Istiadat Perarakan Bergajah, Berkuda dan Perbarisan Kehormatan sempena Pertabalan Sultan Kedah ke-29

10/20/2018 04:45:00 PTG
Assalamualaikum

Hari Sabtu hari yang cerah. Hari yang di tunggu-tunggu oleh penduduk Kedah. Sebabnya hari ni ada Istiadat Perarakan Bergajah, Berkuda dan Perbarisan Kehormatan sempena Pertabalan Sultan Kedah ke-29 yang akan diadakan Isnin akan datang ni.


Perarakan bermula pukul 8 lebih. Turut dihadiri dengan pelajar sekolah yang menunggu dan berbaris disepanjang tepi jalan yang terlibat dengan perarakan. Ramai yang hadir sebab nak tengok istiadat bersejarah ni. Rasanya kali terakhir diadakan enam dekad lalu iaitu pada 20 Februari 1959. Lama sangat dah tu. 

Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff hari ini berkenan ‘bertemu’ rakyat jelata di negeri ini dengan dengan lebih dekat dengan  menaiki Bahtera Layang Emas. 



Dengan iringan pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), 10 ekor kuda dari Unit Berkuda PDRM dengan penunggangnya lengkap berpakaian istiadat nombor satu, menerajui Bahtera Diraja yang dinaiki baginda berdua.




Yang menjadi perhatian bila tiga ekor gajah yang diberi nama Pian, Alam dan Rambai yang dibawa khas dari Kuala Gandah, Pahang turut serta dalam perarakan ni. Lebih kurang macam gajah berhias.  Gajah yang merupakan simbolik kekuatan pemerintahan Diraja dan zaman kegemilangan raja Melayu suatu masa dulu.





~~~~~~~~~
Mommy Ira

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.