"Your Child Doesn’t Need A Perfect Mother - Just A Paceful One "

By Zahirah Dzahir - 10/15/2018 04:05:00 PTG



Assalamualaikum

"Your child doesn’t need a perfect mother—just a peaceful one"

Dulu, semua benda pun nak nampak sempurna. Rumahtangga, uruskan anak, semua nak tip top. Tak berdosa pun buat nak semua perfect. Bagus kan?

Saya seorang yang setiap kali mandi mesti cuci tandas.Rumah tak boleh semak sikit pun. Anak anak semua kena Marah bila semak. Sebab saya nak nampak cantik semuanya. Memang rumah saya kemas. Saya pernah panggil part time maid. Sebelum dia sampai saya dia siap kemas rumah. Dia dtg buat sikit sikit jer. Sebab saya taknak siapa pun nampak rumah saya tak OK.

 Image may contain: text

Kalau orang terjah datang rumah, saya tak akan bukak pintu. Atau jantung akan jadi sangat laju dan menggelabah teruk. Sebab? Saya tak siapkan apa2 untuk tetamu. Saya punya rasa bersalah tu mmg teruk Sgt. And saya pantang org buat benda main redah tak plan. Saya taknak org JUDGE saya. 

Keadaan makin teruk bila saya tinggal di Malaysia dengan anak-anak sendirian . Hanya 3 bulan sekali baru ayah mereka balik.itu pun seminggu lebih setiap kali balik. Saya tak ada maid. Waktu tu saya uruskan anak istimewa saya seorang diri and anak kedua saya memang jenis tantrum teruk. Saya makin penat. Saya tak pernah dapat rehat. Bila ada penyakit perfectionist tu lagi la buat saya penat and mula Marah tengking anak yang sedang membesar. Saya sedar saya susah Sgt nak kontrol diri bila nak semua sempurna. LETIHHH! 

Orang cakap saya superwoman. Orang cakap saya hebat. Orang cakap saya kuat. Orang tak tahu berapa banyak air mata saya habis sampai kering air mata sebab saya mula kena panic attack bila saya terlalu nak semua sempurna dalam Keadaan semua benda pun saya kena urus sendiri.

Sebab tu saya cakap.. Kita ni orang perempuan, tak ada kuat mana pun. Kita memang perlukan bantuan orang. Ada benda kita kena let go and pejam mata. Kita buat kerana Allah bukan nak puaskan hati kita. Kena belajar untuk tak push diri sampai habis limit. Tak sempurna bukan bermakna pengotor. Tetapi cukuplah rumah bersih makan Pakai terjaga.

Kita makin lama makin tua, anak makin lasak, kerja makin bertambah, kena belajar pejam mata. Orang nak kata? Kata pi la. Tak luak pun apa dieorang kata. Bukan dieorang yang bagi kita beras selama harini kan?

Rancang jadual kerja anda. Contohnya toilet basuh seminggu 2 kali, jam berapa bangun, jam berapa nak tidur, jam berapa nak masak, jam berapa nak mandi kan anak-anak. Bila nak iron Baju, semua tu plan betul-betul supaya tak la nak buat kerja tak berabis. Siapkan satu satu. Jgn kejap pegang sana kejap pegang sini.

Masak pun.. Siapkan pes dlm peti ais. Semua kena ada planning supaya kita tak serabut and mengamuk sebab penat.kalau tak larat sangat.. Kau beli jelah. Mak mertua kata pun takpelah bukan selalu Kau makan luar

Banyak benda yang Kau tak payah hidup dengan cakap manusia. Nak down apa orang judge. Lantak pi dieorang. Untuk suami, banyak-banyak la bantu isteri kalau sayanggggg isteri kalau taknak dia monopose awal, darah tinggi, depressed, anxiety, bantu la dia uruskan rumahtangga.Anak-anak pun kita train awal lagi supaya pandai uruskann diri dan ringan tulang. MAK AYAH kenalah tunjuk contoh yang baik kan? Barulah anak-anak pun ikut.

Suami jangan la pulak compare dengan makk sendiri. " mak saya jaga 10 beradik elok je kami takde pun mak Marah-Marah" hmmmmmmmm... Elooooo lain orang lain la OK? 

Berapa ramai kes depression and anxiety saya jumpa bila semua pun isteri kena buat and semua pun nak perfect. Saya dengar dan Allah bagi peluang pada saya dengan cara ingatkan org lain supaya tak ulangi kesilapan yang sama.

Brain kita ni lebih sihat bila kita buat kerja satu persatu bagi siap. Tak payah nak superwoman semua benda pun Kau nak buat. Dah tu kalau tak buat, malam terkebil kebil tak boleh tidur fikir kerja tak habis, sudahlah insomnia, stress, pelupa, tak focus, membawak ke anxiety, depressed. Oiiii penattt!!!!

Ala.. Bukan dapat hadiah pun jadi perfectionist. Buat penattttt jer buat mana yang boleh je OK?

Mak happy and bertenang, anak pun tak buat perangai 

~~~~~~~~~~~~~~~~~
kredit fb Syahirah Omar 
Principal & Senior Consultant at Fitrah Academy

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!