Perjalanan RichWorks 2021 | Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik

By Zahirah Dzahir - 1/18/2022 05:56:00 PTG

Assalamualaikum..

Perjalanan RichWorks 2021 | Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik

Tahun 2021, rakyat Malaysia diuji dengan pelbagai cabaran yang membawa kesan kepada ekonomi disebabkan kekacauan politik dan pandemik Covid-19. Ramai yang hilang punca pendapatan dan banyak perniagaan terpaksa ditutup. Antara golongan yang terkesan adalah peniaga dan usahawan.

Ditambah lagi dengan kejadian banjir yang telah melanda baru baru  ini turut menambahkan lagi dugaan buat mereka yang terlibat. Memang berat dugaan buat mereka. Mana dengan kehilangan dan kerosakan harta benda. Semuanya kena difikirkan.



RichWorks Prihatin Dan Memahami Dengan Situasi Yang Berlaku

Sebut saja nama RichWorks semua orang kenal. RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks). Satu nama yang sudah tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan yang telah banyak membantu usahawan menjadi jutawan di luar sana. Ramai usahawan yang telah berjaya di bawah naungan RichWorks.

Richworks prihatin dan memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana termasuk para usahawan. Ramai juga golongan usahawan yang terkesan dengan musibah ini.


Kalau korang nak tahu, Pengasas RichWorks iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya juga pernah dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada para usahawan terutama dalam bimbingannya.


Tetap Bangkit dan Bersemangat

Bukan itu saja ujian yang dialami oleh Dr Azizan, banjir yang berlaku di Selangor juga telah menyebabkan pejabat RichWorks dinaiki air. Tetapi  Dr Azizan tidak patah semangat


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.


RichWorks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

 


Richworks fokus untuk support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 


Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

 

Kejayaan Yang Diraih Protege Di bawah RichWorks  (Zero to Million RichWorks)

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).



Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Richworks

Syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Richworks juga telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025

 

Perjuangan RichWorks Tahun 2021

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi team RichWorks untuk mereka mencapai kejayaan. Jom tengok Video di bawah ini tentang  perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021.

 

https://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI&t=1s


Begitulah kisah perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021. Moga dengan tibanya tahun 2022 Richworks akan terus membantu orang ramai untuk berjaya membina masa depan sebagai usahawan.


Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Buat mereka yang ingin tahu dan sertai team RichWorks.

Boleh ke laman web RichWorks

Selamat Maju Jaya

 


  • Share:

You Might Also Like

5 orang berborak di sini!

  1. semoga para usahawan terus cekalkan hati untuk meneruskan perniagaan masing-masing dan berjaya mengharungi masa-masa mencabar ini. amiin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    BalasPadam
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam
  4. tahniah Richworks..banyak kejayaan di kecapi..:)

    BalasPadam