Bekerjasama Dalam Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team Afy Haniff

By Zahirah Dzahir - 10/25/2019 03:03:00 PTG

Assalamualaikum..

Siapa pengguna tegar produk ‘Serai Wangi’ tentu tahu siapa pengeluarnya. Untuk pengetahuan korang, ‘ Serai Wangi’ ni keluaran dari Afy haniff Group (M) Sdn. Bhd. Eh siapa pula AFY haniff ni. Ok. AFY haniff atau Afy haniff Group (M) Sdn. Bhd merupakan sebuah jenama keluaran tempatan dimana telah mula beroperasi semenjak tahun 2006 dengan menghasilkan produk pencuci dan produk penghalau serangga menggunakan bahan-bahan organik. Kini, mereka telah memperluaskan jualan mereka ke hampir 2000 supermarket di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand.

AFY haniff Group (M) Sdn Bhd adalah 100% syarikat IKS yang fokus dalam pembuatan dan pemasaran produk kegunaan isi rumah berasaskan herba.
AFY haniff sebagai pengeluar pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk penghalau serangga dengan menggunakan ramuan semulajadi berasaskan serai wangi.Dengan penjenamaan semula kepada jenama SWiPEL dijangka dapat memberi imej baru yang lebih moden dan meluaskan pasaran di dalam dan luar negara. SWiPEL diambil daripada singkatan gabungan perkataan bahasa inggeris iaitu Serai Wangi Insect Repellent (Serai Wangi Penghalau Serangga) yang merupakan produk utama keluaran AFY haniff.

Image may contain: 1 person
Baru-baru ini AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong wangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Ini merupakan hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY aniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban  keluarga pesakit kanak-kanak yang berdepan masalah tiada tempat tinggal sementara berhampiran sepanjang menjaga anak yang sedang menjalani rawatan di HUSM. Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit kanak-kanak dengan kadar yang pantas berikutan mereka menerima sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga masing-masing.

Jadi, pada 24 September 2019 bertempat Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan telah berlangsungnya aktiviti mewangikan  Rumah Ronald McDonald bersama team AFY haniff, Bite Media Consultants dan pihak terlibat. Tepat jam 9.00 pagi telah bermula taklimat sesi pengenalan dengan semua pihak yang terlibat dan penerangan aktiviti untuk hari itu. Selepas taklimat ringkas, pihak wakil Rumah Ronald McDonald telah membawa wakil-wakil dari team AFY haniff melawat sekitar kawasan.

Image may contain: 4 people, including Hafidzoh Hussin, indoor
Wahh..kagum pihak AFY haniff dengan Rumah Ronald McDonald yang dilengkapi
Bilangan bilik tidur: 18 (boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu-satu masa).
Bilangan katil: 72 katil
Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa
Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan
Bersemangat team AFY haniff untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald. Selepas sesi lawatan, pihak AFY haniff bersama team McDonalds dan Bite Media Consultants ke Mydin untuk membeli barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald. Masing-masing memilih barangan yang sesuai untuk diletakkan di Rumah Ronald McDonald. Antara barangan di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Balik dari membeli belah, masing-masing bekerjasama untuk menyediakan makanan tengahhari untuk makan bersama.

Image may contain: 11 people, including Wani Sukarno Sk, people smiling
Tepat jam 2 petang, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald pun bermula. Masing-masing bekerjasama dan diberikan tugas untuk bahagian masing. Yang pastinya menggunakan produk dari AFY haniff yang bahannya semulajadi. Wangi dan segar baunya. Antara produk-produk ‘Serai Wangi’ yang dibawa dan digunakan untuk mewangikan hari tu adalah

1.   Sabun Pencuci Pinggan 40 Days AFY haniff
2.   Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
3.   Pewangi Fabrik D/MENC AFY haniff
4.   Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff
5.   Pencuci Tangan Berbuih Secara Semula jadi AFY haniff dan lain-lain lagi

Image may contain: 1 person

Tak lupa juga sumbangan dalam bentuk barangan jenama Afy Haniff  untuk penghuni-penghuni di Rumah Ronald Mcdonald yang mana di kalangan mereka adalah waris-waris yang siang malam setia menjaga insan tersayang. Sedih juga memikirkan ada anak-anak mereka yang sakit dan bergelut dengan penyakit masing-masing. Dan pihak AFY haniff juga telah memberikan sumbangan kepada seorang waris yang anaknya hanya berumur 5 tahun telah kemalangan akibat dilanggar kereta dan kecederaannya juga agak serius. Sama-samalah kita doakan agar adik cepat sembuh.  


Ya, Mommy pun suka guna produk AFY haniff ni, yang Serai Wangi Spray tu. Untuk halau lalat dan semut.  Mommy suka sebab ianya bahan semulajadi dan yang paling penting ianya keluaran bumiputera.  

Image may contain: 2 people, people smiling, drink
Tahniah buat pihak AFY haniff dan semua pihak yang terlibat dalam mejayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald. Moga terus dimurahkan rezeki dan terus bersama dalam usaha membantu lebih ramai orang di luar sana. Sekali lagi, terima kasih dan tahniah buat semua.
~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

5 orang berborak di sini!

  1. bagus ada event yg gini kan kak... suka tengok

    BalasPadam
  2. I really like this film. It makes me an impression on the love of a werewolf boy. It touched my heart. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories sims 4 news.

    BalasPadam
  3. Great info. Thank you for sharing this fascinating information together. Urdu Novels

    BalasPadam
  4. You made some really good points there. I checked on the web to find out more about the issue and found most individuals will go along with your views on this site. Exclusive Ryan Gosling Scorpion Drive Jacket

    BalasPadam