Fahami Dan Apa Yang Perlu Kita Lakukan Untuk Elakkan Dari Terkena Keracunan Makanan

By Zahirah Dzahir - 11/18/2019 07:33:00 PG

Assalamualaikum..

Keracunan makanan sering terjadi dalam masyarakat kita. Kerap kali kita dengar tentang masalah ni. Apa yang kita tahu dan faham tentang keracunan makanan ?

Keracunan makanan ialah apa juga penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan terdapat 6,624 kes keracunan makanan pada 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).


Google

Apa yang menyebabkan keracunan makanan? Punca keracunan makanan:

Kebanyakan kes keracunan makanan membabitkan pengambilan makanan basi atau tercemar kuman (bakteria, virus atau parasit). Antara kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan adalah Salmonella, Staphylococcus aureus dan Vibrio parahaemolyticus.

Kuman boleh disebar melalui bahan pencemar (kencing, najis atau sumber air yang tercemar), vektor (binatang seperti lalat, lipas, tikus atau haiwan peliharaan) atau pembawa kuman. Dalam sesetengah keadaan, kes keracunan makanan juga boleh disebabkan logam berat, racun rumpai, racun serangga, hasil laut atau tumbuhan beracun.


Tetapi selalu yang kita dengar banyak keracunan ni terjadi sama ada kita beli  makanan dari luar atau masak sendiri menggunakan bahan yang sudah tidak elok. Jom baca apa, beberapa langkah untuk mengelakkan dari keracunan makanan



MEMBELI

* Beli bahan mentah di gerai yang bersih dan mematuhi piawaian kebersihan.

* Beli bahan mentah yang segar.

* Jangan beli bahan mentah yang ada tanda aneh.

* Jika beli telur, pastikan kulitnya bersih daripada najis. Jika ada kesan najis, bersihkan dulu sebelum disimpan. Pastikan juga kulit telur dalam keadaan sempurna dan tidak retak.

* Makanan dalam tin (ayam atau daging) selamat dimakan kerana semuanya diberikan rawatan haba yang tinggi bagi membunuh bakteria dan virus.

Simpan - Pastikan ia cukup sejuk

* Ayam dan daging perlu disimpan dalam peti dingin beku atau masak segera sebaik tiba di rumah kerana mikro organisma yang sedia ada boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.

* Simpan makanan mentah dan yang sudah masak dalam bekas berasingan serta bertutup bagi menghalang jangkitan. Jangan letak makanan mentah dan masak bersebelahan.

* Elak menyah beku ayam pada suhu bilik. Untuk menyah beku, letakkan ayam di bahagian bawah peti sejuk malam sebelumnya. Jika menyah beku dalam ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam berkenaan dimasak segera.

Kendali

* Elak menyentuh mata, hidung atau mulut ketika menyediakan makanan. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyediakan makanan.

* Gunakan pisau dan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan masak. Atau basuh bersih kedua-duanya setiap kali ia digunakan.

* Buang papan pemotong yang sudah lama dan mempunyai banyak kesan hiris kerana di sinilah tempat persembunyian virus.

* Bilas semua tempat yang digunakan ketika memasak (sinki, papan pemotong, pisau) dengan air panas.

* Cuci tuala dapur dengan 10 peratus bahan peluntur kerana tuala tangan juga boleh menjadi alat penyebar virus.

* Basuh telur setiap kali sebelum dimasak. Jika kulitnya kotor, berus hingga bersih.

* Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan telur kerana kulit telur mungkin tercemar dengan najis ayam, walaupun ia tampak bersih.

* Jika tangan anda luka, basuh dengan antiseptik dan balut dengan plaster kalis air atau pakai sarung tangan.

Memasak

* WHO menyarankan semua ayam dimasak pada suhu 70 darjah Celsius selama 30 minit atau 80 darjah Celsius selama beberapa minit. Lebih baik, pastikan ayam benar-benar masak.

* Jika memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan ditutup. Balik-balikkan ayam berkenaan.

* Elak memasak ayam separa masak (untuk kegunaan kemudian) kerana bakteria dan virus masih boleh membiak dalam keadaan ini.

* Jika dapat, kurangkan memegang makanan dengan tangan. Gunakan sudu, senduk atau garpu.

* Jangan sesekali mencelupkan jari ke dalam masakan untuk merasa, sebaliknya gunakan sudu yang bersih.

Ketika makan

* Basuh tangan sebelum makan. Walaupun ia diajar sejak kecil, masih ramai mengabaikannya.

* Panaskan makanan sebelum makan (atau makan sejurus selepas ia dimasak).

* Elak simpan makanan pada suhu bilik melebihi dua jam kerana mikro organisma mudah membiak. Simpan dalam peti sejuk dan jangan biarkan melebihi tiga atau empat hari.

* Panaskan baki makanan sehingga mendidih.


Apa yang perlu dilakukan jika mengalami keracunan makanan?

-Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

-Ikut nasihat doktor.

-Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa.

-Pastikan tiada orang lain makan makanan itu.

- Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Moga info ni bermanfaat untuk semua.


  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. Really decent post. I have been checking out a few of your blogs and I love your this good stuff. Keep posting. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.

    BalasPadam