Resepi BUBUR KANJI TULANG VERSI UTARA Yang Paling Mudah Dan Pasti Sedap

By Zahirah Dzahir - 5/19/2019 06:07:00 PTG



Assalamualaikum



Salah 1 menu yang paling tak jemu makan dan boleh bangkit selera makan ialah Bubur kanji atau di tempat lain lebih di kenali sebagai bubur lambuk. Macam biasa, masuk ja bulan puasa dah jadi rutin bagi sesetengah masjid akan buat bubur kanji ni dan agih kepada semua. Kiranya menu berbuka yang wajib ada tiap-tiap tahun. Ada macam-macam rasa dan macam-macam cara masaknya. Ikut versi tukang masak tu sendiri.

Macam Mommy kalau nak lagi sedap, buh macam² bahan better buat sendiri. Baru puas makan. Selalunya buat yang simple² ja.. buh daging. Kali ni buh tulang daging. Asyik daging ja sekali sekala tukar bahan dia pulak. Nak bagi manis ada yang buh udang tapi Mommy tak buh pun sebab air rebusan Tulang tu pun dah manis dah. Bubur kanji ni berlemak sikit baru sedap. Selalunya beli santan ja tapi dah ada santan kotak, Mommy guna Santan Kelapa Ayam Brand™ Ayam Brand Malaysia. Jangan risau santan kotak Ayam Brand™ni bebas kolestrol. 

Cara Mommy masak bubur kanji ni simple ja tak buh banyak bahan..buh yang mana perlu saja. Mommy agak-agak ja nak buh bahan tu banyak mana.




Bahan-bahan

Beras yang dah ditoskan
Tulang daging
Kulit kayu manis
Halba sikit dah
Serai katok ja
Halia katok ja
Buah tomato
Batang saleri atau daun sup
1 Santan kotak Ayam Brand
Garam dan gula

*bahan perasa ikut nak buh ka tak. Nak pedas sikit boleh buh 
lada hitam biji ataupun serbuk.

Cara masak
Rebus tulang daging sampai lembut, guna air rebusan tu juga buh beras, kulit kayu manis, serai, halia, tomato, halba. Biar separa masak boleh buh santan kotak. Kalau takut pekat boleh campurkan santan kotak bersama air. Buh garam dan gula. Biar sampai masak lebut kanji tu. Dekat nak masak boleh buh batang saleri untuk wangi. Dah siap..





~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!