Resepi Nasi Ulam Utara dan Sayur Keladi Yang Sedap dan Mudah Dibuat

By Zahirah Dzahir - 8/21/2018 10:29:00 PG

Assalamualaikum

Korang pernah makan tak nasi ulam utara dan sayur keladi . Kalau Mommy tak kata nasi ulam tapi nasi kerabu. Menu wajib yang kena ada masa bulan puasa. Sebab menu ni boleh buka selera. Tambah pula digu dengan Sayur Keladi. Confirm sedap. Tapi tak semestinya makan bulan puasa ja, hari-hari biasa pun ok ja. Anytime boleh buat.


Rasanya ada cara masing-masing nak buat 2 menu ni. Ikut cara masing-masing. Kalau malas nak buat, nak makan dalam kuantiti yang sikit, boleh beli ja kat pasar tani ( selalunya area Alor Setar ada kat pasar tani ). Kalau rajin, nak makan bagi puas hati, beli bahan-bahan buat ja sendiri. Tak tahu cara buat 2 menu ni, boleh ja minta tolong at mr google carikan resepi.

Meh Mommy nak share macam mana Mommy buat nasi ulam dan sayur keladi. Mommy pun bukan la pandai sangat masak-masak ni. Tapi setakat nak share sikit-sikit tu boleh laa. Bahan-bahan ni tak dak sukatan. Mommy agak-gak ja.

Nasi Ulam

Bahan:

Nasi
Ikan talang masin - goreng dan mesin halus
Udang kering - goreng tanpa minyak, mesin halus
Kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )
Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekali
Bawang besar – potong nipis
Bunga kantan – potong nipis
Ulam-ulam - gulung kemudian hiris halus.
( Macam ulam ni, ikut citarasa masing. 

Selalunya kalau kita pi beli kat pasar, memang peniaga tu akan buatkan ikatan ulam untuk menu ni. Kita bagitau ja nak buat nasi ulam,  cumanya kalau kita nak tambah, boleh pilih ulam yang kita nak. Ulam yang selalu orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom  daun kunyit, daun sekentut, bunga betik. Ada lagi jenis-jenis daun tu, Mommy pun tak pasti )




Caranya:

Buh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan, campur dan gaul semuanya. Masukkan bahan tu sikit –sikit. Siap.




*Ikut kalau nak tambah garam ka, gula ka serbuk perasa ka. Kalau nak bagi pedas sikit boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. Ikut citarasa masing-masing. 

_____________________________

Cara Mudah Buat Kerisik Kering

________________________________

Sayur Keladi

Sayur keladi macam macam –macam cara nak buatnya. Macam keladi ni tak payah susah-susah nak cari. Kat pasar pun ada, boleh pilih bayak mana yang kita nak. Menu ni Mommy campur semua sekali

Keladi – rebus, lepas tu buang air
Ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )
Bawang besar, Belacan – mesin air
Cabai kering mesin
Daun kesom
Bunga kantan – hiris nipis
lada hitam – mesin halus
Asam keping
Gula Garam

Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusan tu. Masukkan bahan yang telah di mesin ( ikan temenung, bawang besar, belacan ). Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biar la mendidih sikit. Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. Ikut kaau nak tambah perasa. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang.,











Siap 2 menu ni. Nasi Ulam Utara dan sayur Keladi. Mommy buat ni agak-agak ja. Tak dak sukatan. Harap tu faham la apa yang Mommy tulis ni. Selamat mencuba

~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

5 orang berborak di sini!