Biarlah Romantik Yang Menjadi Ibadat

By Zahirah Dzahir - 7/23/2018 12:37:00 PTG

Assalamualaikum..

BIARLAH ROMANTIK YANG MENJADI IBADAT | Seorang isteri menulis di status fbnya, suaminya membawanya makan malam direstoren yg mahal pada birthdaynya berlampukan lilin, terasing dari tetamu lain sebagai sesuatu yg romantis sekali.


Seorang isteri juga bercerita dlm fb suaminya menghadiah sejambak bunga ketika pulang lewat suatu malam sebagai romantis sekali dlm menebus kegelisahan sang isteri. Seorang suami meninggalkan seketika anak anak kpd pengasuh utk dia bersama isteri mengimbau kenangan lalu di tanah tinggi sebagai romantis sekali.

Ada pasangan suami isteri buat video nyanyi lagu hindustan,berlari dikaki gunung bersalji,menurini lembah hijau,berdayung di tasik biru utk menghidup romantisnya mereka.

Dan banyak lagilah peristiwa dan insiden yg dirasa dan dicipta untuk menjadi romantisnya hidup berumahtangga. Namun saya rasa pada nilai Islam, romantisnya hidup berumahtangga bukan setakat  demikian. Bolehkah saya cadangkan beberapa contoh romantiknya hidup berumahtangga yg lebih mesra Islamnya,lebih mendalam dan berkekalan dan menjadi ibadat.

Adalah sesuatu yang romantik jika seorang suami atau isteri membangunkan antara mereka disepertiga malam, lalu mereka bersolat bersama,berzikir bersama dan membaca quran bersama hingga  terdengar laungan azan sayup-sayup dari menara masjid memecah kesunyian pagi.Siisteri berdiri menunai solat sunat sebelum subuh yg ganjarannya lebih besar dari dunia dan isinya,manakala suami bergegas ke masjid untuk solat  jamaah dan solat sunat lainnya.

Adalah sesuatu yang romantik bila seorang isteri menyiapkan segala pakaian suami untuk bertolak ke tempat kerja diawal pagi, menyediakan minum dan sarapannya, lalu menghantarnya di pintu dengan ciuman salam dan pesan berhati-hati dalam perjalanan, ikhlas dlm pekerjaan dan bawalah rezeki yg baik kpd dirinya dan anak anak. Menghantar suami dengan pandangan hingga hilang diselekoh dg iringan doa. Bila suami outstation, mereka saling mendoakan dalam munajat tahajud sendirian dan dlm kesempatan solat dhuha,serta doa dipenghujung solat.

Adalah sesuatu yg romantik bila dlm kesibukan kerja,diwaktu rehat yg pendek, jari masih sempat mendail utk bertanya khabar, bertanya berita, atau mengirim satu dua pesan.Mungkin juga pertanyaan yg sengaja seperti 'Sudah makan?Sudah menyorok(bahasa kedah utk sarapan)?" 'Sudah masak?'Anak dah ke sekolah?"Lahirnya jawapan seperti,'nak balik makan bersama dirumah' atau 'takpa,tunggu makan bersama' 'makan di pejabat tak sesedap dirumah' antara romantiknya yg sengaja dicipta.

Adalah romantik bila seorang isteri menunggu waktu suami kembali, menyambutnya dipintu dengan muka berseri dan berhias diri. Melafaz salam dan menyambut salam,menyambut apa yg ditangan suami,mempelawa minuman, menyedia keperluan bersuci untuk suami dan seterusnya.

Adalah romantik hidup berumahtangga bila keletihan suami dilayan keperluannya, rehatnya, percakapannya penuh tertib. Adalah romantik seorang suami duduk mendengar bicara isteri, keperluannya, keperluan anak, sakit peningnya, pandangan dan cadangannya.

Saya biasa terlihat ketika berkursus beberapa hari,seorang peserta kursus yang telah separuh umur mengirim SMS kpd isterinya 'Kita dipisah oleh laut dan pantai,jarak dan masa namun bersatu dalam nurani yang satu. 'Aduuuuh! Romantik sekali!

Sesungguhnya kebahgian itu perlu dicipta untuk diri kita dan untuk orang lain. Begitulah juga romantiknya hidup, perlu dicipta dan biarlah romantik itu menjadi ibadat, bukan sekedar romantik duniawi. Bila orang mencipta kebahgiaan kepada kita, balaslah kembali dengan apa saja yang termampu, hidup ini kena saling membajai bagai pokok yg perlukan siraman dan baja untuk hidup merimbun. Maka marilah kita saling membajai hidup suami isteri dengan romantis hidup bersama, kawan rakan, sanak saudara dg kemesraan dan saling membahgiakan. Wallahua'lam ..

abdghaniharon

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!