Assalamualaikum..
itu mudah anda merentap hak mereka sedangkan kuota tapak parking OKU hanya ada 1 atau 2 , mungkin 3 petak sahaja di setiap lokasi.... Mungkin diminda anda, hanya pemandu OKU sahaja yang layak untuk menggunakan petak tersebut.... Ada juga yang berpendapat agar keluarkan dahulu kereta tersebut sebelum memasukkan /keluarkan anak. Tetapi , jika si bapa berdua sahaja dengan si anak pada ketika itu wajarkah dibiarkan sahaja anak berseorangan di tepi kereta dulu ? Jika anak OKU tersebut diculik atau dilanggar oleh orang lain sementara si bapa sedang sibuk mengeluarkan kereta, siapa harus bertanggungjawab?
Renung – renungkan.....Jangan
disalahgunakan petak OKU kami!..Jom jadi agen kami prihatin dengan membantu
"share" maklumat ini pada masyarakat...…..
#aduanOKU
Malaysian Advocates for Cerebral Palsy MYCP
Assalamualaikum..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Wan Nurul Husna memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu.
Majlis disempurnakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Seramai 370 pelajar daripada sembilan sekolah tahfiz menerima sijil penghargaan di atas kecemerlangan masing-masing.
Wan Nurul Husna membawa pulang wang tunai RM1,000, pakej umrah, komputer riba dan sijil penghargaan.
Menurut pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah itu, dia aktif menyertai beberapa pertandingan menghafal al-Quran dan meraih tempat kedua melalui Majlis Menghafal al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kategori 10 Juzuk, tahun lalu.
“Selain menghafal al-Quran, saya berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik. Saya mahu berjaya dalam kedua-dua bidang ini demi mencapai cita-cita sebagai arkitek.
“Walaupun sibuk dan jadual padat namun saya bersyukur kerana dapat membahagikan masa dan memperuntukkan dua jam sehari untuk menghafal al-Quran serta dua jam lagi untuk akademik.
“Ia penting demi masa depan dan saya tidak mahu menoleh ke belakang kerana banyak persaingan pada masa akan datang,” katanya.
Wan Nurul Husna anak bongsu daripada enam beradik kepada pasangan Wan Shukri Wan Hussein, 52, dan Nisah Zakaria, 55, berkata, dalam tempoh tiga tahun, dia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran berserta terjemahannya.
Sementara itu, pelajar terbaik menghafal al-Quran di bawah tempoh tiga tahun, Mohamad Murabbi As Solihin Kayati, 15, berkata, untuk melakukannya, dia menjaga pemakanan dan tidak mengambil makanan segera.
“Sebaik bangun tidur, saya akan mengambil kismis dan buah kurma untuk menguatkan daya ingatan.
“Saya amalkan disiplin ini demi mencapai impian untuk menjadi penghafal al-Quran berjaya dan melanjutkan pelajaran di Madinah, Arab Saudi,” katanya.
harian metro