Jangkitan Kuman Pada Luka Pembedahan - Dr. Rusyainie Ramli

By Zahirah Dzahir - 7/29/2018 03:03:00 PTG

Assalamualaikum..
   

JANGKITAN KUMAN PADA LUKA PEMBEDAHAN |Ada masanya bila luka pembedahan mendapat jangkitan kuman. Kebanyakan jangkitan kuman berlaku dalam masa 30 hari selepas pembedahan.  

Jangkitan kuman pada luka pembedahan biasanya disebabkan:

1. Kuman yang merebak dari permukaan kulit ke kawasan luka.
2. Kuman yang sudah sedia ada dalam badan atau dari organ yang menjalani 

pembedahan itu.
3. Kuman yang berada dalam persekitaran kita
4. Kuman dari sentuhan tangan pesakit atau penjaga yang tidak dibersihkan dengan sempurna.


Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan:

1. Nanah atau cecair meleleh keluar dari luka.
2. Bau busuk dari luka
3. Demam
4. Kawasan luka terasa panas dan nampak merah
5. Sakit atau pedih bila kawasan luka disentuh


Pesakit yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada luka pembedahan:
 
1. Kencing manis yang tidak dikawal dengan baik
2. Sistem immunisasi badan yang lemah
3. Berat badan berlebihan atau obes
4. Merokok
5. Mengambil ubat-ubatan seperti steroid
6. Pembedahan yang mengambil masa lebih dari tempoh 2 jam.


Ada 3 peringkat berbeza dalam jangkitan kuman pada luka pembedahan:
 
1. Jangkitan kuman hanya tertumpu pada kulit.
2. Jangkitan merebak ke lapisan lemak dan otot.
3. Jangkitan melibatkan organ dan ruang kaviti abdomen di mana pembedahan dilakukan.


Rawatan yang biasanya diberikan kepada pesakit:
 
1. Antibiotik - bergantung kepada tahap keseriusan jangkitan kuman, doktor akan memberikan ubat antibiotik secara intravenus atau tablet. Sekiranya jangkitan itu di tahap teruk, biasanya pesakit akan dimasukkan ke hospital untuk antibiotik dan mungkin pembedahan sekali lagi.

2. Prosedur pembedahan untuk membersihkan jangkitan kuman tersebut. Pesakit akan diterangkan tentang prosedur itu terperinci.

Penjagaan luka pembedahan:
Bergantung pada jenis dressing yang digunakan, pembalut luka pembedahan perlu ditukar dan luka terbabit perlu dibersihkan. 


Yang penting, dapatkan nasihat dari doktor dan jururawat untuk cara penjagaan luka di rumah. Untuk pesakit yang mengalami masalah untuk menukar pembalut luka dan mencuci luka sendiri, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan di klinik kesihatan terdekat.


Pendapat yang berleluasa dan berakar umbi sejak berdekad lamanya tentang makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging, udang, sotong dan lain-lain menyebabkan luka bernanah itu MITOS SEMATA-MATA. Sekiranya pesakit tidak mengalami sebarang alahan pada makanan tersebut sebelum pembedahan, maknanya dia boleh menikmatinya tanpa masalah selepas dibedah. 

Protein diperlukan untuk pemulihan tisu-tisu badan. Itu perkara asas tugas protein yang kita pelajari dalam Subjek Sains Darjah 2. Maka, mitos yang berlegar itu sepatutnya sudah lama terkubur.

kredit fb Dr.Rusyainie Ramli

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!