MertuaTetap Mertua, Menantu Tetap Menantu, Ipar Tetap Ipar...

By Zahirah Dzahir - 9/12/2018 09:55:00 PTG

Assalamualaikum..

Mertua tetap mertua, 
menantu tetap menantu,
 ipar tetap ipar...

Sekuat mana pun kita ingin menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut, walau apa jua pun yang kita korbankan untuk jadi sebahagian daripada keluarga tersebut, pesan saya, just jadi diri sendiri, jaga perasaan sendiri dan jangan "terlalu" mencuba untuk nak "masuk" dalam keluarga itu sebab kita sesekali takkan dapat puaskan hati manusia, kita tetap akan dianggap sebagai "orang luar"... kita hanya dapat "penat" bila dah terlalu berusaha...jika mereka baik, mereka akan menerima diri kita seadanya...

Jangan jadi plastik, jangan pura-pura untuk bagi orang suka...Just be yourself...The easiest thing to be in the world is you. The most difficult thing to be is what other people want you to be...

Keep that in mind...🙂

Firdaus Syakirin



Kadang-kadang betul juga apa yang tertulis kat atas..kadang-kadang kita terlalu mencuba nak jadi menantu, ipar yang terbaik dalam family baru kita. Tapi bila kita cuba yang terbaik tetap mereka takkan nampak kita. Yang paling tak best bila pakat berebut nak ambil hati mentua dan ipar. Maka jadilah persaingan sesama menantu. Ada juga menantu yang baik tak disukai dan menantu yang ntah apa-apa disukai.
Kalau boleh cuba elakkan diri dari mencampuri apa sahaja masalah yang timbul dalam keluarga si suami. Jika ada yang kait dengan kita pun, tanya dulu suami kita apa yang perlu kita lakukan. Jangan pakai redah jaa. 

Apa pun..buat baik, hormat menghormati, ambik berat, tegur menegur, kiranya apa yang perlu kita buat tetap kena buat. Cumanya jangan terlalu memaksa diri sampai kita terpaksa jadi orang lain buka jadi diri sendiri.Just be yourself.

~~~~~~~~~
Mommy Ira   

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!