Inilah yang di panggil SUBCONJUNCTIVAL HAEMORRHAGE | Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar .

By Zahirah Dzahir - 10/18/2018 03:42:00 PTG

Assalamualaikum

Info tentang SUBCONJUNCTIVAL HAEMORRHAGE

Pernah terjadi tak, bangun pagi tiba tiba mata merah ada darah?
Tak rasa sakit, tak rasa pedih, tak gatal. Takde banyak tahi mata.
Penglihatan tetap normal, clear, terang macam biasa.
Tapi rupanya sangat merisaukan.



Inilah yang di panggil SUBCONJUNCTIVAL HAEMORRHAGE.

Ia terjadi sebab perdarahan di lapisan conjunctiva.

Conjunctiva ialah lapisan nipis yang transparen, yang melaputi mata putih( sclera). Sel sel pada lapisan conjunctiva ini akan menghasilkan cecair mucin, iaitu cairan yg akan melembabkan kornea mata kita supaya tidak kering.Dan ia juga melindungi mata dari habuk, etc.



Lapisan conjunctiva ini sebenarnya bersambungan dari bola mata ke kelopak mata ( tengok gambar anatomi Palpebral conjunctiva & Bulbar conjunctiva dalam post ini), jadi contact lens yang kita pakai, memang TIDAK akan boleh terlari ke belakang biji mata! Contact lens hilang belakang biji mata ialah urban myth yang famous.

Apabila saluran darah yg halus & fragile di lapisan conjunctiva ini pecah, maka terjadi lah Subconjunctival Haemorrhage. Lapisan conjunctiva tidak dapat menyerap darah dengan cepat, jadi nya darah akan berkumpul terperangkap---- apa yg kita nampak sebagai " mata berdarah "

Adakah ia merbahaya?
Ia tidak merbahaya. Rupa nya saja agak dramatik.


Simtom nya?
Mata berdarah /merah. Selain dari itu, kadang kala mungkin ada rasa tidak selesa sikit. Tapi penglihatan tidak terjejas. Tidak ada air mata /tahi mata /discharge yg akan keluar. Kalau ada discharge atau cairan yg keluar, itu mungkin jangkitan , dan bukan subconjuctival haemorrhage.


Punca nya?
Selalunya punca tidak diketahui. Memang banyak kali aku jumpa patient yg mata nya tiba tiba berdarah.
Boleh terjadi juga sebab trauma ( garu mata kuat sangat /terhantuk)
Aktiviti berikut pun boleh menyebabkan subconjunctival haemorrhage:
- bersin dengan kuat
- batuk dengan kuat
- muntah
- meneran


Perlu di beri perhatian, mereka yg ada ambil ubat cairkan darah seperti WARFARIN, ASPIRIN, boleh dapat subconjunctival haemorrhage. Mereka dalam kategori ini perlu jumpa doktor segera untuk semak semula dos ubat.

Perlu rawatan tak?
Tak perlu.
Kalau rasa tak selesa, boleh titiskan air mata palsu ( artificial eye drop). Biar kan aja. Darah tu akan hilang sendiri dalam masa 1 ke 2 minggu. Ianya akan nampak merah cerah & banyak ( bright red ) utk 24- 48 jam pertama je. Selepas tu akan slowly berkurangan, dan warna merah terang akan pudar.


Bagi yg ambil ubat cair darah seperti di sebutkan di atas, kena jumpa doktor utk di adjust dos ubat.

Adakah ia sakit mata /menjangkit?
Tidak.


Kecuali, memang anda kena sakit mata yg menjangkit ( conjunctivitis), yang mana disebabkan gatal mata, anda garu kuat dan berlaku perdarahan di conjunctiva.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kredit fb Dr  Khairul Faizie Mohammad Kamar

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!