Khasiat Dan Kebaikan Lada Hitam Dalam Kehidupan Kita

By Zahirah Dzahir - 5/02/2020 01:33:00 PTG

Assalamualaikum..

Seperti yang kita tahu, penggunaan LADA HITAM cukup sinonim dalam penggunaan masakan kita. Aroma lada hitam tu mewangikan masakan, menyedapkan masakan.  Salah 1 kelebihan lada hitam untuk buang angin dalam badan. Untuk orang yang lepas bersalin, lada hitam wajib ada dalam tempoh berpantang. 



Mengenali LADA hitam atau nama saintifiknya, piper nigrum, adalah herba yang mempunyai nilai tinggi dalam rawatan kecantikan. Lada hitam yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan China dan kawasan tropika lain dalam resipi masakan dan perubatan mereka. Dipercayai sudah tumbuh sejak 2,000 tahun lalu, berabad lamanya.

Digelar Kali Mirch dalam bahasa Hindi, lada hitam mempunyai kandungan vitamin C dan K, manakala kandungan kalsium membantu wanita mendapatkan diet seimbang. Di Belanda, mereka menggelar herba ini sebagai peber, Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) manakala Turki (biber).
Selain dari masakan, lada hitam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk kesihatan badan. Antaranya :
Mencantikkan kulit

Lada hitam juga berkhasiat menanggalkan sel kulit mati sehingga mempercepat pembaharuan sel kulit. Sekaligus menghilangkan daki, sekaligus merangsang peredaran darah.  Jika anda berjerawat dan menghadapi masalah jangkitan kulit anda boleh mencuba cara ini.  Ia pasti turut membantu mengurangkan kegatalan kulit anda. 
Pada masa sama, lada hitam berupaya mengurangi dan menyamar garis serta kedutan wajah kerana apabila disapu pada wajah, ia berfungsi sebagai antioksida kulit dan menanggalkan radikal bebas pada wajah. 

Tapi, pastikan penggunaan lada hitam bukan setiap hari kerana   lada hitam memberikan rasa panas, takut kulit wajah terbakar pula. 

Mengurangkan berat badan
Lada hitam membantu meningkatkan metabolisme kerana ia berupaya membakar kalori yang tidak diperlukan badan.
Bagi mereka yang memiliki perut buncit, tidak perlu runsing kerana herba ini juga boleh membantu anda mengurangkan lemak pada bahagian perut dan angin dalam badan.
Antioksidan

Lada hitam juga mengandungi vitamin C,  vitamin A,  flavonoid,  karotein dan pelbagai kandungan antioksidan yang membantu menentang radikal bebas sekaligus melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit. 
Kelemumur
Jika mengalami masalah kelemumur, lada hitam adalah rawatan yang terbaik. Ambil satu sudu teh lada dan hancurkan ke dalam mangkuk dadih, sapukan pada kulit kepala anda. Biarkan ia selama 30 minit atau lebih. Kemudian, basuh dengan air tanpa menggunakan syampu.Pastikan anda gunakan lada sekadarnya sahaja, bimbang panas dan menyebabkan masalah lain seperti panas kepala atau rambut gugur. 

Boleh syampu keesokan harinya kerana ini akan memberikan masa yang mencukupi untuk bahan berkenaan menangani masalah kelemumur.

Antikanser

Kandungan piperine didalam lada hitam dikatakan boleh membantu mencegah kanser.  Lada hitam digalakkan digunakan bersama kunyit untuk menambah khasiat dan ciri anti kanser.  Kajian pernah menunjukkan lada hitam membantu dalam merencatkan tumor kanser payu dara.

Proses Penghadaman 

Lada hitam yang pedas dan hangat mengandungi piperine yang membantu dalam proses penghadaman.  Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu  mengurangkan kembung perut,  angin, sebu,  senak,  sembelit dan keasidan perut atau tubuh. Tambah lada hitam tumbuk di dalam hidangan anda atau cicah sahaja lada hitam dengan ikan atau ayam atau apa sahaja menu anda.  Pilihan lebih mudah tabur sahaja lada hitam anda atas nasi panas anda. 
Anti stress
Apabila rasa tertekan, lada hitam adalah terapi makanan yang cukup baik digunakan. Ia dikatakan herba antitekanan secara semula jadi. Bahan Piperine yang terdapat dalam herba ini merangsang sistem saraf dan mengurangkan ketegangan.
Kesihatan gigi
Sebelum ini, jarang kita dengar lada hitam membantu dalam meningkatkan kesihatan gigi. Ia membantu melawan kerosakan gigi dan memberikan kelegaan cepat dari sakit gigi.
Apabila  sakit gigi, cuba sapukan serbuk lada hitam yang ditumbuk dan letakkan pada tempat sakit.

Selsema

Lada hitam yang bersifat panas dan enak dicampur kedalam sup membantu melegakan hidung tersumbat dan selsema atau demam. Jika batuk berkahak, lada hitam juga membantu mengurangkan lendir kahak anda.  

Pembuka Selera

Seperti rempah ratus lain,  lada hitam turut membantu meningkatkan selera.  Jika kurang berselera,  tiada mood,  nikmati makanan yang di tambah lada hitam. . Bau sahaja telah membangkitkan rasa maka campurkan selalu rempah ini dalam masakan anda. 
Info: Lada hitam
  • Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing.
  • Daun lada hitam pula membantu merawat demam.
  • Lada hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan.
  • Pengambilan lada hitam juga membantu proses penghadaman dan pencernaan.
Jadi, banyak juga kebaikan dan khasiat lada hitam yag kita dah tahu. Moga info
ni manfaat untuk semua.
~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. memang ada khasiat banyak kan lada hitam.. saya x minat sangat tapi kalo certain menu x letak tu rasa tak sedap la jugak kan hehe..

    jemput join segmen bloglist SYM
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html

    BalasPadam