Tips Yang Kita Perlu Tahu Iaitu 6 Cara Elak Mulut Berbau Di Bulan Ramadan

By Zahirah Dzahir - 5/14/2019 03:59:00 PTG

Assalamualaikum
 
Kadang-kadang menjadi masalah bagi sesetngah orang ni, bila masuk ja bulan puasa mengalami nafas berbau. Biasalah dah puasa, tak boleh makan minum. Mesti ada yang berbau juga. Tapi jangan susah hati, tak semua yang ada masalah macam ni. Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi tips nak elakkan mulut berbau di bulan puasa ni. Apa tipsnya ..

----------------------------------------------
 baca juga ;-
 
 

---------------------------------------------------



Related image

6 Cara Elak Mulut Berbau Di Bulan Ramadan

1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!