
Sedut secara berperingkat
Kata Dr Mohammad Ali lagi, prosedur menyedut lemak itu juga boleh dilakukan secara berperingkat dan bukan sekali gus ke atas pesakit berisiko jika ingin melakukan pembedahan kosmetik lain.
Beliau berkata, jika bimbang risiko komplikasi, prosedur boleh dilakukan secara berperingkat misalnya ada bahagian lemak yang perlu dikeluarkan dalam jumlah yang banyak mungkin mengambil masa lama.
Di sini katanya, peranan pakar bius itu penting bagi memastikan kestabilan pesakit.
"Satu prosedur sedutan mengambil masa lebih kurang dua jam di bahagian perut saja," katanya.
Mengenai pesakit yang mengalami alahan kepada ubat bius, beliau berkata, seharusnya sebelum prosedur pakar perlu mencatatkan sejarah pesakit termasuk jika mengalami alahan kepada ubatan termasuk bius atau antibiotik.
"Di sini, saya benar-benar tidak setuju dengan etika doktor yang tidak bertauliah menjalankan prosedur kosmetik kerana mereka tidak memikirkan risiko, bahaya, nyawa serta keselamatan pesakit.
"Memandangkan industri kecantikan berkembang masing-masing yang tidak pakar mengambil kesempatan mendapat keuntungan," katanya.
Kaji sejarah kesihatan pesakit
Mengulas kes berkaitan, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata tiada tindakan diambil ke atas doktor yang melakukannya oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kerana ia membabitkan soal etika dan bukan kecuaian.
"Oleh kerana MMC mempunyai bidang kuasa terhad walaupun kita ada menjalankan siasatan ketika itu namun tiada tindakan diambil," katanya.
Justeru, katanya penting bagi orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat sedemikian supaya memastikan prosedur dilakukan mereka yang bertauliah.
Jika ada individu yang ingin kurus kerana mengalami masalah obesiti dan sebagainya, kaedah menyedut lemak bukan caranya.
Mereka perlu mencari pakar yang sesuai untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Mengenai alahan pula, Dr Ismail berkata, jika pakar bertauliah seharusnya mereka bertanya terlebih dulu sejarah pesakit.
Beliau berkata, pemeriksaan awal itu bertujuan mengenal pasti reaksi fizikal luar biasa individu atau idiosyncrasy. Reaksi itu berlaku terhadap makanan atau ubatan yang tidak diketahui puncanya, menjurus kepada berlakunya komplikasi.
Faedah lain prosedur liposuction:
Prosedur ini boleh digunakan untuk merawat sesetengah keadaan perubatan termasuk:
*Ketumbuhan lemak benigna (lipomas)
*Pembesaran luar biasa buah dada lelaki (ginekomastia atau pseudoginekomastia).
*Masalah dengan metabolisme lemak dalam tubuh (lipodistrofi).
*Peluh berlebihan di kawasan ketiak (aksilari hiperhidrosis).
Fakta
Tujuan utama proses liposuction bertujuan membentuk satu atau lebih kawasan tubuh, bukan mengurangkan berat badan.
Liposuction digunakan di kawasan "bermasalah" yang tidak berkurangan walaupun sudah mengamalkan diet dan bersenam. Kawasan itu terdiri daripada bahagian luar peha dan pinggul wanita serta di bahagian pinggang dan belakang lelaki.
Bahagian wajah, leher, abdomen, belakang, punggung, kaki dan lengan atas. Juga membabitkan kawasan biasa mendapatkan rawatan sedutan.
Liposuction bukan kaedah sesuai merawat masalah obesiti kerana tidak akan menghilangkan selulit atau rekahan kulit.
Kesan sampingan termasuk:
*Bengkak sementara, lebam, sakit dan kebas di sekitar kawasan yang dirawat.
*Rasa gatal dan parut kecil di bahagian tusukan di mana kanula dimasukkan.
*Kulit yang mengendur namun akan kembali menegang dan tertarik selepas beberapa bulan. Namun bagi sesetengah individu kulit mereka mungkin kekal kendur.
Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) menyenaraikan komplikasi berkaitan prosedur menyedut lemak antaranya:
*Jangkitan
*Embolisme (gumpalan darah)
*Tebukan viseral (luka tebukan dalam organ)
*Seroma (pengumpulan serum di kawasan tisu yang dikeluarkan)
*Pemampatan saraf dan perubahan dalam deria rasa
*Bengkak atau edema
*Nekrosis kulit (kulit mati)
*Lecur (jika menggunakan ultra bunyi)
*Ketidakseimbangan cecair
*Ketoksikan daripada anestesia
*Kematian berkaitan liposuction
Berita Harian Online