Pilhan Jenis Tomyan Dan Cara Buat Pes Tomyam Yang Sedap Dan Mudah Caranya

By Zahirah Dzahir - 4/22/2019 06:17:00 PTG



Assalamualaikum

Rasany a banyak jenis pes Tomyam yang ada di pasaran. Antara sedap ataupun tak ja. Ada yang beli pes tomyam ada yang buat sendiri. Macam Mommy tak brapa nak rajin, lebih kepada beli. Kalau pi Padang Besar confirm dah beli pes tomyam buat stok. 2 jenis yang jadi pilihan Mommy

Thai Tom Yum’ rasa dia masam² sikit dan pedas..

Tom Kha’ lebih kurang macam thai tom yum tapi lebih kepada tomyam putih ditambah dengan santan ). 

Dijamin HALAL . Kalau tak halal takkan Mommy nak beli. Selalunya Mommy campur 2 jenis pes ni. Memang sedap. Mudah pes ni tak payah masuk apa dah. Semua dah rasa, cuma tmbah apa yang kurang ja. Ikut rasa masing-masing. Pes ni juga boleh buat menu untuk goreng. Macam nasi goreng, kuetiaw, bihun ikut kreatif kita masing-masing.




Tapi juga yang tak suka beli-beli ni. Depa lebih mudah buat sendiri. Lebih puas hati . Mudah ja nak buat homemade pes tomyam ni. Antara rajin atau tak ja. Mommy kongsi cara buat pes tomyam dari kak Atie Jumaat. Sama juga, pes homemade ni juga boleh buat goring-goreng dan bakar-bakar.


PES TOMYAM
===========

Bahan Kisar
Cili Kering - 25 tangkai
Bawang besar - 2 biji
Bawang putih - 6 biji
Serai - 4 batang
Lengkuas - 4 inci
Halia - 2 inci
Daun limau purut - 4 helai
Air asam jawa - 1 mangkuk
Belacan (bakar) - 2 inci

Bahan Perasa
Minyak Masak - 1 cawan
Lemon jus - 2 biji
Kiub pati Ayam - 3 ketul
Gula melaka - 1 cawan
Gula pasir - 3sb

Caranya
1) Hiris ke semua bahan kisar
dan kisar hingga halus.

2) Panaskan minyak..tumis bahan
kisar hingga betul2 pecah minyak
dan masukkan bahan perasa..
masak hingga wangi..

3) Dah masak sejukkan.. simpan
dalam balang kaca.. supaya tahan
lama..

selamat mencuba!! 

baca juga di ..


~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!