Percutian Santai 2 Hari 1 Malam di Villa Mewah The Cedar @ Bidor, Perak

12/01/2018 08:44:00 PTG
Assalamualaikum

Dah pun masuk musim cuti sekolah. Makanya mesti masing-masing dah plan ke mana nak bawa family pi makan angina. Macam Mommy pun baru ja balik dari makan angin. Bawak family pi awai senang, orang pun tak ramai. Kali ni Mommy pi tak jauh sangat. Ke Perak ja. Mommy pegi dengan team blogger pantai timur. Dalam 7 family. Kiranya macam family trip jugak la. Pergi dari 26/11-28/11. Tak lama sangat tapi kira ok la boleh masing-masing jumpa. 


Selama Mommy dok utara, ni 1st time Mommy dengar tentang The Cedar Bidor. Kalau tak tahu, kita akan dengar tempat percutian yang biasa-biasa ja. Bila dah sampai situ, tengok depan mata baru kita tahu yang The Cedar Bidor ni tempat percutian/penginapan yang tersergam villa mewah yang terletak atas puncak bukit.
Ia dibina di tanah persendirian yang seluas 4 ekar dan terletak agak jauh dari bandar sesuai dengan sesiapa yang sukakan alam semula jadi. Bangun pagi  kita akan dapat tengok sekeliling hijau jaa. Tenang rasanya. 2 hari 1 malam kat The Cedar Bidor tak la lama sangat kira sempat jugak la nak merasa duduk kat situ. 


Kalau dari utara, perjalanan tu ambik masa dalam 3-4 jam ja. Bila dah exist Bidor tu, 5km untuk sampai ke The Cedar. Laluan kena guna waze takut sesat tapi dalam masa yang sama kena jugak tengok kiri kanan takut terlepas signboard. Dah jumpa signboard, tak sampai lagi ke The Cedar. Kena lalu jalan kecil kiri kanan kelapa sawit agak sunyi. Jarak dari jalan utama untuk ke rumah ini agak mencabar, sebab off-road. Kalau kereta lowered tu boleh sangkut jugakla . So drive perlahan. 


Tepat jam 3 baru ada staff villa datang bukak pintu gate. Dari jauh dah nampak villa besar dan mewah atas bukit. Terletak di atas bukit, dibina di atas tanah seluas 4-ekar, The Cedar @ Bidor ni boleh memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. Tempat ini sangat-sangat tenang dan dikelilingi alam semula jadi. Udara yang fresh dan suasana sejuk pagi dan malam. Dan yang menarik bila kedudukan villa ni, kita boleh tengok view matahari terbit dan terbenam.


Sebelum masuk ke dalam villa ni, yang paling excited bila tengok kolam infiniti yang besar dan bersih. Masuk ja dalam villa, lagi excited. Villa 2 tingkat  yang besar dan luas. Semuanya lengkap. Kiranya selesa untuk pengunjung. 

Kemudahan yang ada di situ:
  • 8 bilik tidur ( 4 Queen & 4 King ) + disetiap bilik ada bilik air
  • 2 bilik air di tingkat bawah
  • Extra tilam, bantal dan selimut
  • Tempat makan kat luar
  • Playroom untuk anak-anak
  • Dapur basah & Dapur kering ( peralatan masak, peti ais, freezer disediakan )
  • Meja pool
  • Ruang tamu ( tv )
  • Karaoke
  • Tempat BBQ ( peralatan bbq disediakan )
  • Kolam Renang Infinity
  • Gepai Waterfall
 

 
 

 
 




Dah selesai pusing 1 rumah, masuk bilik. Di tingkat atas, ada 8 bilik sekali bilik air. Dan ada nombor di setiap bilik. Pastikan kita ingat no bilik takut nanti tersilap bilik pulak. Bilik tidur pun luas. Kalau family yang ramai boleh minta extra tilam dan bantal. Macam Mommy bawa siap-siap blanket dan selimut. Senang boleh guna kalau kecemasan. 

