Kerabu Ikan Bilis yang Mudah dan Sedap

By Zahirah Dzahir - 3/16/2019 04:21:00 PTG



Assalamualaikum

Sedap menu ni kalau makan dengan nasi panas-panas..boleh makan bertambah nii..
Banyak resepi yang Mommy share dari fb kak Atie Jumaat. Sebabnya menu tu mudah untuk di masak dan Nampak sedap semuanya. Kali ni saya share resepi Kerabu Ikan Bilis. Mommy dah cuba buat, memang mudah dan sedap Cuma tak sempat nak snap gambar. Nak tengok resepi yang best boleh terjah fb kak Atie Jumaat. 


KERABU IKAN BILIS
================

Bahan
Ikan Bilis goreng 1 mangkuk

Bahan Hiris Halus
Bunga kantan 1 kuntum
Serai 1 batang
Daun ketumbar 1 pokok
Daun limau purut 3 helai
Bawang Holland 1 biji
Cili padi 5 tangkai

Bahan Perasa
Limau kasturi 8 biji (perah)
Gula perang 2sb
Sos ikan 2sb

👉🏿Cara Penyediaan
1) Campur bahan perasa..Kacau
sampai gula cair..

2) Masukkan bahan hirisan
gaul sampai semua mesra

4) Akhir sekali masukkan ikan
bilis.. gaul2 .. okey siap 😀

Selamat mencuba..

~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!