Perasaan MAK-MAK Bila Anak-Anak Melangkah Masuk Alam Persekolahan

12/30/2018 04:20:00 PTG


Assalamualaikum..

Dah pun nak habis tahun 2018, dah pun nak habis cuti sekolah. Lagi 2 hari sekolah pun dah nak buka.  Macam biasa masuk ja akhir tahun, dalam wall fb ka instagram ka akan penuh dengan gelagat dan aksi anak² yang nak melangkah masuk alam persekolahan. Selalunya masa orentasi masuk darjah 1. Tumpang seronok tengok. Memahami perasaan MAK² tu bila kali pertama anak² nak masuk sekolah. Dia macam ada 1 feeling, eh banyak feeling tu. Teruja, sedih, nerves, semua ada. Paling risau, takut anak tak boleh bawak diri kat sekolah. Kalau boleh,1st day anak masuk sekolah tu..nak tunggu sampai balik punya takut anak tak boleh dok. Nasib baik tak boleh tunggu ja, Cikgu suruh parent balik. Balik tu pula..punya risau.. macam² dok main dalam kepala otak ni.

 kembar awal tahun 2018

Macam tu jugaklah perasaan Mommy bila 3H mula bersekolah. Masa Haziq mula masuk sekolah, Mommy tak risau sangat. Risau tu risau jugak cumanya tak ketara. Sebabnya Mommy boleh tengok Haziq pandai bawa diri. Tapi dalam tak risau pun, macam-macam Mommy pesan sebelum pi sekolah.

Mai tang kembar Hazim n Hadif  ja, Mommy teramat la risaunya. Sebabnya kembar tak fasih cakap lagi, takut cikgu n kawan-kawan tak faham apa yang depa cakapkan. Boleh berkawan ka tak. Macam mana nak beli makan dekat kantin. Dok fikir macam mana kembar nak pergi toilet. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Takut depa tak boleh nak bawak diri kat sekolah. Jenuh peringat jenuh pesan macam-macam.Tapi, lama-lama tu ok dah. Kembar pun boleh bawak diri dah. 

Buat MAK –MAK yang sama sepsis dengan Mommy. Jangan risau, anak-anak kita semuanya boleh survive cuma kita ja yang ada risau lebih. Biasa la, sementara semua nak ok memang risau tu takkan habis. Tahun pertama 1 memang macam² rasa ada..mai tahun ke 2 tu ok dah. Tahun akan datang tu depa pula jadi juaranya..hehehe

Ok, Selamat memasuki alam persekolahan buat anak-anak semua dan buat MAK-MAK semua jangan risau k. Inshaallah..Moga dipermudahkan semuanya.. 

~~~~~~~~~
Mommy Ira

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.