Sudah Bersedia Ibu Hamil Untuk Hadapi Bulan Puasa | Tips Puasa Untuk Ibu Hamil

By Zahirah Dzahir - 4/20/2019 04:23:00 PTG



Assalamualaikum

Bulan puasa bakal tiba sekali lagi. Tiba masa buat umat Islam menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kali ni Mommy nak berkongsi info tentang  ibu hamil  yang ingin berpuasa tapi  bimbang dengan keadaan diri juga bayi setiap kali Ramadan menjelang.
 
Hampir kebanyakan daripadanya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kebimbangan yang sentiasa difikirkan.


Tahap kekuatan diri dan kesihatan bayi dalam kandungan mungkin antara penyebab kebimbangan ini. Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, ramai wanita hamil berasa bimbang tidak dapat berpuasa kerana memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan.
“Bagi saya, selagi wanita yang hamil itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, selagi itu dia mampu berpuasa apatah lagi ia soal kewajipan setiap umat Islam.



“Tidak dinafikan apabila ibu hamil tidak mengambil makanan atau minuman untuk jangka masa agak lama, mereka mudah berasa letih dan mula bimbang keadaan itu akan menjejaskan kandungan,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, hakikatnya, bayi dalam kandungan tidak akan mengalami kekurangan nutrisi walaupun si ibu berpuasa.

“Bayi tetap mendapat nutrisi pemakanan kerana nutrisi itu bukan dibekalkan daripada makanan yang diambil, tetapi daripada simpanan yang banyak di dalam hati.



“Namun, sekiranya wanita yang hamil berasa tidak sihat, pening, mahu pitam, kabur penglihatan atau tanda membimbangkan, dinasihatkan segera berbuka dan bertemu dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.
 
Dr Zubaidi berkata, corak pemakanan terutama ketika bersahur dan berbuka ini boleh dirancang dan dinasihatkan supaya mengambil nutrien mencukupi namun tidak perlulah berlebihan.

Dalam masa sama, diingatkan, jika ibu hamil mengalami tanda seperti berikut, perlu segera berbuka dan jangan memaksa diri:

1. Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor.

2. Loya atau muntah.

3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak atau kurang menendang).

4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi.

5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.

6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.

7. Sakit kepala atau demam.

Panduan pemakanan

Tip pemakanan yang boleh diamalkan bukan saja pada wanita hamil, tetapi pada semua wanita yang ingin kekal bertenaga ketika berpuasa:

• Utamakan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

• Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

• Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

• Lewatkan bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat akhir imsak supaya anda tidak cepat lapar di siang hari.

• Usahakan untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

• Pelbagaikan pilihan makanan berbuka dan sahur, sebaiknya pilih sajian sihat.

• Makan sederhana ketika berbuka dan makan perlahan-lahan.

• Elakkan makanan berasid atau bergoreng yang boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.

kredit harian metro

Ibu hamil juga perlukan pemakanan yang sihat..nak tahu apa yang terbaik untuk ibu hamil..baca di


Moga info ni manfaat untuk semua.

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!