Resepi SERI MUKA Versi Mak² Kita Dulu

By Zahirah Dzahir - 4/09/2020 08:05:00 PTG

Assalamualaikum..

Hai..nii..Mommy nak share dengan hangpa resepi PULUT SEKAYA @ SERI MUKA dari 
kenalan Mommy, ROSSAIRA MAWARNI macam mana dia buat kuih ni versi mak² kita dulu yang sekayanya lembik & berdadih tu. 

Jom baca n kalau rajin boleh follow resepi kat bawah naa..
•••••••

Ada 2 versi yang saya pernah buat eksperimen dengan mak saya. 

Selalunya, mak buat sekaya tanpa kacau dulu atas api kecil hingga naik wap panas tu. Maksudnya, mak akan tuang adunan sekaya yang diadun mentah. Saya lebih suka versi ni sebab memang dari kecil lagi dok makan macam ni. Walaupon hasil permukaan sekaya tu tak licin bila dah siap kukus, tetapi rasa memang sedap sangat. (Contoh seperti dalam gambar Pertama).


gambar 1

Satu lagi, sekali sahaja, mak pernah & sempat cuba dengan saya untuk kacau dulu sekaya tu hingga naik wap panas tu (jadi agak-agak pekat sikit) & barulah tuang ke atas pulut. Hasilnya, permukaan sekaya jadi licin & rasa tetap maintain. (Contoh seperti dalam gambar Kedua & Ketiga) 


 Gambar 2

Gambar 3

-------------------------------------------
UPDATE RESEPI..

Resepi Pulut Sekaya 
(Untuk loyang bulat saiz 9inci)

Bahan A

- 2 cawan beras pulut (basuh & rendam selama 1 jam)
- 2 cawan santan cair
- Sedikit garam 
- Sehelai daun pandan (dibelah 2, jangan simpul). 

Bahan B

- 10 helai daun pandan (potong)*
- 3/4 cawan air*
- 1/2 inci Kulit kayu manis (diracik halus)(kalau guna serbuk kulit kayu manis, letak 1/4 sudu kecil)*
Nota: 3 bahan bertanda * ni, blend, tapis &  jadikan secawan pati air pandan (kalau tak cukup secawan, tambah air sikit).

- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan gula 
- 6 biji telur (ambil sedikit putih telur dari salah 1 telur ni untuk sapu pada pulut sebelum tuang sekaya nanti). 
- 4 sudu besar tepung gandum  
- Pewarna hijau

Cara-cara

1) Toskan beras pulut yang direndam tadi. 

2) Masukkan semua Bahan A ke dalam loyang. Kukus selama setengah jam. 

3) Lepas dah masak, tarik keluar daun pandan sambil lurut dengan sudu untuk ambil pulut yang melekat kat daun pandan. 
Gaul-gaul sikit pulut tu supaya sebati dengan kepala santan.

4) Tekan pulut tu supaya padat. Ratakan permukaan pulut. 
Tips: Guna belakang senduk nasi yang dibalut dengan plastik supaya pulut tak melekat. 

5) Sapu putih telur tadi pada permukaan pulut yang telah dipadat & diratakan tadi. Kukus sekejap dalam seminit. Buka semula penutup periuk kukus. 

6) Tuang adunan sekaya. 
(Adunan sekaya ni, campurkan semua Bahan B, iaitu secawan pati air pandan, santan pekat, telur, gula, tepung gandum & pewarna hijau. Masuk dalam blender & tapis. Mudah sebab tepung tak berketul & putih telur yang bertali tu tak banyak yang ditapis buang.)
Nota tambahan: Kalau nak permukaan sekaya jadi sekata & licin, kena masak sekejap adunan sekaya ni sambil kacau dengan whisk (untuk elak sekaya jadi berketul-ketul) atas api kecil hingga naik wap panas & agak-agak pekat.

7) Kukus lagi selama 40 minit atau sehingga masak. (40 minit ni kalau ikut masa yang saya selalu buat). Api jangan besar sangat, nanti sekaya masak mengejut & jadi lompong. 

*Tips.. kalau ada air wap yang menitik atas permukaan sekaya.. 
Ambil sehelai tisu dapur yang bersih, letakkan hujung tisu pada tempat yang ada air tu dengan perlahan. Nanti tisu tu akan serap air wap tu.

Kalau saya, saya prefer sesekali untuk buka & lap bahagian dalam penutup kukus tu. 
Ada juga tips yang orang lain buat, iaitu balut penutup tu dengan kain bersih.

Bagi saya, saya lebih suka cara tradisi mak saya. Tuang adunan sekaya tu tanpa perlu masak dulu sekayanya. 

Selamat mencuba..

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!