Ketuhar Gelombang Mikro ( Microwave Oven ) | Selamat Ke ?

By Zahirah Dzahir - 8/12/2018 09:43:00 PTG

Assalamualaikum..

Mommy rasa majoriti dari kita memang guna microwave oven. Salah 1 barang yang perlu ada kat rumah. Banyak kegunaan microwave ni, terutamanya untuk panaskan makanan. Faham la kalau nak guna dapur gas ni, makan masa sikit, mana nak keluarkan periuk belanga..nak basuh lagi. Guna microwave ni mudah, buh dalam pinggan dan bekas yang tahan panas, panaskan ja. TAPI..banyak yang tanya microwave ni selamat ka tak.


Jom baca hasil penulisan Dr Rusyainie Ramli tentang ‘ Ketuhar Gelombang Mikro 
( Microwave Oven ) | Selamat Ke ?

Image may contain: 1 person, text and food

MICROWAVE OVEN

Ketuhar gelombang mikro berfungsi memanaskan makan dengan menggunakan gelombang tenaga jenis radiasi elektromagnet yang tidak berion. Ia bergetar pada 2.5GHz per minit. Sama macam gelombang pada telefon pintar kita ni. 

Untuk memahami gelombang elektromagnet ni, senang saja. Ambil seketul batu dan campak dalam air. Gelombang yang terhasil di permukaan air tulah yang rupanya macam yang berlaku dalam ketuhar gelombang mikro. 

Seperti yang saya sebut, walaupun ia sejenis radiasi, ia tidak merbahaya. Sebab? Tenaga yang ada gelombang mikro tu hanya cukup untuk menggerakkan atau menggetarkan atom dalam molekul tetapi tidak cukup kuat untuk mengasingkannya. Bila atom terpisah dari molekul, maka terjadilah ion dan inilah radiasi yang mempunyai kesan yang mungkin membahayakan, contohnya macam sinaran XRay, ultraviolet dari pancaran matahari dan sinaran gamma. Gelombang elektromagnet yang digunakan dalam ketuhar ni, sama seperti gelombang bunyi dan cahaya. Tak memudaratkan pun. 

Jadi bila gelombang mikro diberikan tenaga yang cukup untuk bergetar, ia akan diserap oleh molekul air dalam makanan yang kita letakkan dalam ketuhar tu. Maka molekul air tadi pun akan bergetar juga dan disebabkan air tu terdiri dari 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen, ia akan berlanggar sama sendiri untuk menjana haba dan seterusnya makanan tu pun jadilah panas.

Tu fizik, sains di sebalik ketuhar gelombang mikro. Saya dah cuba terangkan dalam bahasa mudah. Saya pun kurang pandai subjek ni. Tapi itulah yang saya faham.

Mitos di sebalik ketuhar gelombang mikro ni.

1. Nanti komposisi kimia dalam makanan berubah, jadi kurang khasiat – Makanan tak kiralah macam mana cara masak pun, goreng, panggang, rebus, atau kukus pastinya akan merubah keadaan asal makanan tu.

Kalau macam sayur kan, teknik masakan yang betul akan menyimpan vitamin dan nutrien yang ada, dengan lebih baik. Contohnya, ketuhar gelombang mikro adalah lebih bagus berbanding dengan rebus atau goreng sayur tu sebab ia masak dengan lebih cepat.

2. Nanti rosak sel saraf dekat otak – Tak ada kajian membuktikan mitos itu betul.

3. Gelombang elektromagnet tu sejenis radiasi merbahaya, nanti kena kanser – saya dah ulas tentang isu ni tadi. Mitos-mitos yang tersebar suka kaitkan satu pseudosains dengan kanser. Mengarut selalunya.

4. Makanan dari ketuhar gelombang mikro kalau sering dimakan boleh mengganggu hormon dalam badan – pun tak ada kajian yang berkaitan yang mengatakan ia betul.

5. Makanan yang dimasak melalui ketuhar ni, lebih kalorinya dan nanti jadi gemuk – tak betul langsung. Kentang kalau masak dalam ketuhar gelombang mikro sama saja kalorinya dengan dibakar dalam kertas aluminium atas api. Yang berbeza, tekstur dan rasa. Cara masak tu pun penting, kalau jadi masak lemak mestilah lebih kalori berbanding dengan masak singgang. Makan apa-apa pun berpada-padalah ya. Kira pengambilan kalori tu.

Tapi ketuhar gelombang mikro ni tetap ada potensi yang membahayakan.
FDA di Amerika Syarikat dah menggariskan senarainya:

1. Makanan boleh menjadi terlalu panas. Makanan bayi yang kita panaskan dalam ketuhar gelombang mikro kita kena cuba dulu, kang melecur tak pasal pula anak kita. Pastikan suhu yang sesuai digunakan untuk memanaskan atau memasak makanan kita tu. Ikut panduan yang ada pada ketuhar yang kita ada tu atau ikut resepi yang diberi.


2. Kadang-kadang haba yang ada tu tak sekata, terutama kalau piring ketuhar jenis statik dan tidak berpusing. Jadi, pastikan makanan tu dikacau di antara proses memasak atau memanaskan makanan tu. Ni untuk memastikan bakteria yang mungkin ada dalam makanan tu betul-betul mati. Tak nak la nanti kita kena keracunan makanan pula. 

3. Cara mudah nak tahu makanan tu cukup panas, ada wap air bila kita buka penutup bekas bila dah keluarkan makanan dari ketuhar. Atau boleh gunakan termometer untuk pastikan suhu makanan tu dalam 75°C. 

4. Peralatan yang diperbuat dari berlogam seperti besi, aluminium dan adik beradiknya secara umumnya tak boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, dan ini akan merosakkan ketuhar kita.

5. Gunakan bekas plastik yang ada dilabel selamat untuk ketuhar gelombang mikro. Bekas plastik ni dah diuji ketahanannya selama 240 jam dalam ketuhar gelombang mikro. Kalau guna bekas palstik yang tak sesuai, nanti ia cair dan bahan kimia berbahaya mungkin terbentuk dari proses tu.

6. Baca balik tentang cara ketuhar gelombang mikro berfungsi. Ia perlukan air dalam makanan untuk bekerja kan? Jadi, mesti kena ada makanan la dalam ketuhar tu masa ia dihidupkan. 

Tips untuk menggunakan ketuhar gelombang mikro:

1. Pastikan makanan yang dimasak atau dipanaskan mesti bertutup. Nak elakkan makanan macam roti jadi kering bila dipanaskan, basahkan tisu dapur dan tutup pinggan atau mangkuk kita gunakan. Yang jenis berkuah kalau tak tutup, selamat lah mengelap ketuhar ya, sebab percikannya. Kalau tak bersihkan, kang bakteria membiak dalam tu. 


2. Jangan masak atau panaskan 2 3 jenis makanan berbeza pada satu masa. 

3. Bahan mentah macam ikan, ayam atau daging yang sejuk beku kalau nak dinyahbekukan menggunakan ketuhar gelombang mikro, mesti akan termasak juga sikit. Jadi, kalau saya, saya memang tak gunakan ketuhar tu untuk proses nyahbeku bahan protein. Saya keluarkan bahan mentah tu awal sebelum memasak dan nyahbekukan di dalam suhu bilik. 

Moga bermanfaat buat semua

kredit fb Dr Rusyainie Ramli 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!