    Seronok pula bila berkumpul ramai-ramai macam ni. Meriah. Kaum mak-mak pakat gotong royong sediakan barang untuk makan malam dan untuk bbq. Ada yang berkumpul menyembang,  yang rehat/tidoq,  yang mandi kolam, yang main pool, karaoke, kanak-kanak main kat playroom.



    Tapi  antara aktiviti yang paling dapat perhatian, meja snooker laaa. Kiranya meja tu full sedia-sedia. Siap lengkap set untuk ball sets, chalk, cue dan plastic triangle.


    Malam pula buat bbq. Ada la menu yang lain macam nasi, mee goreng dan kek. Kira makan ramai-ramai kat tempat bbq. Peralatan untuk bbq pun disediakan. Staff villa yang baik hati siap hidupkan api untuk bbq. Sejuk suasana malam, nyamuk sekoq pun tak dak. Kot sebab atas bukit dan sejuk. 

     

    Haaa.. The Cedar ni agak jauh dari pekan. Memang kena masak kat sana dan peralatan masak disediakan. Sebelum pi tu list siap-siap, bahan kering dan bahan mentah yang nak di bawa. La mudah, tak payah susah-susah semuanya segera. Boleh beli yang dalam pek-pek tu. Untuk bbq pun sama juga beli yang perap boleh simpan dalam peti sejuk ataupun freezer. 

    Di sini memang tak dak WIFI. Kira nasib la kalau line data tu kuat boleh la guna internet. Tapi bagus juga tak dak wifi pun, boleh pakat dok bercakap, menyembang. kalau tak pakat dok belek henset jaa.

    Lagi 1, kalau perlukan bantuan , ada penjaga villa yang tinggal berdekatan. Kiranya depa standby kalau kita perlukan apa-apa bantuan 

    DSC03302%255B1%255D

    Dekat dengan Villa ni jugak, ada air terjun, cumanya kami tak sempat nak ke situ. Tapi kalau korang nak pergi  boleh mintak staff villa ni bawak korang pi jalan kat situ.

    Oklah, cukup dah kot cerita Mommy tentang kisah percutian kami kat The Cedar. Walaupun sat ja masa tu, tapi ni merupakan kenangan manis sepanjang kami semua kat situ. Bukan senang nak jumpa. Masing-masing dok jauh. Walaupun ada yang baru bertemu muka tapi hubungan tu akrab macam dah lama jumpa. Tambah pula kalau yang pi tu semuanya sekepala. Masing-masing dengan kisah membawang masing-masing. Yang untungnya ada playroom, anak-anak pakat main kat situ boleh la mak-mak menyembang sat.

    Seronok, seronok juga tapi bab keselamatan anak-anak jangan buat ralit. Walaupun ada playroom tapi kena dok prati jugak mana yang ada anak kecik tu. Takut la kan kalau jadi benda yang tak diingini. Kita kat tempat orang so berhati-hati.


     

    Terima kasih The Cedar @ Bidor  kerana sudi menerima kunjungan kami, blogger pantai timur untuk merasai keseronokan bercuti kat situ. Villa yang besar dan percutian yang sangat berbaloi untuk korang adakan family gathering , company trip atau dengan kawan-kawan. Macam biasa, kalau berminat tu, boleh hubungi pihak The Cedar.

    Dari segi harga, rate keseluruhan adalah RM1,100/ malam untuk satu villa, boleh muat 16 orang. Naun harga akan bergantung juga pada jumlah para pengunjung dan ikut rate hujung minggu.

    Kalau nak tau harga yang betul-betul saheh yang tak pening kepala. .terus hubungi pihak The Cedar Bidor..

    Untuk Info lanjut boleh ke  


    Facebook : The Cedar at Bidor

    Instagram : @thecedarbidor

    Email : thecedarbidor@gmail.com

    Telephone Number : +6012-683-9979

    Alamat : 
    The Cedar @ Bidor
    Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 
    35500, Malaysia

    Waze : The Cedar At Bidor




    Ok jumpa lagi..

    ~~~~~~~~~

    Mommy Ira

    Tiada ulasan:

    Dikuasakan oleh Blogger.