IKAN MERAH MASAK DETOX | Atie Jumaat

9/03/2018 12:40:00 PTG
Assalamualaikum..


Okey, ni dari fb kak Atie jugak..dia kata nama resepi tu ikut suka2 dia nak taruk..
Sebab resepi tu resepi kak atie sendiri..
#HealthyFood for diet...

IKAN MERAH MASAK DETOX
•••••••••••••••••••••••••••
•Bahan-Bahan
Ikan merah bahagian ekor 1
Lada hitam 1s (tumbuk)
Bawang putih goreng
Halia goreng
Daun bawang
Cili padi (cincang)
Serai (hiris nipis)

•Bahan Sos
Kicap soya cair 2sb
Sos plum 1sk
Gula perang 1sb
Minyak bijan 1sb
Minyak zaitun 1sb

•Cara Menyediakan
1) Lumur ikan dengan kicap soya cair
dan minyak zaitun..perap 1 jam..kemudian
Bakar..taruk minyak 1 sudu..

2) Halia potong mancis pastu goreng,
Bawang putih cincang2 pastu goreng..
Angkat letak tepi dulu.

3) Satukan semua bahan Sos..taruk lada
hitam ..air sikit.. biarkan mendidih..rasa dulu
ikut selera masing2...pastu curahkan ke
atas ikan..

4) Taburkan halia bawang putih goreng,
cili padi,serai dan daun bawang...perahkan
lemon kalau suka.. siap 😊

Nak tengok macam² resepi ..boleh terjah fb Atie Jumaat..

2 ulasan:

  1. tergugat singgah sini,,hii sedapnya simple menu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap..cuba try..kak dah buat dah..tak dan nak snap dah habis pakat makan..

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.