Outdoor Activity Challenge | Active Academy Bukit Gambang Resort City

By Zahirah Dzahir - 7/09/2018 04:07:00 PTG

Assalamualaikum..

Hai semua. Minggu lepas jauh Mommy sefamily pergi bercuti di Pahang. Lokasi pilihan kami Bukit Gambang Resort City. Mommy sefamily pergi bersama dengan team blogger pantai timur ( BPT ). Semuanya 12 family. Kami bermalam kat sana 3 hari 2 malam. Bila sebut gambang ni, mesti pakat ingat gambang waterpark ja. Pergi situ hanya boleh pergi mandi kat waterpark ja.

Yang betulnya kat Bukit Gambang Resort City ni  ada lagi tempat yang kita boleh lawat dan lakukan aktiviti bersama-sama keluarga ataupun kawan-kawan. Antaranya Safari Park dan Active Academy. Seperti yang kita tahu, kalau Safari park ni sudah tentu ada haiwan, kalau Active Academy ni untuk siapa yang sukakan outdoor recreation, aktiviti lasak dan sesuai untuk program team building.

 Active Academy Bukit Gambang ni terletak berhampiran dengan arabian resort dan Carribean Bay Resort. Tak jauh mana pun, jalan kaki pun sampai. Dah sampai ada staff situ beri info apa yang ada kat situ apa yang boleh apa yang tak.


Kat Active Academy Bukit Gambang ada banyak aktiviti yang boleh kita buat. Lokasi yang sesuai untuk mana-mana kumpulan atau syarikat untuk adakan team building. Sebabnya kawasan dia boleh menampung seramai 500 orang dalam 1 masa. Luaskan kawasan dia. Antara kemudahan dan aktiviti yang ada .. ATV  Fun Ride, ATV Explore Ride, Paintball Target Shooting, Paintball Warzone, Obstacle Course, Night Jungle Walk, Problem Solving Puzzle, Treasure Hunt/Explore, Flying Fox, Sky Trail, Field Management Games, Telematch Field, Water Telematch dan HRDF Claimable Preogrammes. Wahhh..banyakkan aktiviti yang ada. 



Harga pun tak la mahal sangat. Tambah la BGRC telah sediakan harga pakej untuk aktivi yang kita nak main. Sebagai contoh, Sunshine Package. pakej individu hanya RM38 untuk 4 jenis aktiviti iaitu Paintball Target Shooting, Archery, ATV Fun Ride dan Flying Fox. ! Kalau kita main 1 per 1 harganya jatuh mahal balik. Setiap aktiviti harganya RM 18 campur semua dah adi RM 72. Rugi kalau tak ambil harga pakej.


Macam Mommy and the team tak la main semua. Kami pilih Sunshine Package tapi tambah lagi 1 aktiviti Mini Sky Trail. Dah sampai, kami diberi penerangan dulu tentang Active Academy. Bila dah bawak anak-anak ni faham-faham la tak semua yang boleh depa main. Aktiviti hanya sesuai untuk dewasa saja. Makanya kanak-kanak hanya boleh main Paintball Target Shooter.

Paintball Target Shooter ni dewasa boleh main kanak-kanak pun boleh main. Seronok la sikembar dapat main tembak-tembak. Mommy and abg Haziq pun tak lepas peluang main  Pakai topeng safety tembak kat sasaran yang disediakan. Nampak mudah tapi nak aim tu bukan senang. Nak tau kena tak kena, 20 biji pellets yang deri dan kaler hijau. Temak tu laju ja pellet tu pi. 


 
ATV Ride ni pula nampak macam kita bawa moto yapi roda 4. Kita masuk pusing hutan. Kalau nak lebih mencabar boleh naik kat Safari Park. Boleh ride sambil tengok haiwan live depan mata. ATV ride ni juga memang dah laluan track dia. Berat maximum ialah 100kg dan minimum umur untuk rider ialah 16 tahun. Sapa nak jadi pembonceng pun boleh dari umur 6-15 tahun. 


Mini Sky Trail, kami pun main juga walaupun tak terdapat dalam sunshine package. Kira rezeki dapat cuba Mini sky Trail ni. Ianya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi ketinggian 130cm. Tak la tinggi sangat , 6 meter above the ground. Bergerak dari platform pokok dari platform pokok yang lain. Ikutkan ada Sky Trail yang lebih mencabar tetapi di tutup buat sementara waktu untuk proses penyelenggaraan.Dari bawah, nampak ja mudah tapi bila dah naik dok kat atas kena jalan atas tali tu baru tahu mudah ka tak. Bagus kalau dapat cabar diri sendiri dengan Mini Sky Trail.




Archery, yang ni hanya dewasa ja boleh main. Sebelum main tu staff akan guide dulu cara main. Cara pegang dan memanah dengan betul. Masing-masing dah nampak macam Robin Hood pulak. Ada yang aim kena sasaran papan memanah ada yang aim lepas belakang papan memanah. Haziq pun pulun nak main jugak. Not bad untuk dia sebab nampak pandai la juga dia memanah.  Memanah sampai habis anak panah tu, satgi tukar orang lain pula. 


Flying Fox..yang ni 1st time Mommy naik. Kecut perut pun ada tak tau apa rasa naik flying fox ni. Kena dengar taklimat dulu baru pakai alat keselamatan untuk kita bergantung kat flying fox tu. Nak ke tempat flying fox tu kena jalan naik bukit sikit. Lebih kurang 2-4 minit. Semput jugak la sikit sebab jalan tu curam. Dah sampai atas tu lagi dup dap dup dap heart Mommy. Bila dah lepas turun tu, the adrenaline rush was fantastic.  Tak la takut sangat. Memang best.





Terima kasih team Active Academy Staff yang sudi guide kami untuk lakukan aktiviti di Actice Academy Bukit Gambang

Jadi, bila korang datang bercuti kat Bukit Gambang Resort City ni, jangan lupa terokai apa yang ada kat sini. Janga lupa ke Bukut Gambang Waterpark, Bukit Gambang Safari Park dan Active AcademyBukit Gambang . Kalau nak datang lakukan aktiviti di Active Academy boleh booking awal untuk memudahkan pihak active academy susun tentatif untuk berkumpulan. 


Nak ke mana untuk bercuti, boleh ke Bukit Gambang Resort City.. tapi booking awal sebabnya bila tiba aje musim cuti sekolah atau hujung minggu akan cepat penuh. 

  • Share:

You Might Also Like

4 orang berborak di sini!

  1. Huwaaaaa rindunyeee.. rasa nak pergi lagi n hang out ngan geng kite..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila² buat lagi trip camni..tak puas sat sangat masa tu..tak dan nak kenai habis habisan..😊

      Padam
  2. stedy iera naik flying fox bawa rakam handphone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gayat gak sheila..masa nak turun tu nasib baik staff dia suruh duduk dulu..lepas turn slow²..genggam henset tak lepas laaa..hehehe

      Padam