Resepi KEK BUAH KUKUS Yang Kita Boleh Cuba

By Zahirah Dzahir - 6/29/2021 12:56:00 PTG

 Assalamualaikum..

Ok..Mommy memang fail bab baking membaking ni. Lebih suka beli ja dari buat. Tambah kalau kek yang renyah. Lagi tak buat la. Ada ramai ja yang buat kek sedap. Cuma kita kena pandai cari. Dapat info dari kawan yang mana sedap, boleh cuba beli. Macam Mommy selalu beli dari kakakku sayang Kak Atie Jumaat. Yang selalu Mommy share resepi masak-masak dari dia tu.

Dah terlalu banyak oder. Tak menang tangan nak buat. Saja Kak atie share resepi KEK BUAH KUKUS. Siapa rajin boleh cuba buat k.


KEK BUAH KUKUS

BAHAN-BAHAN

250g Anchor Butter (apa2 butter pun boleh)
330 Gula pasir
330 Tepung gandum cap Ros
4 Biji telor gred A
60g Air panas
600g Mix fruit
2sb gula melaka pekat (yang pati)
1sk Glycherine
1sk esen vanilla
1sk Soda bicarbonate
1sk cream off tartar
1sk Serbuk buah pala

CARA PENYEDIAAN

1. Buat gula hangus dulu..masukkan gula dalam kuali biarkan cair dulu
kemudian masukkan air panas dan butter.. kacau perlahan-perlahan.. masukkan mix fruits, tutup api... biarkan suam2 dulu
2. Ayak tepung, cream tartar, soda bicarbonate, buah pala ..masukkan kedalam gula hangus yang dah suam tadi.. kacau sebati..
3. Satukan telor,esen vanilla,gula melaka, glycherine..godak2 pastu tuang dalam adunan, kacau hingga sebati..
4. Sediakan loyang 8x8 ..Gris loyang dengan butter..alas loyang dengan baking papper.. tuangkan adunan dan ratakan...permukaan
loyang tutup dengan aliminium foil..
5. Kukus selama 4 jam.. masa 1 jam pertama biarkan api besar..masuk masa jam ke 2 slowkan api paling kecik.. biarkan sampai kek masak..
Tambah air panas bila air kukus kering..
6. Bila cukup 4 jam matikan api..biarkan dulu kek dalam periuk kukus 1/2 jam..kemudiankeluarkan dan terbalikkan..biar sampai sejuk
7. Bila kek dah sejuk.. Wrapping.. biarkan..2 3 hari baru potong.. kalau tak sabar, masa dah sejuk tu.. bedal jer.. asal ko bahagia sudah
😂
Selamat mencuba gais

~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!