Chalet Siti Aisyah | Salak Denai | Yan Kedah

By Zahirah Dzahir - 7/31/2018 01:45:00 PTG

Assalamualaikum..

Eh, pergi lagi ke Salak Denai. Ok la tu tempat percutian yang paling dekat, sefamily boleh turut serta. Ni kali ke 4, Mommy pergi situ. Mommy dah menginap kat chalet Siti Fatimah, chalet Siti Aminah, chalet Siti Saffiyah. Kali ni chalet Siti Aisyah. Kiranya Haziq n adik kembar membesar dengan mai bercuti kat sini ja laa.

Seperti yang semua tau, chalet ni berkonsepkan 1 chalet 1 pool. Kami dok kat chalet Siti Aisyah. Chalet ni sesuai sangat untuk keluarga yang besar. Elok la dengan kami yang ramai ni. Pi tidoq pun semalam ja. Macam biasa makan bawak sendiri.  Kalau nak keluaq beli jenuh jugak la. Bawak la segala perkakas masak n bahan yang nak di masak. Jangan susah hati dapoq n peti ais disediakan.

Kalau ikutkan mai sini tak payah bawak segala bantal ka kain selimut ka blanket ka. Semuanya ada.  Bila dah chalet besar, kemudahan yang disediakan pun lebih la sikit.

Kemudahan  yang ada kat chalet Siti Aisyah :

Kolam Mandi Tertutup – Dewasa & Kanak-kanak
2 Bilik Tidur dilengkapi dengan Penghawa Dingin
2 Katil Queen Size
3 Tilam Bujang Tambahan
4 Bilik Air
Ruang Tamu
TV
Dapur
Peti Sejuk
Cerek Elektrik
Tempat BBQ













Maklumat lanjut dan tempahan boleh ke 



Call / whatsapp : 0125376151

~~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!