5 Jenis Serum Yang Bagus Untuk Kulit Kita

By Zahirah Dzahir - 8/13/2018 09:26:00 PTG

Assalamualaikum..

Sekarang kalau kita tengok terlalu banyak sangat produk kecantikan yang ada di pasaran. Tumbuh bagaikan cendawan. Bila dah banyak sangat ni, mesti rambang mata kita nak beli dan cuba. Tapi perlu diingat sebelum guna sesatu produk tu, pastikan produk tu sesuai tak dengan kulit kita ka tak. 
Rakyat Malaysia pula ada pelbagai jenis kulit muka. Ada yang kulit normal, kulit kering, kulit sensitif dan  kulit yang bermasalah. Salah 1 cara nak atasi masalah kulit ni, korang boleh pakai Serum.


Serum boleh digunakan mengikut fungsi yang diinginkan seperti untuk melembapkan, mencerahkan dan mencegah proses penuaan. Serum mengandungi molekul yang lebih kecil dan aktif. Jadi, bila kita pakai serum, ia mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Dari web webmd.com, serum tidak sama dengan pelembap sebab dia tiada bahan seperti petrolatum atau mineral oil yang kekalkan air dari tersejat dari kulit. Serum juga tiada bahan pemekat atau pelincir. Kebanyak serum memang berasaskan air. Sebab tu dia kurang berminyak.


Tapi bukan ja yang kulit bermasaalah boleh pakai serum ni, kulit yang normal yang sihat pun boleh pakai juga. 

5 Jenis Serum Yang Bagus Untuk Kulit Kita

1. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Serum 30ml



Serum ini dirumus khas dengan khasiat vitamin E dan minyak gandum germ yang berfungsi sebagai pelembap. Ia membantu merawat kulit secara mendalam dan melindungi kulit sepanjang hari supaya kulit anda licin dan lembut. Sangat sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit dan juga sesuai untuk dipakai pada waktu siang mahupun malam.

2. 
. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum 

adalah serum yang dipatenkan di Switzerland dengan kuasa teknologi nano yang tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit kerana saiz partikelnya yang sangat kecil. Serum Ephyra Skin Nano adalah gabungan formulasi bahan antioksida yang mencerahkan dan menaikkan seri wajah. Ephyra Skin Nano Advanced Repair serum mempunyai 4 bahan utama.
 

3. BIO-ESSENCE Bio-Energy Snail Secretion Repair Serum 30ml



Serum Bio-Essence Snail ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan mengandungi kolagen. Ia dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Dengan manfaat kolagen yang ada, ia mempertingkatkan pembaikan kulit dan bantu melindungi kulit dari pencemaran. Bukan sahaja itu, ia juga membantu mengawal minyak yang berlebihan di wajah anda dan membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk kulit agar licin, bersih dan dilindungi.

4. Eucerin Pro ACNE Solution Super Serum 30ml


 

Serum ini mempunyai kepekatan asid laktik yang memberikan kesan pembaikan untuk kulit bermasalah. Ia secara berkesan membersihkan pori-pori yang telah tersumbat. Di samping itu, ia juga turut mengandungi decandiol yang berfungsi sebagai anti-bakteria untuk mencegah pertumbuhan jerawat yang muncul di wajah. Serum ini ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Memberikan kulit keseluruhan yang lebih baik, sihat dan licin.

5. SERUM DR BEAU | PURE NATURAL SKIN OIL


Macam Mommy sendiri pun tak brapa nak berani guna sebarangan produk. Sebabnya kalau silap pilih boleh rosak kulit. Dalam dok mencari Mommy diperkenalkan dengan 1 produk iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil | Teja Herbs . 

Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia.



Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia.

Serum Dr. Beau merupakan serum yang di-blend (campur) enam minyak natural yang pastinya akan buat kulit muka korang tampil segar dan sihat . Dr.beau berbentuk kapsul, wangi baunya dan juga tidak melekit. Serum premium yang dibekalkan dengan Vitamin E sperti telur, minyak zaitun, buah badam, timun seprti dalam rajah dibawah ini. Serum Dr. Beau juga mendapat kelululusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan nombor siri  KKM : NOT170502921K

Produk yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 ini tidak asing lagi di Malaysia dan luar negara seperti China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia. Diperbuat daripada ekstrak herba-herba semulajadi dan dirumus khas di kilang tempatan. Keluaran bumiputera ini diyakini HALAL dan bukan berbentuk bahan kimia berbahaya. Adunan berkualiti premium adalah dari formulasi bioteknologi terkini yang menggunakan teknologi pemprosesan penyulingan molekul dan pengekstrakan superkiritial yang disahkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kandungan Dr. Beau
  • Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Kelebihan Dr. Beau
  • boleh menggantikan serum dan tidak berminyak
  • melindungi kulit wajah daripada sinar UV (SPF50)
  • hasil make up tahan lama dan glowing
  • tidak bercapuk walaupun berpeluh
  • memberi kesan lembapan pada kulit wajah
  • merawat jeragat dan jerawat serta tona kulit tidak sekata
  • menyuburkan kulit wajah dan melambatkan kedutan
  • kandungan vitamin E yang tinggi daripada minyak argan 
  • bertindak mengekalkan kemudaan kulit dan sentiasa berseri
  • penggunaan yang kerap boleh membantu menghilangkan bintik hitam
  • HALAL
  • boleh digunakan secara sapuan kering atau basah bila-bila masa
Fungsi dan kesan: 
·         Tidak berminyak 
·         Tidak bercapuk ketika berpeluh 
·         Membantu make-up tahan lama 
·         Kulit nampak glowing dan cerah 
·         Mampu menghilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan sebarang cela 
·         Mudah dicuci dan mesra solat 
·         Melindungi kulit dari sinaran UV 
·         Sesuai untuk semua jenis muka.

Cara penggunaan serum Dr Beau



1. Tarik hujung kapsul

2. Titis ke atas bahagian muka 
3. Sapu rata sehingga meresap ke lapisan dalam kulit
4. Beri perhatian dan sedikit urutan pada bahagian kulit yang bermasalah. seperti bawah mata/parut dan lain lain.




Apa yang best dengan Serum Dr Beau ni..



Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal sehinggalah kulit sensitif.. Ia juga sangat sesuai untuk wanita asia. 

Serum Dr.beau ini  wangi baunya dan juga tidak melekit. Mula Mommy pakai ingatkan melekit rupanyan tak. Sapu kat muka, serum terus meresap ke dalam kulit ell. Muka pun rasa segar dan nyaman. Pakai pagi, sebelum korang nak pakai make up tu dan malam sebelum tidur.

Tapi setiap prnggunaan mungkin ada yang tak sesuai ada yang tak. Mommy dah guna, kira sesuai dengan kulit Mommy. Serum Dr Beau ni juga sesuai untuk semua jenis kulit.
 

Testimoni pengguna serum Dr Beau


 













Dapatkan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Sekarang!

Harga sebotol Dr. Beau : RM96.00
Kandungan : 30 biji per botol. 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dr.Beau Pure Natural Skin Oil korang boleh melayari..


 Website

Facebook

Instagram

Youtube


Email
tejaherbs@gmail.com

No. Telefon
016-963 3443
012-649 3639


Alamat
Teja Herbs
No. 16-1 Jalan Equine
10C Taman Equine
43300 Seri Kembangan
Selangor


~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. takpernh try lagi mana mana serum dalam post ni, teringin nak try yang drbeau tu

    BalasPadam